Glosari Industri Muzik: 80+ Istilah yang Setiap Artis Patut Tahu

Bianca Gracie / July 19, 2022

Panduan kosa kata muzik mengikut abjad.

Sama ada anda pendatang baharu atau pun orang lama, anda tahu bahawa industri muzik mempunyai bahasa yang tersendiri. Mengetahui bahasa muzik ialah titik permulaan yang bijak dalam membuat keputusan kerjaya yang termaklum, jadi di sini kami telah menghasilkan kamus mini istilah muzik bagi rujukan yang mudah agar anda boleh meningkatkan pengetahuan anda atau menyegarkan semula ingatan anda. Selain itu, banyak definisi yang menampilkan pautan kepada maklumat yang lebih mendalam, wawancara pakar tentang subjek yang sedang dibincangkan atau glosari kecil tentang bidang muzik yang khusus seperti penstriman, rakaman dan pengagihan.

Perjanjian 360 : Kontrak antara label rakaman dengan artis yang mana syarikat rakaman menerima peratusan daripada pendapatan lain yang dijana oleh artis, bukan sekadar daripada muzik mereka yang dirakam atau persembahan langsung. 360, nama yang diberi kerana nama ini berkaitan bulatan penuh aliran perolehan artis, seringkali ini termasuk barang dagangan, konsert jelajah, penerbitan, pengendorsan dan banyak lagi selain rakaman dan single.

A&R : Singkatan untuk Artis dan Repertoir ini ialah jabatan di label rakaman atau penerbit muzik yang bertanggungjawab untuk menemui bakat baharu dan menaungi mereka di bawah syarikat. A&R juga berfungsi untuk memandu kerjaya artis semasa mereka dinaungi oleh syarikat. Baca Lebih Lanjut : Cara Artis Baharu Boleh Menyerlah dengan Wakil A&R (How Emerging Artists Can Stand Out with A&R Reps)

Pengurus Artis : Eksekutif yang bertanggungjawab untuk memupuk kerjaya artis atau band agar mencapai kejayaan yang sebaik mungkin. Pengurus membimbing keputusan profesional artis dan bertindak sebagai wakil dan penasihat untuk urusan perniagaan. Ketahui lebih lanjut: Perkara yang Perlu Dipertimbangkan dalam Mencari Pengurus

Pendahuluan : Prabayaran yang diberi kepada artis oleh label rakaman atau penerbit mereka, sama ada semasa bernaung di bawah syarikat atau secara khusus untuk membayar proses rakaman. Pendahuluan lazimnya boleh dibayar balik, ini bermakna artis tidak akan menerima sebarang wang lagi daripada label atau penerbit sehinggalah mereka memperoleh pendapatan secukupnya daripada muzik mereka untuk menampung jumlah pendahuluan yang asal.

Tiga Syarikat Besar : Tiga syarikat rakaman yang terbesar dalam industri muzik: Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan Warner Music Group.

Lesen Menyeluruh : Lesen yang seringkali dikeluarkan oleh organisasi hak persembahan (PRO), yang memberikan kebenaran kepada sesuatu entiti untuk memainkan apa-apa lagu dalam katalog pemegang hak buat tempoh masa yang ditetapkan. Syarikat yang menggunakan lesen menyeluruh termasuklah TV dan stesen radio, restoran, rangkaian sosial dan perkhidmatan penstriman.

Pembekal Perkhidmatan Digital (DSP) : Platform penstriman (seperti Spotify!) atau gedung dalam talian yang mengagihkan audio digital kepada pengguna.

ISTILAH PENGAGIHAN : Baca lebih lanjut

EP : Merupakan singkatan daripada "extended play". EP ialah "album mini" yang secara ketaranya lebih pendek berbanding dengan album yang lengkap. Lazimnya, EP mempunyai tiga hingga enam lagu.

EPK : Singkatan untuk "kit akhbar elektronik". EPK ialah pakej promosi digital aset yang dihantar olah artis atau pegawai seranta mereka kepada wartawan, DJ radio, label rakaman, ejen tempahan, dll untuk memberikan rumusan kerjaya dan hasil karya terkini artis. Aset ini lazimnya termasuklah biografi, imej promosi, single dan video semasa, pautan media sosial dan sorotan penstriman, jualan dan statistik radio artis (lihat juga: one sheet (satu lembaran).

ISTILAH MUZIK SECARA LANGSUNG : Baca lebih lanjut

LP : Singkatan bagi "long playing". LP dari segi sejarah merujuk kepada rekod fonograf 12 inci. Kini, LP bermaksud sebarang album penuh, kira-kira sepanjang 40 minit atau lebih lama.

ISTILAH PEMASARAN : Baca lebih lanjut

Barang Dagangan : Barang dagangan ialah sebarang item yang menampilkan rupa, logo atau reka bentuk proprietari artis yang lain, yang bertujuan untuk dijual kepada peminat di konsert atau dalam talian. Barang dagangan boleh jadi apa-apa sahaja, tetapi item standard termasuklah pakaian, poster, pelekat, butang dan muzik rakaman fizikal seperti vinil, kaset atau CD. Baca Lebih Lanjut: Kajian Peminat, Edisi Barang Dagangan

Metaverse : Dunia maya yang dijadikan seperti ruang tiga dimensi yang mana pengguna merupakan avatar digital yang boleh berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitaran. Salah satu contoh ialah Roblox, yang mana pengguna boleh menikmati Spotify Island.

NFT : Token tidak sepiawai. NFT ialah koleksi digital unik yang menggunakan rantaian blok untuk menjejak pemilikan. NFT muzik boleh jadi istimewa atau edisi terhad dan boleh termasuk rakaman atau karya seni yang eksklusif.

One Sheet (Satu Lembaran) : Dokumen dengan satu halaman yang menyerlahkan muzik baharu artis dan merumuskan biodata, statistik dan pencapaian mereka. Satu lembaran diberi kepada media, promoter atau sesiapa pun yang boleh melanjutkan kerjaya artis dengan beberapa cara. Misalnya, dengan mengupah mereka membuat gig, menemu bual mereka atau memainkan muzik mereka.

Organisasi Hak Persembahan (PRO) : Sebuah organisasi yang memastikan pencipta lagu dan pemegang hak yang lain menerima pendapatan royalti persembahan yang dijana apabila karya muzik mereka disiarkan atau dimainkan di khalayak ramai. PRO juga mengeluarkan lesen untuk karya muzik. Di Amerika Syarikat, PRO termasuk SCAP, BMI, SESAC dan GMR. Di luar A.S., organisasi yang melakukan fungsi ini dikenali sebagai Persatuan Hak Persembahan. Baca Lebih Lanjut: ASCAP Q&A, BMI Q&A

Per Diem : Per diem yang bermakna "sehari" dalam bahasa Latin ini ialah elaun harian yang diberikan kepada artis, lazimnya semasa mereka membuat konsert menjelajah untuk menampung keperluan asas seperti makanan.

ISTILAH RAKAMAN : Baca lebih lanjut

Pengenal Pasti Lagu : Terdapat lima kod kunci yang merupakan sebahagian daripada sebarang metadata penting karya muzik: IPI mengenal pasti pencipta lagu atau komposer, ISWC mengenal pasti karya muzik, ISRC mengenal pasti rakaman khusus, IPN mengenal pasti pemuzik dan ISNI mengaitkan keempat-empat kod bersama. Baca Lebih Lanjut: Cara Memperhalusi Metadata Lagu Anda untuk Mendapatkan Bayaran

ISTILAH PENCIPTAAN LAGU : Baca lebih lanjut

Lembaran Pisah : Dokumen yang mengenal pasti orang dan peranan masing-masing semasa penciptaan lagu dan peratusan royalti yang berhak diperoleh oleh setiap pihak.

ISTILAH PENSTRIMAN : Baca lebih lanjut

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan