Kad Promosi Mendapat Kemas Kini: Pencapaian Pengikut dan Carta, Playlist Baharu dan Banyak Lagi

Timothy "timmhotep" Cornwall / April 8, 2021

Kami telah menambahkan beberapa ciri baharu pada pengalaman Kad Promosi kami, yang membolehkan artis membuat aset diperibadikan untuk digunakan di media sosial dan saluran promosi yang lain.

Pada musim luruh yang lalu, kami memperkenalkan pengguna Spotify for Artists kepada Kad Promosi, grafik yang boleh disesuaikan dengan mudah, yang boleh anda buat untuk dikongsi dengan peminat anda bagi mempromosikan artis, lagu mereka, album mereka atau apabila mereka ditampilkan dalam beberapa playlist kami yang paling popular. Beratus-ratus ribu Kad Promosi telah dihasilkan sejak pelancaran dan kami teruja melihat kad promosi berlegar di sekitar Internet sejak beberapa bulan yang lalu.

Kini, kami menaik taraf Kad Promosi dengan beberapa ciri yang mendapat permintaan tinggi, yang kami terima daripada artis. Pertama sekali, kami menambahkan Kad Promosi Pencapaian yang membolehkan artis meraikan kejayaan besar bersama peminat mereka. Kami juga menambahkan lebih banyak bahasa (kami menunaikan permintaan para artis yang bertutur bahasa Perancis!) dan lebih banyak playlist. Sudah ada idea tentang perkara yang patut kami tambah seterusnya? Beritahu kami di Twitter.

Kad Pencapaian

Artis ada memberitahu kami bahawa mereka gemar meraikan kejayaan mereka di Spotify bersama peminat, maka kami hasilkan Kad Promosi untuk membantu anda meraikan pencapaian besar. Kita bermula dengan dua pilihan pencapaian dan banyak lagi yang akan menyusul:

Pencapaian Pengikut Artis : Untuk dipadankan dengan pemberitahuan pencapaian yang anda terima di Spotify for Artists, kini, artis boleh membuat kad pencapaian atas pencapaian seramai 1k, 5k, 10k, 25k, 50k, 100k, 500k, 1J, 2J, 5J, 10J, 20J, 25J, 50J dan 100J pengikut di Spotify. Ini merupakan cara yang baik untuk berterima kasih kepada peminat anda kerana mengikuti anda dan menggalakkan orang lain berbuat perkara yang sama.

Anda boleh memilih pilihan warna dan nisbah aspek untuk Kad Promosi pencapaian pengikut anda. Laman ini akan menyediakan URL tersuai yang dipautkan kepada profil artis anda.

Anda boleh memilih pilihan warna dan nisbah aspek untuk Kad Promosi pencapaian pengikut anda. Laman ini akan menyediakan URL tersuai yang dipautkan kepada profil artis anda.

Pencapaian Carta : Artis boleh membuat Kad Promosi apabila lagu mereka menduduki tempat 50 teratas dalam carta Lagu Mingguan Global Popular. Kad ini menampilkan hasil karya seni lagu dan kedudukan carta, agar anda boleh melihat pencapaian anda. Jika anda berkongsi kad ini di Twitter, tag @SpotifyCharts agar kami boleh meraikan kejayaan ini bersama anda.

Playlist carta Lagu Mingguan Global Teratas kami dikemas kini setiap hari Jumaat.

Playlist carta Lagu Mingguan Global Teratas kami dikemas kini setiap hari Jumaat.

Untuk membuat kad Pencapaian, pilih "Tumpuan" baharu untuk kad tersebut apabila anda melihat pilihan. Cari dan pilih artis atau lagu yang layak untuk pencapaian tersebut, kemudian tukar "Tumpuan" kepada "Pencapaian" pada peringkat Penyesuaian. Sekiranya artis atau lagu tersebut tidak layak, anda tidak akan melihat bahagian Tumpuan ini di laman.

Sekiranya artis atau lagu mempunyai pencapaian yang layak, anda akan dapat melihat pilihan untuk dipilih pada peringkat Penyesuaian.

Sekiranya artis atau lagu mempunyai pencapaian yang layak, anda akan dapat melihat pilihan untuk dipilih pada peringkat Penyesuaian.

Lencana Keluaran Baharu

Kad Promosi telah menjadi sebahagian penting detik keluaran baharu. Oleh itu, bagi Kad Promosi yang dihasilkan untuk lagu, album atau episod podcast yang telah dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari lalu, akan ada lencana khas yang menunjukkan kepada peminat bahawa kad itu baharu.

Laman Kad Promosi, Kini dalam Bahasa Perancis

Laman Kad Promosi sudah pun tersedia dalam empat bahasa: bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol dan Jerman. Kini, kami menambahkan sokongan untuk bahasa Perancis bagi rakan yang bertutur bahasa Perancis di seluruh dunia.

Promo Cards en français

Promo Cards en français

Lebih Banyak Playlist

Kami melancarkan Kad Promosi dengan sokongan untuk 30+ playlist Spotify dan kini, kami menambahkan 30 lagi playlist termasuklah 100, Altar, Baila Reggaeton, Hot Hits USA, IndieNesia, It’s Hits (Denmark, Norway, Sweden, Suomi), Fresh Folk, Fresh Gospel, Kickass Metal, K-Pop Daebak, Lagi Viral, New Music Friday Christian, Live Country, Mood Booster, Naik Daun, No Cap, Northern Bars, Our Generation, Oyster, Radar Indonesia, Punjabi 101, Top Christian, Top Hits Indonesia, Who We Be dan WorshipNow. Seperti sebelum ini, anda boleh menemukan Kad Promosi playlist dengan mencari lagu dan memilih playlist yang layak daripada hasil carian.

Kini, terdapat lebih daripada 60 playlist tersedia untuk Kad Promosi. Cari lagu anda dan playlist yang layak akan muncul dalam hasil carian.

Kini, terdapat lebih daripada 60 playlist tersedia untuk Kad Promosi. Cari lagu anda dan playlist yang layak akan muncul dalam hasil carian.

Pautan Khusus kepada Kad Promosi

Bagi memudahkan artis dan pasukan label menyelaraskan penghasilan Kad Promosi, kami menambahkan pautan khusus kepada laman. Apabila anda menavigasi laman ini, URL akan dikemas kini maka anda boleh menghantar URL ini kepada rakan usaha sama untuk membuat kad mereka sendiri dengan lebih mudah, tanpa perlu melalui proses "carian". Dengan menambahkan URI Spotify pada kandungan yang ingin dipromosikan, pautan khusus dapat membantu anda melangkau satu langkah. Sebagai peringatan, Kad Promosi sudah pun menyediakan pautan khusus apabila anda berkongsi kad. URL tersuai disediakan setelah anda menghasilkan kad dan URL ini akan mengubah hala kepada kandungan yang anda promosikan di Spotify.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini