Wrapped kini Kembali dengan Clip Anda yang Berprestasi Paling Tinggi, Cerita Baharu dan Cara Baharu untuk Berkongsi Tahun Anda
Raikan detik penting anda dan berhubung dengan peminat anda dengan cara baharu.
Adakah anda bersedia untuk mengimbas semula detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2024 bersama peminat yang mendorong kejayaan anda? Wrapped for Artists kini tersedia — inilah masa untuk meraikan pencapaian anda dan berhubung dengan pendengar dari seluruh dunia. Mari kita teroka keistimewaan 2024 Wrapped dan sebab ini ialah masa untuk menonjolkan diri anda.
Pengalaman Wrapped yang lebih cepat dan lancar
Kami telah membuat penambahbaikan yang ketara untuk memastikan pengalaman Wrapped anda adalah lancar. Tidak perlu menunggu lagi — teroka sorotan anda dengan cepat dan tanpa gangguan, beralih daripada satu cerita kepada cerita yang lain dengan mudah.
Dengan pengalaman mudah alih yang ditingkatkan dan navigasi global baharu, anda boleh menerokai mana-mana cerita pada bila-bila masa, yang memudahkan perkongsian cerita teratas anda dengan cepat.
Cerita baharu untuk diraikan
Ingat lagi keseronokan semasa strim anda meningkat pada minggu keluaran terbesar anda? Buat kali pertama, artis yang layak menerima cerita data Keluaran Baharu boleh mengimbas semula keterujaan pada minggu keluaran terbesar mereka – malah anda dapat melihat bilangan prasimpan yang anda dorong jika anda menyediakan Halaman Kira Detik. Tambahan lagi, anda boleh melihat cara video anda menonjol, termasuk Clip yang paling menarik minat peminat anda.
Kongsi detik pilihan anda
Selain cerita baharu, kami juga memudahkan perkongsian detik yang paling penting untuk anda. Buat kali pertama, anda akan menerima kad kongsi bagi setiap cerita data. Sama ada anda teruja untuk berkongsi bilangan negara yang menstrim kandungan anda atau peningkatan yang anda capai pada tahun ini, dengan 2024 Wrapped for Artists, anda memilih detik yang paling penting untuk anda dan pendengar anda.
Memandangkan Wrapped tersedia dalam 37 bahasa, anda boleh berhubung dengan audiens di seluruh dunia dan memastikan peminat anda berasa mereka ialah sebahagian daripada perjalanan anda. Perkongsian tahun anda dalam bahasa mereka menunjukkan bahawa anda menghargai sokongan peminat anda.
Lihat kesan Clip
Panduan Bersedia untuk 2024 Wrapped kami menggalakkan anda menggunakan Clip untuk mendedahkan lagu yang ingin dipersembahkan pada tahun ini, mendedahkan makna sebenar di sebalik salah sebuah lagu baharu anda atau menyampaikan kisah tentang penciptaan lagu.
Kami telah berkongsi Clip ini bersama peminat anda terus di Spotify dalam suapan video Wrapped selagi anda berada dalam kalangan artis teratas mereka pada tahun ini. Peminat juga akan melihat Clip yang dimuat naik terus dalam ciri paling terkemuka Wrapped iaitu: cerita data Wrapped.
ICYMI: Jika anda terlepas tarikh akhir pada tahun ini, ikuti kami di Instagram, LinkedIn, Twitter/X dan TikTok untuk mendapatkan peringatan apabila tiba masanya untuk bersiap sedia bagi 2025 Wrapped.
Pencipta lagu dalam tumpuan
Pencipta lagu, anda berpeluang menonjolkan kreativiti anda sekali lagi pada tahun ini. Wrapped for Songwriters telah kembali untuk semua pencipta lagu dengan songwriter page, yang dilengkapi dengan laman mikro interaktif, penjana kad kongsi dan kempen sosial khusus.
Daripada lirik yang menarik minat pendengar sehingga detik penerbitan anda yang paling kreatif, inilah peluang anda untuk berkongsi proses yang merealisasikan muzik anda. Sama ada anda menulis lirik atau menggubah melodi, inilah peluang anda untuk berkongsi proses penciptaan anda.
Muzik anda diketengahkan
Sama ada anda profesional Wrapped atau ini ialah Wrapped anda yang pertama, tujuan utama Wrapped adalah untuk meraikan anda serta peminat yang suka mendengar kandungan anda. Imbas semula sorotan, raikan pencapaian anda dan ingatkan pendengar anda tentang peranan penting mereka dalam perjalanan anda.
Mudah sahaja untuk mengakses Wrapped anda: log masuk ke Spotify for Artists dan klik pada kad laman utama Wrapped. Belum menuntut akaun anda? Tiada masalah—lawati pautan ini atau hubungi kami melalui pengedar anda.
Jadi, marilah kita lakukan bersama. Terokai, raikan dan kongsi perjalanan 2024 anda bersama peminat yang mendorong kejayaan anda.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.