Amalan Terbaik

Kami Memudahkan Proses Pengesahan Artis

  Featured artist: Jay Prince
April 18, 2017

Sudah lama pengesahan artis di Spotify diasingkan daripada produk teras kami untuk artis. Sehinggalah sekarang. Kini, pengesahan artis dan playlist artis menjadi sebahagian daripada Spotify for Artists.

Sebagai seorang artis, anda tidak lagi perlu mengisi borang asing untuk mendapatkan pengesahan di Spotify. Anda cuma perlu mendapatkan akses kepada profil anda di Spotify for Artists dan anda sudah sedia. Playlist artis juga disepadukan dalam Spotify for Artists. Anda dan pasukan anda boleh mengirim playlist, mengemas kini imej dan membuat pilihan daripada satu tempat yang sama. Ini memudahkan cara anda mengurus profil artis anda.

Bagaimanakah pula jika anda sudah mendapat pengesahan?

  • Sama ada anda menggunakan Spotify for Artists atau tidak, anda masih memiliki pengesahan tersebut .
  • Semua playlist pada profil artis anda akan kekal di situ.
  • Jika anda mendapat pengesahan tetapi belum menggunakan Spotify for Artists, dapatkan akses kepada Spotify for Artists di sini.
  • Mulai awal bulan Mei, anda perlu menggunakan Spotify for Artists untuk menambah dan mengeluarkan playlist daripada profil artis anda. Anda masih akan menggunakan akaun Spotify peribadi anda untuk membuat dan mengedit playlist.

Bagaimanakah pula jika anda belum mendapat pengesahan?

  • Untuk mendapatkan pengesahan, anda perlu mendapatkan akses kepada Spotify for Artists.
  • Spotify for Artists tersedia untuk semua artis dan pasukan pengurusan mereka. Anda tidak lagi perlu memiliki 250 orang pengikut untuk disahkan.
  • Mulai awal bulan Mei, anda boleh menambah sebarang playlist pada profil artis anda menggunakan Spotify for Artists — cara yang sama anda menambah pilihan artis. Anda akan menggunakan akaun Spotify peribadi untuk membuat dan mengedit playlist artis.
  • Walaupun kami bekerja secepat yang mungkin, anda mungkin tidak dapat melihat tanda rait disahkan pada halaman anda sehingga awal bulan Mei.

Kami tahu bahawa pengesahan dan playlist artis adalah penting buat anda, jadi kami akan terus mengusahakan penambahbaikan dan ciri baharu yang akan menjadikannya lebih mudah.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular