Products

Cara Baharu untuk Berkongsi Lagu yang Anda Tulis di Spotify

February 12, 2020

Kami akan melancarkan versi beta halaman pencipta lagu, yang membantu peminat, rakan usaha sama dan rakan industri mengenali sesetengah pencipta lagu kegemaran mereka dengan lebih mendalam.

Hari ini, kami berasa teruja untuk mengumumkan versi beta halaman pencipta lagu, iaitu cara baharu untuk berkongsi lagu yang anda tulis di Spotify dan untuk ditemui oleh bakal rakan usaha sama dan peminat.

Sejak kami mula memaparkan kredit lagu secara terbuka di Spotify pada tahun 2018, kami telah melihat peningkatan sebanyak 60% dari segi kekerapan label dan pengedar memberi kredit kepada pencipta lagu pada keluaran baharu mereka. Ini membolehkan artis dan peminat menyelami dan mengenali karya anda dengan lebih mendalam. Dengan pelancaran halaman pencipta lagu, kami akan terus mengembangkan cara muzik anda ditemui, dihargai dan dinikmati di seluruh dunia.

Dapatkan pendedahan melalui kredit boleh klik

Label, penerbit, penyelia muzik dan artis pada semua peringkat industri memberitahu kami bahawa mereka sentiasa mencari kredit lagu Spotify. Apabila pencipta lagu yang disertakan dalam beta diberikan kredit pada lagu, pendengar boleh mengklik pada nama pencipta lagu untuk melihat halaman yang memaparkan lagu yang mereka cipta. Kredit lagu boleh klik tersedia pada aplikasi iOS, Android dan desktop Spotify.

Kredit lagu boleh klik tersedia pada aplikasi iOS, Android dan desktop Spotify.

Pamerkan lagu yang anda cipta // Kongsi komposisi anda dengan dunia

Jika anda termasuk dalam beta, halaman anda akan menampilkan senarai lagu yang anda cipta dan rakan usaha sama artis yang paling kerap bekerjasama dengan anda. Anda boleh berkongsi pautan ke halaman anda pada media sosial atau laman web anda agar sesiapa pun boleh meneroka muzik anda, sama ada mereka pengguna Spotify atau tidak. Halaman pencipta lagu mempamerkan semua lagu yang anda cipta dan banyak lagi.

Halaman pencipta lagu mempamerkan semua lagu yang anda cipta dan banyak lagi.

Dengar di Spotify

Kami bukan sekadar mahu rakan usaha sama dan peminat melihat semua muzik anda, kami juga mahu mereka mendengar muzik tersebut. Sebab itulah setiap halaman pencipta lagu menampilkan playlist "Dicipta Oleh" yang baharu bagi lagu anda. Pendengar Spotify akan dapat menemukan playlist ini melalui carian dan juga mengikuti playlist tersebut.

Untuk meraikan pelancaran halaman pencipta lagu, kami akan menampilkan playlist "Dicipta Oleh" ini pada tab halaman utama bagi semua pendengar Spotify.

Playlist "Dicipta Oleh" dipautkan semula ke halaman pencipta lagu anda agar dapat ditemui dengan mudah

Playlist "Dicipta Oleh" dipautkan semula ke halaman pencipta lagu anda agar dapat ditemui dengan mudah

Jadi, apakah perkara yang seterusnya dan bagaimanakah cara untuk saya terlibat?

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, kami berbangga kerana dapat melancarkan halaman pencipta lagu untuk Meghan Trainor, Fraser T Smith, Missy Elliott, Teddy Geiger, Ben Billions dan Justin Tranter, dan ramai lagi. Dalam versi beta, halaman ini didayakan oleh penerbit dan Spotify dengan kerjasama pencipta lagu. Anda boleh menyatakan minat anda melalui borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut nanti.

Untuk terus memperoleh maklumat yang terkini, pastikan anda mengikuti @SpotifyforArtists pada Instagram untuk melihat pencipta lagu lain yang bekerjasama dengan kami dan mendengar tentang peluang lain untuk bekerjasama dengan pasukan kami. Kami tidak sabar untuk melihat cara anda memanfaatkan halaman ini.

— Pasukan Penerbitan dan Pencipta Lagu Spotify

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular