Produk

Pemerkasaan oleh Merchbar bagi Barang Dagangan Artis di Spotify

Featured Artist: Melanie Martinez
June 22, 2016

Penjualan barang dagangan ialah cara yang mudah untuk anda berhubung dengan pendengar dan membantu menjana kerjaya anda. Kami akan bekerjasama dengan Merchbar, yang popular di internet untuk mempamerkan barang dagangan anda di Spotify.

Merchbar menawarkan kemeja, stoking dan juga seluar ketat bercorak nanas daripada lebih 35,000 artis di dunia. Sebaik sahaja barang dagangan disenaraikan, produk popular muncul secara automatik pada halaman artis Spotify anda untuk disemak imbas dan dibeli oleh peminat.

Jika barang dagangan anda belum tersedia melalui Merchbar, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk menyenaraikan barang dagangan tersebut atau berhubung dengan pasukan mereka. Kami akan terus menyokong tawaran daripada BandPage sehingga 20 Julai dan juga memberi anda masa yang secukupnya untuk menyiarkan barang dagangan anda secara langsung di Merchbar.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular