Menyelami Perniagaan Muzik: 5 Pakar Industri Berkongsi Perkara Yang Artis Perlu Tahu Untuk Mengharungi Kerjaya Mereka

Chris Mench / April 14, 2022

A&R, penerbitan, publisiti, penempahan dan banyak lagi – Orang dalam industri daripada BMI, Warner Chappell, LVRN dan Nvak Collective berkongsi cerapan perniagaan yang penting dalam siri Song Start kami.

Banyak artis, penerbit dan pencipta lagu menceburi perniagaan muzik disebabkan oleh minat mereka terhadap penciptaan, tetapi sering menjadi kelam-kabut disebabkan oleh realiti industri muzik yang kompleks. Walaupun banyak aspek perniagaan ini mengelirukan, terdapat langkah ketara yang boleh diambil oleh pencipta karya untuk memahami cara mereka dan orang di sekitar mereka bekerjasama.

Sebagai sebahagian daripada siri Song Start pendidikan kami, pihak Spotify berbincang dengan orang dalam industri, termasuk Samantha Cox daripada BMI, Sam Sklar daripada Warner Chappell, Justice Baiden daripada LVRN, Alex Salibian daripada Nvak Collective dan Tamar Kaprelian milik organisasi Song Start. Kelima-lima pakar berkongsi pendapat tentang aspek industri yang berbeza dengan menawarkan beberapa cerapan yang membuka mata tentang perkara yang perlu diketahui oleh ahli muzik ketika mereka menelusuri sisi profesional dalam kerjaya kesenian mereka.

Kaprelian menawarkan siri langkah yang padat yang seharusnya diambil oleh mana-mana artis atau pencipta lagu semasa membina pasukan dan kerjaya dengan menjadikan Rosa Linn, seorang pencipta lagu dan penerbit, sebagai contoh. Dia mengimbas kembali kerjaya Rosa Linn yang bertunas daripada menulis lagu untuk artis lain pada zaman awal hingga memasuki perjanjian penerbitan, menceburkan dirinya sebagai artis, menandatangani perjanjian rakaman, merakam dan menerbitkan album, mempromosikan muziknya dan mengadakan konsert menjelajah. Sepanjang proses tersebut, dia bergaul dengan banyak orang dan pasukan yang berbeza yang telah memainkan peranan dalam kejayaan Rosa sebagai artis:

  • Peguam Hiburan
  • Pengurus
  • Pengurus Perniagaan
  • Syarikat Penerbitan
  • A&R
  • Syarikat Pengagihan / Syarikat Rakaman
  • Jabatan Pemasaran dan Pengurus Produk
  • Pasukan Akhbar, PR dan Publisiti
  • Pengurus Media Sosial
  • Jabatan Radio dan Penyelidikan
  • Ejen Penempahan
  • Pengurus Konsert Menjelajah
  • Pengarah Muzik
  • Jurutera Audio

“Penemuan kru yang sesuai – orang yang benar-benar menyokong anda dari segi mental, emosi, fizikal – mencetuskan kreativiti untuk jangka masa yang panjang. Ini bukan pendekatan yang sesuai untuk semua keadaan," kata Kaprelian. "Dengan begitu banyak bahagian yang perlu diberikan perhatian, anda perlu ingat bahawa artis merupakan pusat bagi rangkaian orang ini. Walaupun Rosa memerlukan pasukannya untuk berjaya, tiada industri muzik tanpa muzik dan tiada muzik tanpa pencipta karya yang menghasilkan muzik tersebut: penerbit, pencipta lagu dan artis."

Tonton video Kaprelian “Orang Terkenal dalam Industri Muzik” daripada Song Start untuk mengetahui perkara yang dilakukan oleh setiap orang dan pasukan ini serta cara mereka boleh membantu anda membina kerjaya sebagai artis:

Alex Salibian yang mengendalikan Nvak Collective di tepi Kaprelian, menegaskan perkara ini dengan memberitahu artis agar menganggap diri mereka sebagai "CEO" bagi syarikat mereka sendiri. "Anda memiliki seluruh pasukan di sisi anda dan anda perlu beroperasi seperti sebuah syarikat, memiliki pernyataan misi yang kukuh ('sebab'), kemudian melakukan kerja berdasarkan misi tersebut," kata dia. "Berkomunikasi tentang matlamat [anda] dan visi [anda] secara konsisten dan ketara serta pastikan pasukan [anda] bekerja sejajar dengan matlamat dan visi tersebut."

Salibian mengaku bahawa dia juga "amat naif akan proses yang berlaku selepas saya selesai merakam dan menghantar lagu kepada label". Katanya, "saya mengambil seketika masa untuk mendidik diri saya tentang semua usaha yang berlaku selepas itu".

