Produk
Kongsi Canvas Anda ke Instagram Story Anda
Kami melancarkan cara baharu untuk menggunakan media sosial bagi menghidupkan muzik anda dan meningkatkan penglibatan anda dengan peminat.
Sejak pelancaran beta Canvas kami, yang menukar halaman lagu yang tidak bergerak dahulu menjadi pameran seni video yang memukau, ramai artis di Spotify mula memberikan nafas baharu kepada karya mereka dengan bantuan ulang tayang visual selama lapan saat. Poppy menggunakan Canvasnya untuk menambah lagi keanehan lagu pada album baharunya, I Disagree manakala Billie Eilish menambah hasil seni peminat pada lagunya sebagai tanda penghargaan kepada pendengar di seluruh dunia.
Kini, artis dalam beta Canvas boleh berkongsi visual ini ke Instagram Stories mereka, lantas meluaskan capaian muzik mereka dan meningkatkan nilai penglibatan pada platform perkongsian foto ini. Pengikut boleh mengklik ke Spotify dan mereka akan dapat melihat Canvas dan lagu yang berkaitan bersama-sama untuk pengalaman yang lebih baik.
Perkongsian Canvas tersedia untuk semua pengguna Spotify, bagi pendengar dan artis. Oleh itu, apabila sesiapa berkongsi lagu daripada aplikasi ke Instagram Stories mereka, Canvas akan muncul untuk dilihat oleh semua. Kiriman itu akan kelihatan seperti perkongsian biasa Spotify, dengan kulit album dan pautan untuk memainkan lagu. Cuma sekarang, Canvas anda yang akan menjadi latar belakang. Untuk berkongsi, ketik ikon "..." daripada bahagian atas sudut kanan skrin anda semasa memainkan lagu tersebut dan pilih Instagram Stories. (Sekadar makluman: Audio tidak akan dimainkan di Instagram dan peminat yang melihat Canvas dalam aplikasi tidak akan dikira dalam metrik Canvas melainkan mereka klik ke Spotify.)
Fungsi ini sesuai untuk melancarkan lagu baharu, menyerlahkan kemas kini ke Canvas anda apabila anda mengeluarkan video muzik atau mengemas kini Canvas semasa anda dengan elemen baharu seperti karya peminat dan klip persembahan (selagi imej dan video yang anda gunakan mematuhi garis panduan kandungan Spotify). Penambahan Canvas yang berkualiti tinggi telah meningkatkan perkongsian lagu sebanyak 200%, selain daripada peningkatan dari segi strim, penyimpanan dan pelayaran profil artis. Dengan membolehkan peminat anda berkongsi Canvas anda bersama rakan mereka, anda boleh mencapai lebih ramai audiens dengan kekuatan visual anda. Jangan lupa, muzik bukan sekadar dalam format pendengaran lagi.
Untuk bermula dengan Canvas, layari laman khusus oleh Spotify, yang termasuk maklumat tentang amalan terbaik, contoh Canvas yang berkesan buat artis dan pendaftaran untuk senarai menunggu. Canvas telah membantu beribu-ribu artis membawa pendengar menyelami dunia mereka dengan lebih mendalam dan kebolehan perkongsian baharu ini akan membantu merealisasikan situasi tersebut.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.