Pengarah Kanan Digital Interscope iaitu Kirsten Stubbs Berbicara Tentang Merunut Bunyi Sosial dalam Podcast Sesi Co.Lab

Erica Campbell / September 1, 2021

Daripada kepentingan penggunaan media sosial sehinggalah cara mengembangkan capaian media sosial, pengarah pemasaran digital Kirsten Stubbs bercakap tentang cara artis boleh menggunakan platform dalam talian untuk mencapai dan membina audiens baharu.

Pada episod podcast Sesi Co.Lab ini, Kirsten Stubbs menerangkan cara artis baharu boleh memanfaatkan platform sosial yang baru muncul untuk berkongsi kandungan mereka dan mengembangkan kumpulan peminat mereka. Kirsten merupakan Pengarah Kanan Pemasaran Digital di Interscope Records, tempat dia mengusahakan strategi digital untuk artis seperti Selena Gomez, Lana Del Rey dan Imagine Dragons.

Dengan memetik peralihan dalam media sosial baru-baru ini, daripada budaya pengikut kepada "budaya algoritma" yang algoritma menawarkan kandungan berdasarkan keutamaan pengguna, Kirsten menjelaskan bahawa artis baharu berada pada tahap yang sama dengan artis lama berkenaan menyampaikan muzik mereka di hadapan bakal peminat. Beliau juga memberikan petua tentang cara artis boleh menggunakan platform baru muncul seperti TikTok sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran dalam talian mereka secara keseluruhan, dan sebab mereka tidak sepatutnya terlalu bimbang tentang strategi dan lebih menumpukan pada keaslian. Dengar episod ini dan baca beberapa isi penting daripada Kirsten di bawah.

Sorotan daripada episod Sesi Co.Lab Kirsten Stubbs

Artis harus memanfaatkan peluang sama rata yang ditawarkan oleh media sosial

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat trend daripada budaya pengikut kepada budaya algoritma dalam talian. Jadi, [platform seperti] TikTok, [Instagram] Reels, Facebook dan juga Twitter benar-benar beralih kepada menyampaikan kandungan yang dicari oleh peminat. Anda mungkin tidak memiliki pengikut atau pun mempunyai sejuta pengikut, tetapi sedikit sebanyak anda berada pada tahap yang sama. Peluang yang ditawarkan sama rata dan jika anda kerap menyiarkan kiriman pada platform ini, algoritma akan memilih orang yang ingin melihat kandungan anda dan menyampaikan kandungan ini kepada mereka. Pada pendapat saya, ini merupakan anjakan paradigma yang besar dalam perniagaan dan ini merupakan peluang hebat untuk membangunkan artis seperti yang kita lihat, daripada artis yang muncul daripada TikTok kepada SoundCloud, Reels, dll.

Kurangkan fokus pada strategi dan lebihkan tumpuan kepada perkara yang dirasakan asli

Seringkali kita tertanya soalan seperti "Apakah strateginya?" Sebenarnya, ini semudah seperti meluangkan masa di setiap platform sosial ini, menatal media sosial dan pada akhirnya, kembali dan lihat pada perkara yang anda suka, perkara yang anda libatkan diri. Apakah yang membuatkan perkara tersebut menarik? Bercakaplah tentang perkara yang anda suka dan tidak suka. Apakah yang dirasakan asli buat anda dan apakah yang dirasakan agak melampau buat anda? Sekiranya anda seorang artis klasik, mungkin anda tidak sepatutnya melakukan tarian TikTok. Jika anda seorang yang bersikap serius dan ingin menumpukan pada seni, mungkin anda tidak perlu berkongsi meme. Terdapat cara untuk berinteraksi dengan orang ramai di platform media sosial yang bukan perkara yang anda lihat secara kasar. Dengan mendengar dan menumpukan pada perkara yang sudah dihasilkan dan perkara yang serasi dengan anda, maka anda sudah mempunyai petunjuk tentang hala tuju kandungan anda.

Kembangkan jenama anda dengan melibatkan diri bersama pelbagai kandungan selain muzik

Anda harus melihat media sosial dari sudut kolaborasi. Anda boleh melakukan perkara seperti memberikan komen pada halaman meme dan menghantar ciapan lucu. Anda tidak perlu mengehadkan diri anda kepada muzik sahaja kerana sekali lagi, anda membawa orang ramai dalam lingkungan pengaruh anda dan ini mungkin bukan kerana mereka menyukai muzik anda. Mereka mungkin menyukai cita rasa fesyen anda atau anda mempunyai pendapat dari segi politik yang disetujui oleh mereka dan mereka ingin mendengar lebih lagi daripada anda. Oleh itu, jangan menumpukan pada kandungan muzik sahaja dan benar-benar kembangkan jenama anda kepada gabungan kandungan penuh yang bukan sekadar muzik. Muzik ialah aspek jenama dalam talian anda.

Dengar lebih banyak episod podcast Sesi Co.Lab tentang membina pasukan anda, membina budaya berkenaan muzik anda, melindungi kerjaya anda dan banyak lagi.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini