Produk
Kini, Spotify Memaparkan Kredit Pencipta Lagu
Peminat anda bukan sekadar mendengar lagu; mereka menikmati muzik mereka.
Mereka ingin mengetahui orang yang menulis dan menerbitkan lagu kegemaran mereka. Sudah tentulah, anda mahu orang yang sesuai (termasuk diri anda!) mendapat pujian yang selayaknya dan peluang untuk ditemui oleh rakan usaha sama baharu dan rakan industri. Itulah sebabnya kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kredit pencipta lagu kini sudah tersedia pada aplikasi desktop Spotify.
Bermula hari ini, pengguna Spotify di seluruh dunia boleh melihat kredit pencipta lagu dan penerbit untuk lagu pada platform desktop. Klik kanan pada lagu dan pilih "Tunjukkan Kredit" daripada menu pilihan untuk melihat maklumat mengenai pemuzik, pencipta lagu dan penerbit.
Semasa pelancaran, kami memaparkan maklumat yang kami ada daripada metadata yang disediakan oleh syarikat rakaman dan kami juga memaparkan sumber kredit. Kami sedar bahawa sesetengah daripada ini mungkin tidak lengkap atau mengandungi ketidaktepatan, tetapi ini baru langkah pertama: ciri ini akan terus berkembang untuk menyediakan fungsi yang lebih dan menggabungkan lebih banyak maklumat daripada rakan industri.
Ciri kredit baharu ini mengikuti inisiatif yang tertumpu kepada pencipta lagu kami yang lain, termasuk pelancaran program Secret Genius yang memberikan penghormatan terhadap sumbangan pencipta lagu dan penerbit. Ada banyak yang dirancang oleh Secret Genius untuk menyokong komuniti kreatif, termasuk program duta Songshops, yang merupakan bengkel penciptaan lagu global, The Secret Genius Awards, podcast dan playlist yang dipilih.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.