Produk

Tab Konsert Baharu untuk Halaman Artis

Featured Artist: Tory Lanez
August 25, 2016

Halaman artis anda ialah halaman utama anda di Spotify. Di sinilah tempat untuk semua muzik anda dan di sinilah peminat boleh mengenali anda dengan lebih lanjut dan mengetahui berita terkini tentang anda.

Hari ini, kami menambah tab "Konsert" baharu pada halaman artis anda agar peminat boleh melihat semua tarikh konsert jelajah anda yang akan datang di satu tempat. Kami sudah memaklumkan kepada peminat apabila anda membuat persembahan berhampiran dengan mereka melalui cadangan konsert diperibadikan dan bahagian "Konsert Menjelajah" yang disasarkan mengikut geografi. Kini, mudah sahaja untuk sesiapa pun mencari tempat persembahan anda yang seterusnya.

Tab "Konsert" akan dilancarkan hari ini dalam aplikasi desktop Spotify. Semua tarikh konsert jelajah diambil secara automatik daripada Songkick. Anda boleh mengemas kini senarai anda dengan menggunakan Tourbox Songkick atau dengan menghantar e-mel kepada spotifysupport@songkick.com.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular