Analisis

Ukur impak muzik anda

Dapatkan data yang membantu anda mencapai matlamat anda.

Metrik yang penting untuk muzik

Lihat perkara yang benar-benar membawa perubahan untuk katalog anda. Daripada tersesat dalam metrik yang tidak bernilai, Spotify for Artists membantu anda memahami cara usaha pemasaran anda membantu anda membangunkan peminat yang sebenar dalam jangka panjang.

Dengan peralatan analisis kami yang mengutamakan muzik dan percuma, anda mendapat cerapan yang tiada tandingan dalam pembangunan dan penglibatan audiens anda.

Data Muzik

Ukur strim dan penyimpanan untuk menjejak pertumbuhan merentasi semua katalog anda.

Data Audiens

Dapatkan penglibatan dan cerapan demografi untuk pendengar dan pengikut anda.

Data Playlist

Lihat playlist yang menyumbang kepada kejayaan anda di Spotify.

SEGMEN

Ketahui perjalanan pendengar anda untuk menjadi peminat tegar anda

Dengan alat pensegmenan kami, anda boleh mendapatkan cerapan dalam nilai relatif audiens anda – daripada pendengar yang baru ditemui kepada pendengar jangka panjang.

  • Audiens Aktif: Pendengar yang menstrim muzik anda dengan sengaja daripada sumber yang aktif seperti profil artis, atau pustaka mereka sendiri dalam masa 28 hari yang lalu.
  • Audiens Aktif Sebelumnya: Pendengar yang menstrim muzik anda daripada sumber yang aktif dalam tempoh dua tahun yang lalu, tetapi tidak berbuat demikian dalam masa 28 hari yang lalu.
  • Audiens Diprogramkan: Pendengar yang menstrim muzik anda dalam tempoh dua tahun yang lalu hanya untuk sumber yang diprogramkan.
  • PENGLIBATAN KELUARAN

    Temukan peluang untuk menonjolkan pertumbuhan anda

    Bawa lebih banyak impak dengan setiap keluaran. Peralatan kami memberi anda metrik yang mendalam tentang penglibatan keluaran dan penukaran untuk membantu anda mengoptimumkan usaha pemasaran anda.

    Kempen Berkesan

    Tonjolkan muzik anda dengan Campaign Kit. Sasarkan pendengar dalam setiap segmen dengan Marquee dan Showcase.

    Penjelajahan Tepat

    Bawakan konsert jelajah kepada peminat anda. Lihat bandar popular tempat pendengar anda menstrim.

    APLIKASI SPOTIFY FOR ARTISTS

    Data yang anda perlukan, pada bila-bila masa sahaja

    Jangan sesekali terlepas pertunjukan muzik anda di Spotify. Aplikasi mudah alih kami membolehkan anda melihat cara penjejakan dalam masa nyata.

    Kajian Peminat

    Kami menganalisis berjuta-juta titik data untuk menemukan cerapan baharu bagi membantu pasukan anda membangunkan kumpulan peminat yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda.

    Diimbas Kembali Artis

    Diimbas Kembali Spotify menukar data menjadi ikhtisar tahunan untuk diraikan dengan peminat anda.

    Mulakan

    Tuntut akaun Spotify for Artists anda sekarang