Justice Baiden daripada LVRN bersetuju dan mengetahui bahawa visi mungkin mengambil masa untuk berkembang sepenuhnya. Pembangunan artis ialah perkara yang paling penting di sepanjang perjalanan ini. "Pembangunan artis tidak menyeronokkan," katanya. "Berada di tempat yang sama bertahun-tahun lamanya untuk menentukan setiap keputusan, setiap warna, cara muzik berbunyi dan cara mereka menunjukkan senyuman semasa mereka diwawancara? Akan tetapi, hal ini penting, bukan? Saya berasa setelah anda mengetahui matlamat anda dalam kehidupan, segala-galanya menjadi lebih mudah."

Walaupun alat kreatif, media sosial dan platform pengagihan lebih mudah diakses sehingga membolehkan artis melakukan lebih banyak perkara untuk diri mereka dan mencapai kejayaan tanpa perjanjian rakaman yang tradisional, Baiden berkata bahawa artis masih perlu mengetahui perkara yang akan dilakukan oleh mereka dan bersedia untuk bekerja keras.

"Bukan setiap orang sesuai menjadi usahawan," kata dia. "Sesetengah orang sesuai memainkan peranan. Oleh itu, anda perlu faham bahawa sebagai seorang artis atau eksekutif, laluan bebas bermakna anda perlu mempunyai mesin yang beroperasi dengan lancar. Anda perlu menguasai jenis perniagaan dan juga menguasai cara membina sebuah syarikat."

Setelah lagu anda wujud, anda perlu mengetahui cara menerbitkan lagu tersebut. Sam Sklar, A&R di Warner Chappell Music Publishing dengan baik hatinya menggariskan peranan utama PRO (Organisasi Hak Persembahan) dan Penerbit. "Penerbitan boleh dikatakan sebagai perniagaan tentang pengewangan dan promosi aspek penggubahan lagu," katanya. “[PRO] mengumpulkan royalti bagi pihak pencipta lagu, penerbit, artis dan memastikan bahawa setiap orang menerima royalti tersebut untuk penggubahan mereka."

Walaupun perjanjian penerbitan akan membantu artis dan pencipta lagu memaksimumkan nilai penggubahan mereka berikutan dengan peredaran masa, mereka seharusnya terus mula membuat aturan untuk aliran perolehan dengan baik. "Jika anda bergerak sendirian dan berperanan sebagai penerbit anda sendiri serta tidak memasuki perjanjian penerbitan lagi, anda boleh mengkaji beberapa jenis royalti dan organisasi ini yang berbeza," menurutnya.

Samantha Cox daripada BMI, PRO yang berpusat di Amerika Syarikat mencadangkan agar artis dengan cepatnya mengambil tahu tentang nombor IPI mereka, iaitu nombor pengenalan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang diberikan kepada nama sah, nama pentas dan banyak lagi bagi setiap orang. Ini membolehkan PRO mengenal pasti orang yang akan memungut perolehan bagi pihak artis – terutamanya jika perolehan tersebut terbenam dalam metadata lagu – dan akan membantu artis mempunyai akses kepada aliran perolehan yang dikumpulkan bagi pihak mereka. Dia juga menegaskan tentang betapa pentingnya artis membiasakan diri dengan banyak jenis PRO dan aliran perolehan yang berbeza yang dikumpulkan oleh mereka jika mereka mahu dibayar.

Akhirnya, Cox menggalakkan artis untuk tidak tawar hati, tetapi melengkapi diri dengan pengetahuan tentang cara industri beroperasi untuk memaksimumkan pulangan yang boleh dihasilkan oleh mereka daripada pelaburan masa dan kreatif mereka.

"Jika anda boleh kekal berkembang dalam perniagaan ini, anda akan berjaya," katanya. "Kejayaan tersebut mungkin bukan sebagaimana yang anda impikan. Anda mungkin bukan Beyoncé atau Drake, betul? Akan tetapi, anda mendapatkan wang dalam perniagaan muzik dan anda melakukan kerja ini dengan berjaya. Kejayaan ini datang seiring dengan masa, kesabaran, usaha, dorongan dan minat."

Dengar lebih banyak daripada Alex Salibian dan Justice Baiden pada episod podcast “Cara Baharu untuk Bekerja dalam Industri Muzik” mereka, atau dengar episod Samantha Cox dan Sam Sklar untuk mengetahui tentang “Kisah Dalaman dan Luaran PRO dan Penerbit”.

Klik sini untuk mendapatkan video dan podcast yang selanjutnya daripada Song Start.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini