Menyerlahkan orang, hubungan dan cerita di sebalik muzik anda

November 19, 2025

Kami mengembangkan Kredit Lagu dan memperkenalkan SongDNA dan Perihal lagu ini untuk menginspirasikan peminat untuk menyelami dunia dan proses kreatif anda dengan lebih dalam.

Di sebalik setiap lagu adanya satu pasukan: artis, pencipta lagu, penerbit, jurutera, pemuzik, pengaruh kreatif dan rakan usaha sama yang menghidupkan idea. Kini, kami percaya betapa pentingnya untuk menyerlahkan manusia, proses kreatif dan cerita di sebalik muzik, jadi kami membuka laluan baharu untuk peminat melihat dan meraikan perkara yang menghubungkan orang dengan muzik di sebalik lagu yang mereka suka. Semakin ramai peminat yang memahami seni halus yang mewarnai muzik yang mereka suka, semakin besar kumpulan peminat akan berkembang dan semakin mereka tertarik terhadap pihak-pihak yang membuat lagu tersebut.

Kredit Lagu Dikembangkan

Mulai hari ini, kami mengembangkan Kredit Lagu yang anda lihat di Spotify untuk menyerlahkan semua penyumbang yang menjayakan setiap lagu ini, daripada penerbit dan jurutera hingga pencipta lagu dan artis yang ditampilkan. (Sebelum ini, Kredit Lagu kami hanya menampilkan kredit utama untuk persembahan, penciptaan lagu dan penerbitan.) Pelancaran akan bermula pada mudah alih dan akan diteruskan ke desktop pada beberapa bulan akan datang. Kredit-kredit ini datang secara langsung daripada label dan pengedar artis, jadi cara yang terbaik untuk memastikan semua orang diiktiraf adalah dengan memastikan kredit adalah terkini melalui label atau pengedar anda.

SongDNA

Kredit Lagu hanyalah permulaan. Kami juga akan melancarkan SongDNA, iaitu paparan interaktif yang menggariskan hubungan antara lagu dengan menunjukkan semua rakan usaha sama, sampel dan nyanyian semula di satu tempat. Pendengar Spotify Premium akan melihat SongDNA di paparan ‘Sedang Dimainkan’ sebagai satu cara baharu untuk menerokai dan memahami cara lagu terhubung serta jejaki akar umbi kreatif sesuatu lagu. Sampel dan nyanyian semula di SongDNA dikuasakan oleh WhoSampled yang kini merupakan sebahagian daripada Spotify. Dengan pengetahuan yang dibina oleh komuniti WhoSampled, peminat boleh menyelami pengaruh di sebalik muzik yang mereka suka sambil memberikan cara baharu kepada artis yang disampel serta yang menyanyikan semula lagu untuk ditemui dan diraikan.

Kemas kini: SongDNA kini dilancarkan dalam Beta, baca butiran penuh di sini.

Perihal Lagu Ini

Tidak lama lagi, kami juga akan melancarkan Perihal lagu ini untuk membantu pendengar memahami proses kreatif anda dengan lebih baik. Pendengar Spotify Premium akan dapat menerokai kad boleh leret di paparan ‘Sedang Dimainkan’ yang berkongsi pandangan yang lebih mendalam tentang muzik anda: perkara yang menginspirasikannya, cerita di sebalik lagu dan kesan budaya anda. Cerita-cerita ini disumberkan daripada pihak ketiga untuk menyerlahkan butiran yang menarik dan detik di sebalik tabir.

Kemas kini: Perihal Lagu Ini kini disiarkan, baca butiran penuh di sini.

Langkah seterusnya

Ciri ini adalah segala-galanya tentang menghidupkan muzik serta kesenian anda untuk peminat. Kami mahu artis dan pasukan mereka menggunakan ciri ini terlebih dahulu sebelum dilancarkan kepada pendengar. Pada awal tahun depan, kami akan melancarkan Pratonton Spotify for Artists untuk SongDNA dan Perihal lagu ini, jadi anda mempunyai peluang untuk menyemak ciri ini terlebih dahulu, menghantar semula kredit anda jika terdapat ketidaktepatan maklumat dan memberi kami maklum balas. Kami percaya bahawa orang yang membuat muzik perlu diberi peluang pertama untuk melihat pratonton alat baharu dan berkongsi maklum balas. Pratonton Spotify for Artists ialah cara kami memastikan sesuatu yang kami bina berfungsi untuk anda.

Pastikan anda mengikuti saluran sosial kami kerana kami akan berkongsi butiran apabila ciri ini tersedia untuk komuniti Spotify for Artists. Sementara itu, luangkan sedikit masa untuk semak Kredit Lagu anda untuk memastikan pasukan anda diwakili sepenuhnya.

Perspektif Industri

Mike Dean, Penerbit: “Pada zaman rakaman dan CD dahulu, orang membaca nota sisipan album dan itu merupakan perkara yang penting ketika mendengar. Kami mendengar, membaca dan bermimpi untuk disenaraikan satu hari nanti. Kemudian ketika saya memulakan kerjaya saya, orang menemui saya melalui kredit sebelum internet ada di mana-mana. Banyak maklumat yang hilang di metadata ketika label menghantar kredit, dan kredit untuk pembantu jurutera, penerbit tambahan, jurutera pengindukan dan lain-lain sering dicicirkan. Pada hemat saya, mengembangkan Kredit Lagu dan SongDNA merupakan langkah yang terbaik dalam memodenkan kredit.”

Manny Marroquin, Jurutera Adun: “Terlalu ramai seniman hebat yang menyumbang kepada sesebuah lagu, dan jika umum mengiktiraf lagu tersebut, ini boleh mengubah hidup seseorang. Kredit yang tepat boleh membuka pintu rezeki, tidak kiralah untuk kerja baharu, hubungan baharu atau sekadar dipandang dan dilihat. Dengan menyorot keseluruhan pasukan di sebalik setiap lagu membuatkan industri kami lebih kuat dan lebih turut dirangkumi.”

Jacqueline Ankner, Ketua Pencipta Lagu & Rakan Kongsi Penerbit Spotify: “Setiap lagu merupakan usaha sama, dan setiap penyumbang perlu diiktiraf. Dengan Kredit Lagu, SongDNA dan Perihal lagu ini yang dikembangkan, kami memberi peminat pandangan yang lebih mendalam tentang orang dan jalur kreatif di sebalik muzik yang mereka suka dan memberi pencipta pengiktirafan yang mereka layak dapat. Ini ialah satu lagi langkah oleh Spotify untuk memperjuangkan orang, hubungan dan cerita yang menghidupkan setiap lagu.”

"Keutamaan kami adalah untuk membantu lebih banyak muzik dan artis menonjolkan diri dan menjalin hubungan sebenar dengan peminat"

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini