Halaman Kira Detik Meningkatkan Keterujaan Peminat untuk Album Baharu Anda

March 8, 2023

Hari ini di Stream On, kami mengumumkan Halaman Kira Detik – destinasi baharu untuk peminat prasimpan album anda yang akan datang, tonton video Clip, lihat pemasa kira detik keluaran anda dan banyak lagi.

Detik keluaran album adalah salah satu detik penting dalam kerjaya artis, tetapi pembinaan momentum untuk keluaran baharu dalam dunia hari ini memerlukan artis dan pasukan mereka bekerja merentas berbilang platform dan perkhidmatan. Hal ini adalah rumit, mengambil masa dan memutuskan sambungan antara tempat muzik digembar-gemburkan dan tempat sebenar muzik distrim. Sehinggalah sekarang.

Memperkenalkan Halaman Kira Detik, destinasi baharu untuk peminat anda prasimpan album anda yang akan datang, pratonton senarai lagu, prapesan barang dagangan baharu, tonton video Clip yang anda kongsi dan lihat pemasa kira detik keluaran – semua ini di satu tempat.

Taylor Swift, Karol G, Florence and the Machine, Quevedo, Paramore serta artis lain telah mencuba Halaman Kira Detik dan hasilnya menakjubkan: Secara purata, lebih daripada 80% orang yang prasimpan lagu telah menstrim keluaran baharu dalam minggu pertama. Berdasarkan hasil ini, kami akan memberi lebih ramai artis keupayaan untuk menyediakan Halaman Kira Detik di Spotify for Artists dalam bulan-bulan yang akan datang.

Cara artis menggunakan Halaman Kira Detik

Kami mengumumkan Halaman Kira Detik di Stream On, tempat Jonas Brothers berkongsi keterujaan mereka tentang cara baharu untuk berhubung dengan peminat mereka sebelum album baharu mereka, The Album , tiba pada bulan Mei. "Kami mempunyai hubungan yang istimewa dengan peminat kami," kata Kevin Jonas. "Mereka telah menyokong kami sejak album kami yang pertama."

"Dan kami sentiasa mencari peluang untuk memberi mereka perkembangan pertama bagi setiap perkara yang kami lakukan," tambah Joe Jonas. "Sebab itulah kami berasa tidak sabar untuk mula menggunakan Halaman Kira Detik, alat baharu yang mula dikeluarkan oleh Spotify pada hari ini," simpul Nick Jonas.

Mereka juga memperkenalkan beberapa rakan artis mereka untuk bercakap tentang Halaman Kira Detik. Bermula dengan Jennifer Lopez: "Saya sangat teruja dengan Halaman Kira Detik Spotify yang baharu," katanya. "Spotify mula mengeluarkan halaman ini untuk lebih ramai artis di seluruh dunia, membolehkan mereka membawa strategi diperibadikan mereka sendiri untuk setiap album."

"Saya tidak akan berada di tempat saya hari ini jika bukan kerana hubungan peribadi yang saya ada dengan peminat saya," tambah 6LACK. "Halaman Kira Detik hanyalah satu lagi cara untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut."

Lihat lagi daripada Jennifer Lopez, 6LACK, Karol G dan Luke Combs di bawah:

Segalanya tentang Halaman Kira Detik

Apabila anda membina keterujaan untuk album baharu anda pada platform lain, perkara ini mengambil banyak masa (dan wang), tetapi perkara ini tidak sentiasa memberikan kesan pada strim atau jualan minggu pertama. Sebab itulah kami membina Halaman Kira Detik betul-betul di tempat peminat mendengar muzik anda – di Spotify. Halaman ini direka bentuk untuk membantu anda membina keterujaan untuk album baharu dan sekali gus mendorong strim minggu pertama. Peminat yang prasimpan album anda pada Halaman Kira Detik akan mendapat pemberitahuan tolak apabila album dikeluarkan dan kami akan menambahkan album anda secara automatik pada pustaka mereka supaya mereka boleh mula menstrim.

Selepas anda menerbitkan Halaman Kira Detik baharu pada Spotify for Artists, peminat setia akan dimaklumkan secara automatik bahawa salah seorang artis kegemaran mereka mempunyai keluaran yang akan datang. Mereka akan dapat prasimpan keluaran anda, pratonton senarai lagu, tonton kandungan video eksklusif dan banyak lagi. Mereka akan melihat tiga video Clip terkini yang anda tambahkan pada halaman anda dan apabila mereka mengklik salah satu video, mereka akan dapat meneroka lagi dalam suapan video anda. Jika anda telah mengeluarkan mana-mana lagu daripada album akan datang tersebut, lagu itu akan boleh dimainkan dalam pratonton senarai lagu, jadi peminat boleh menstrim muzik baharu anda sambil mereka melihat pemasa kira detik.

Pendengar juga boleh mengakses dan meneroka Halaman Kira Detik anda terus daripada profil artis anda di bawah bahagian “Keluaran Akan Datang”. Jika anda ingin melihat cara ciri ini berfungsi, pergi ke aplikasi mudah alih Spotify untuk melihat Halaman Kira Detik baharu untuk keluaran akan datang Ed Sheeran.

Mulakan Kira Detik

Kami sedang melancarkan Halaman Kira Detik kepada lebih ramai artis di seluruh dunia, supaya anda boleh menggunakan strategi diperibadikan anda sendiri pada setiap album. Lebih banyak kemas kini akan tiba dalam bulan-bulan akan datang.

Klik di sini untuk melihat setiap perkara yang kami umumkan untuk artis di Stream On, serta klik di sini bagi mendapatkan petua untuk menggunakan Clip pada Halaman Kira Detik anda dan merentas Spotify.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan