Cara Indigo Waves Menggembar-gemburkan Keluaran Terkini Mereka, Mirror, dan Meningkatkan Pendengar Bulanan Mereka Sebanyak Tiga Kali Ganda Dengan Bantuan Discovery Mode

Apabila Austin Oestreich dan Matt Mink bertemu ketika di kolej, satu lawatan ringkas ke pergunungan bersama gitar telah mencetuskan idea: “Oh, kita patut mencipta muzik bersama-sama.” Idea tersebut melahirkan kumpulan indie Indigo Waves, sebuah projek yang membawa mereka melalui zaman pengijazahan, zaman mereka menjadi bapa, dan yang paling terkini, jelajah Eropah mereka yang pertama. Dengan bunyi lagu surf rock mereka yang lembut, duo ini terus merakam keeratan persahabatan mereka serta kegembiraan membuat muzik.

Sejak tahun 2023, Indigo Waves telah menggunakan Discovery Mode untuk mengembangkan audiens serta mendapatkan pendengar baharu untuk muzik mereka. Tanpa kos pendahuluan, Discovery Mode merupakan alat yang berharga untuk percubaan, dan mereka melihat jumlah pendengar mereka meningkat dengan mendadak. “Dahulu kami seperti, hei, saya hidupkan ini ya, mari kita tengok keberkesanannya,” kata Mink. “Kemudian, kami gandakan pendengar kami, dan kami tertanya-tanya jika kami akan mencapai 100K pendengar. Dan kami betul-betul capai, kemudian 200K, dan seterusnya 300K.”

Discovery Mode terus menjadi bahagian penting dalam strategi pemasaran kumpulan ini, kerana mereka terus menjalankan kempen setiap bulan dengan memilih lagu baharu serta lagu katalog. Oestreich berkata, “Saya rasa ciri ini membantu motivasi kami, serta mendorong kami untuk mengeluarkan lebih banyak lagu secara lebih kerap. Saya dan Matt baru sahaja kembali daripada konsert jelajah dan kami terus sahaja ‘Okey, mari ke studio.’” Strategi kumpulan ini adalah dengan memasukkan lagu baharu dalam Discovery Mode sebaik sahaja lagu mereka memenuhi kriteria kelayakan, kemudian, mereka memeriksa metrik prestasi Discovery Mode penting setiap bulan, khususnya berfokus kepada pendengar dan metrik kadar niat untuk memahami cara Discovery Mode membantu mereka berkembang dan melibatkan audiens mereka.

Gunakan Discovery Mode merentas kitaran keluaran untuk Mirror

Untuk album baharu Indigo Waves Mirror, yang akan dikeluarkan pada 7 Mac 2025, Discovery Mode merupakan bahagian integral dalam strategi keluaran mereka, daripada menyorot single prakeluaran kepada mengekalkan momentum pascakeluaran. Digandingkan dengan alat seperti Marquee dan Showcase, mereka mencapai 350K pendengar bulanan dengan cepat semasa bulan keluaran mereka, iaitu pendengar bulanan tertinggi mereka setakat ini.

Membina keterujaan prakeluaran

Pada tempoh setahun sebelum keluaran Mirror , kumpulan ini mengeluarkan single daripada album setiap beberapa bulan (berjumlah 6 lagu), setiap satu lagu itu dimasukkan dalam Discovery Mode dan digandingkan dengan Showcase sendiri untuk membina keterujaan terhadap album yang bakal dikeluarkan. “Sebahagiannya ialah strategi prakeluaran, sebahagian lagi ialah cara kami mencipta lagu. Kami cuba memberikan ruang kepada setiap single untuk menonjol sendiri sebelum kami mengeluarkan lagu baharu,” kata Oestreich. Discovery Mode telah meningkatkan jangkauan single baharu, dengan beberapa buah lagu menyaksikan peningkatan lebih daripada 5x pendengar selepas bulan pertama dimasukkan dalam Discovery Mode.

Meningkatkan penglibatan album

Apabila Mirror dikeluarkan pada bulan Mac 2025, Indigo Waves mempunyai lebih 77K pendengar aktif bulanan (22.4% daripada jumlah audiens mereka). Untuk terus meningkatkan penglibatan dengan Mirror , kumpulan ini menggunakan Marquee dan Showcase, memilih tajuk utama Showcase “Muzik baharu”. Dalam masa yang sama, kumpulan ini terus menjalankan kempen Discovery Mode yang menampilkan single daripada album serta lagu katalog. Untuk memaksimumkan detik keluaran, mereka menyorot album tersebut pada halaman artis mereka menggunakan Pilihan Artis, memastikan mereka mencari semua cara untuk mendapatkan muzik baharu mereka didengari oleh para pendengar. Strategi holistik ini membantu mereka mengembangkan pendengar bulanan sebanyak lebih 25% dalam bulan keluaran itu sahaja, dengan pendengar super menyumbang lebih 20% daripada pendengar aktif bulanan yang menstrim album mereka.

Melanjutkan detik

Untuk mengekalkan momentum pascakeluaran, mereka memilih lagu daripada Mirror untuk Discovery Mode sebaik sahaja lagu tersebut layak, bersama lagu-lagu daripada katalog mereka, untuk terus mengembangkan pendengar bulanan mereka. Kumpulan ini juga membuat Canvas untuk setiap lagu mereka, iaitu sebuah alat yang mereka gunakan dengan konsisten, untuk mengongsikan personaliti kumpulan serta mempromosikan jelajah Eropah mereka pada musim bunga. Kumpulan ini turut menambah barang dagangan mereka di Spotify, membolehkan peminat yang tidak dapat melihat mereka secara langsung dapat membeli vinil, kemeja-T, dan topi. Dengan pendekatan ini, Indigo Waves mengadakan konsert menjelajah dengan audiens yang sudah digembar-gemburkan dengan keluaran baharu serta tempat acara yang habis dijual di seluruh Eropah, yang membuatkan peminat teruja untuk melihat Mirror secara langsung.

Kini, sudah pulang daripada jelajah mereka, Mink katakan, “Kami sedang merancang strategi untuk langkah seterusnya. Kami telah menetapkan matlamat untuk diri kami dan berbincang hala tuju kami yang seterusnya.” Dengan memikirkan perkara tersebut, nasihat utama Oestreich kepada artis lain yang juga merupakan moto kumpulan ini ialah, “Jangan takut mencipta lagu yang teruk. Terus mencipta sahaja. Semakin banyak anda menulis, semakin banyak yang anda pelajari, dan seperti itulah anda bakal mendapatkan album yang bagus.”

Indigo Waves dalam jelajah Eropah mereka

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini