Dipilih khas oleh pasukan pakar muzik SpotifyArtis dipilih untuk program kami oleh pasukan muzik global Spotify: pakar kebudayaan, peminat sejati dan penyokong berdedikasi kepada artis yang mereka sokong. Mereka merupakan bahagian penting dalam genre, arena muzik dan komuniti yang diwakili – hadir, berada dalam khalayak dan membantu menonjolkan suara yang bersedia untuk pentas yang lebih besar.
FRESH FINDS FORWARD
Sokongan berterusan untuk generasi artis bebas yang seterusnyaSelama lebih sedekad, Fresh Finds telah membantu peminat menemui lebih daripada 80,000 artis dari lebih 100 buah negara. Fresh Finds Forward ialah program baharu yang dibina berdasarkan legasi tersebut, menyokong 10,000 artis bebas baharu dari seluruh dunia setiap tahun dengan alatan, rangkaian dan sokongan kreatif untuk membantu membawa kerjaya mereka ke tahap seterusnya.
  • Sokongan Spotify: Masa studio percuma, akses awal kepada alat dan ciri terpilih, pengiktirafan di seluruh Spotify melalui lencana profil artis, dan peluang lain yang direka bentuk untuk membantu artis menonjol serta berhubung dengan pendengar.
  • Hubungan komuniti: Acara bersemuka dan maya untuk berhubung serta belajar daripada ahli pasukan Spotify, peneraju industri dan alumni Fresh Finds — membantu artis meningkatkan kemahiran dan mengembangkan kerjaya mereka.
  • Tawaran rakan kongsi: Akses kepada produk dan perkhidmatan daripada rakan kongsi yang dipercayai, disesuaikan untuk keperluan artis baharu.
  • ROLE MODEL
    ROLE MODEL
    Laufey
    Laufey
    Remi Wolf
    Remi Wolf
    Megan Moroney
    Megan Moroney
    1 / 5
    DENGAR DARIPADA ARTIS
    Daripada kemasukan lagu pertama dalam playlist kepada kerjaya muzik globalPara artis ini memulakan langkah mereka di Fresh Finds, menunjukkan bagaimana sokongan editorial awal menjadi titik mula pada detik penting dalam perjalanan seorang artis.
  • “girl in new york” oleh Role Model telah ditambah ke Fresh Finds pada tahun 2017.
  • “Best Friend” oleh Laufey telah ditambah ke Fresh Finds pada tahun 2021, sebelum album debutnya.
  • “Sauce” oleh Remi Wolf , yang merupakan keluaran keduanya di Spotify, telah ditambah ke Fresh Finds pada tahun 2018.
  • Lagu popular Wet Leg, “Chaise Longue”, telah ditambah ke Fresh Finds pada tahun 2021.
  • “Hair Salon” oleh Megan Moroney telah ditambah ke Fresh Finds pada tahun 2022.
  • RADAR
    Melonjakkan artis yang semakin popularRADAR membantu artis yang mempunyai momentum sebenar menembusi tahap seterusnya, dengan sokongan secara langsung sehingga setahun semasa keluaran utama dan detik penting dalam kerjaya. Sejak dilancarkan, RADAR telah bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 artis di 183 buah negara, dengan sokongan yang disesuaikan kepada setiap artis dan pasaran. Ini boleh merangkumi:
  • Promosi: Kempen pemasaran khusus yang berkaitan dengan detik keluaran utama.
  • Sumber kreatif: Kandungan artis asli merentasi video dan fotografi, serta pertimbangan keutamaan untuk Single Spotify.
  • Rakaman: Akses kepada studio Spotify di Los Angeles, Stockholm dan London
  • Statistik RADAR
    Jumlah strim oleh artis RADAR

    Penemuan baharu oleh pendengar

    Jumlah penambahan playlist pendengar

    GLOW
    Memperjuangkan suara LGBTQIA+GLOW meraikan dan menonjolkan artis LGBTQIA+ di dalam dan luar Spotify. Sejak dilancarkan pada tahun 2023, GLOW telah menyokong lebih daripada 130 duta artis, membantu mereka berhubung antara satu sama lain dan menjangkau peminat baharu di seluruh dunia. Melalui ketampakan sepanjang tahun, penceritaan dan pengalaman yang diterajui komuniti, GLOW mewujudkan ruang yang membolehkan semua orang berasa dilihat, didengari dan bebas untuk menjadi diri sendiri.
  • Sorotan editorial: Hab GLOW khusus, playlist global dan tempatan, serta kempen sorotan artis bulanan.
  • Kerjasama kreatif: Kem penulisan lagu dan sesi kreatif.
  • Komuniti: Acara sosial, program tempatan dan sumbangan amal kepada organisasi LGBTQIA+ di seluruh dunia.
  • Komuniti LGBTQIA+ berakar umbi dalam keluarga pilihan, dan GLOW komited untuk mewujudkan ruang serta pengalaman merentasi ekosistem muzik yang menghormati dan memperkukuh akar umbi tersebut. Artis LGBTQIA+ memahami rasa kepunyaan berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang diperlukan untuk membina komuniti. Peranan kami adalah menyediakan sumber, amplifikasi dan sokongan yang membantu komuniti ini maju sambil meraikan impak berkekalan kreativiti.
    Carly WakefieldPerkongsian Label
    EQUAL
    Menonjolkan wanita dalam muzikSejak tahun 2021, ribuan artis wanita telah ditampilkan dalam playlist EQUAL, menjana lebih daripada 50 bilion strim editorial. Lebih daripada 1,400 duta EQUAL merentasi lebih 40 buah negara turut menerima sokongan khusus untuk membantu mereka membawa muzik dan cerita mereka kepada lebih ramai peminat, di dalam dan luar Spotify.
  • Ketampakan editorial: Peletakan dalam playlist EQUAL dan program editorial lain yang menampilkan artis wanita di seluruh dunia.
  • Program kreatif: Kem penulisan lagu, persembahan langsung dan kerjasama dengan rakan kongsi kebudayaan dan industri di seluruh dunia.
  • Sokongan pemasaran: Peluang promosi bagi duta artis EQUAL terpilih untuk membantu mereka memperluas jangkauan muzik dan cerita mereka.
  • Secara purata, artis EQUAL menerima lebih daripada 1.1 juta strim editorial pada bulan pertama mereka selepas ditambahkan ke program tersebut.
    FREQUENCY
    Meraikan artis berkulit Hitam dan budaya merekaFREQUENCY ialah platform global sepanjang tahun Spotify untuk artis kulit Hitam serta muzik, kreativiti dan budaya yang dibentuk oleh mereka. Ia menampilkan pencipta kulit Hitam baharu dan terkemuka di seluruh dunia melalui editorial, program kebudayaan dan kerjasama yang merangkumi muzik, sukan, fesyen, filem, seni visual dan reka bentuk.
  • Penceritaan artis: Ditampilkan merentasi saluran milik Spotify, termasuk media sosial, kandungan editorial dan kempen FREQUENCY yang lain.
  • Program kebudayaan: Persembahan, panel dan acara komuniti yang berkaitan dengan detik-detik penting dalam budaya orang kulit Hitam.
  • Penemuan dalam platform: Peluang untuk menjangkau pendengar di seluruh Spotify melalui playlist dan hab FREQUENCY, playlist editorial yang lebih luas, dan paparan dalam aplikasi lain yang layak.
  • Teroka Program Artis