Cara Video di Spotify Membawa Peminat Anda Melangkah Lebih Jauh

July 21, 2026

Di Spotify, video bukan sekadar untuk tontonan, tetapi menarik peminat untuk menyelami lagi muzik anda.

Artis mencurahkan usaha yang besar untuk menghasilkan video mereka, daripada konsep dan persembahan hinggalah proses pengeditan dan pelancaran. Namun, biasanya usaha itu hanya diukur berdasarkan jumlah tontonan semata-mata.

Jika hanya dilihat dari sudut pandangan tersebut, impak penuh video mungkin kurang dirasai. Sebahagian besar kuasa video datang daripada kumpulan peminat masa depan yang didorong oleh video itu.

Video Bukan Sekadar Untuk Tontonan

Selepas menstrim video panjang penuh di Spotify, sama ada video muzik rasmi, persembahan langsung atau nyanyian semula, pendengar menstrim lagu tersebut 64% lebih kerap dalam tempoh tiga minggu berikutnya berbanding dengan peminat serupa yang hanya mendengar audio.

Mereka juga 1.4x lebih cenderung menyimpan, berkongsi atau menambahkan lagu itu pada playlist. Mereka juga akan terus menstrim katalog artis itu yang selebihnya 57% lebih kerap sepanjang tempoh yang sama.

Pendengar super — peminat paling setia seseorang artis — menstrim muzik artis tersebut 62% lebih kerap selepas menonton video di Spotify. Secara purata, masa mendengar tambahan ini adalah lebih daripada satu jam empat puluh minit.

Video dapat mendorong pendengaran yang lebih aktif dan menunjukkan momentum budaya, jadi kami mempromosikan lagu dengan video dengan lebih kerap menerusi cadangan diperibadikan.

Di Spotify, video menyebabkan peminat kembali kepada muzik berulang kali.

Pelaburan Spotify Terhadap Video

Peningkatan pendengaran bukanlah suatu kebetulan — sebaliknya merupakan hasil daripada usaha Spotify menyepadukan video ke dalam teras cara muzik dihantar, diusulkan, ditemukan dan diukur.

Muat naik terus di Spotify for Artists. Beberapa minggu yang lalu, kami telah melancarkan keupayaan untuk artis memuat naik video panjang penuh terus di Spotify for Artists (kini dalam versi beta). Anda kini boleh memuat naik video — persembahan langsung, sesi studio, nyanyian semula dan video muzik rasmi — semuanya layak menerima royalti dan disenaraikan dalam carta. Jika anda sudah pun menghantar video melalui label atau pengedar anda, anda boleh terus berbuat demikian. Artis kini mempunyai pilihan bagi cara video mereka dihantar ke Spotify. Hampir 100,000 artis dalam versi beta kini juga mempunyai pilihan untuk memuat naik secara terus, menjadikan usaha memasukkan video ke Spotify dan mengetengahkan video kepada peminat lebih pantas daripada sebelum ini.

Usulkan video anda, sama seperti muzik anda. Buat kali pertama (kini dalam versi beta), artis boleh mengusulkan video muzik secara terus kepada pasukan editorial Spotify untuk pertimbangan playlist video. Kongsikan cerita video anda — konsep, mood, gaya visual — supaya video muzik rasmi dan video persembahan anda dapat menjangkau peminat yang sesuai. Video yang anda usulkan boleh muncul dalam playlist seperti Best New Videos, Live Performances, Today’s Top Videos dan House Party, iaitu sebahagian daripada lebih 100 playlist video yang tersedia di seluruh dunia. Video mestilah belum dikeluarkan atau telah dikeluarkan dalam tempoh 7 hari yang lalu untuk layak diusulkan, sama ada dihantar oleh label atau pengedar anda atau dimuat naik terus melalui Spotify for Artists.

Lebih banyak cara untuk menjangkau peminat. Sebaik sahaja video berada di Spotify, video itu boleh menjangkau pendengar di seluruh aplikasi. Video boleh muncul di tempat seperti Video Untuk Anda (playlist video diperibadikan pertama di Spotify), tab Video pada profil artis anda, Laman Utama, halaman keluaran, paparan Sedang Dimainkan, playlist video editorial dan melalui pemberitahuan tolak peminat.

Memperkenalkan Carta Video Muzik Global. Akan dilancarkan hari ini: Carta pertama Spotify yang dikhususkan sepenuhnya untuk video muzik. Peminat boleh menemukan 50 video global teratas yang disusun mengikut jumlah strim harian, tersedia di hab Carta dan hab Playlist Video Muzik. Setiap hari Selasa, saluran sosial Spotify dan Spotify for Artists akan mengetengahkan 10 video muzik teratas, memberi artis satu lagi peluang untuk menonjol setiap minggu.

Gabungan kesemua ciri ini memberi artis segala-galanya yang mereka perlukan untuk melancarkan, mengusulkan video, ditemukan dan menjejaki kemajuan mereka – semuanya di tempat peminat mereka sudah pun mendengar.

Daripada Tontonan Pertama Menjadi Peminat Setia

Bagi kumpulan rock indie, The Runarounds, sebuah nyanyian semula telah mengubah tontonan pertama menjadi peningkatan yang konsisten.

Nyanyian semula mereka bagi lagu "Valerie (Live from The Minivan Tour)" menjadi titik permulaan kepada pendedahan lanjut muzik kumpulan tersebut, dan angka statistik jelas membuktikan perkara ini. Berbanding dengan peminat yang hanya menstrim audio, peminat yang menstrim video kemudiannya menstrim 67% lebih banyak katalog kumpulan tersebut merentasi 21% lebih banyak lagu yang berbeza. Pendengar super menstrim artis tersebut 70% lebih kerap.

Langkah Seterusnya

Di Spotify, video bukan sekadar untuk tontonan. Video boleh menyebabkan peminat mendengar lagu berulang kali, meneroka katalog secara lebih mendalam dan mengenali artis dengan lebih lanjut. Itulah yang dimaksudkan dengan membawa peminat melangkah lebih jauh.

Ingin memanfaatkan lagi video anda? Mulakan dengan menghantar– sebaik-baiknya pada atau sebelum hari keluaran – dan mengusulkan video anda kepada pasukan editorial kami. Anda boleh meneruskan kerjasama dengan label atau pengedar untuk menghantar video kepada Spotify. Kami juga akan meluaskan keupayaan muat naik video Spotify for Artists kepada lebih banyak pasukan. Ketahui lebih lanjut atau sertai senarai menunggu.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini