Amalan Terbaik

Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh Dibuat dalam Mengupah Pengurus

Modern Baseball Photo by Jessica Flynn
March 13, 2018

Bersedia untuk mendengar tentang pengurusan? Kami bercakap dengan pengurus artis dan pengasas Lame-O Records, Eric Osman untuk petua tentang waktu dan cara memilih pengurus.

Jika anda seorang artis yang mengembangkan kerjaya anda, sudah pasti anda akan mencapai tahap yang anda tidak mampu untuk "melakukannya sendiri". Eric Osman, seorang pengurus di Philadelphia telah bekerja dengan orang pada tahap sebegini sejak tahun 2011. Semua ini bermula ketika dia mula membantu band rakannya menjual barang dagangan di pameran buku. Band itu merupakan Modern Baseball, salah satu kumpulan rock indie yang terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Osman bermula dengan mengasaskan syarikat rakaman Lame-O Records yang mana Modern Baseball membuat debut mereka. Kini, Lame-O mempunyai lebih daripada 50 rekod dalam katalognya. Sementara itu, Osman pula telah menguruskan ramai artis syarikat rakaman ini, sambil membantu menelusuri selok-belok perniagaan muzik.

Jadi, adakah pengambilan pengurus sesuai dengan anda? Jika ya, bagaimanakah anda mencarinya? Osman yang ditemu bual melalui telefon, menawarkan beberapa petua untuk artis muda yang berhadapan dengan soalan ini.

Sila Buat: Tahu Perkara yang Anda Cari

"Artis yang belum pernah melakukannya selama ini berasa terdapat ubat ajaib yang boleh diberikan oleh pengurus kepada mereka untuk menyelesaikan semua masalah mereka," ujar Osman. Bukan begitu. Sesebuah band tidak akan menjadi lebih baik atau lebih popular, hanya kerana mereka mempunyai pengurus. Namun, pengurus yang baik boleh membantu memenuhi keperluan khusus band tersebut. "Seringkali, urusan artis boleh jadi sangat serabut dan mereka boleh menggunakan seseorang yang hampir sama dengan pengurus perniagaan untuk mengurus perakaunan dan kewangan mereka," sambung Osman sambil memetik satu contoh.

Pengurus juga boleh membantu dari segi kreatif, terutamanya apabila tiba masanya untuk melancarkan LP baharu. Tentang perkara ini, seorang pengurus boleh membantu artis menentukan "perkara yang ingin mereka bincangkan, jenis tambahan bonus yang ingin dilakukan, cara menempah konsert jelajah atau mana-mana perkara tersebut."

Sila Buat: Minta Cadangan daripada Band Lain

Katakanlah anda membuat keputusan untuk mengambil pengurus. Di manakah anda akan memulakan carian anda? Osman mengesyorkan agar anda bermula dengan artis di sekeliling anda. Ini boleh termasuk semua orang daripada rakan karib anda sehinggalah kumpulan yang membuat persembahan dengan anda pada hujung minggu depan. "Bincang dengan rakan anda dalam industri muzik yang membuat persembahan yang lebih besar atau mempunyai audiens yang lebih meluas dan sudah lama berkarya," katanya. "Lihat perkara yang mereka buat dan lihat jika ada sesiapa yang mereka cadangkan."

Jangan Buat: Hantar E-mel kepada Pengurus Band Kegemaran Anda

Sekurang-kurangnya, jangan buat begitu jika anda menemui e-mel pengurus itu melalui carian di Google atau Facebook. "Saya rasa sangat sukar jika anda seorang pemuzik muda dalam band dan anda rasa anda sudah tahu serta anda tahu perkara yang diperlukan. Kemudian, anda pergi ke Facebook dan cari band yang anda benar-benar minati dan anda tulis kepada pengurus mereka dengan memberikan sebab anda mahu mereka mengurus anda." Pendekatan ini jarang sekali berjaya.

Sila Buat: Cari Seseorang yang Anda Senangi

"Jika anda mencari pengurus artis pada peringkat yang kecil dan anda belum pernah memiliki pengurus sebelum ini, anda mungkin tidak dapat memberikan bayaran yang tinggi kepada pengurus artis tersebut," ujar Osman. Ini bermakna, hubungan artis dengan pengurus adalah sangat penting, bagi kedua-dua pihak. "[Artis] sepatutnya mencari orang yang serasi dengan mereka, yang boleh dibawa berbincang dan yang memahami perkara yang cuba mereka lakukan."

Sila Buat: Berhubung Dengan Klien Lain Pengurus Tersebut

Jika anda sudah ada calon pengurus, cari artis lain yang bekerja dengan pengurus tersebut. Jika anda fikir anda sesuai dengannya, maka hubungi salah seorang artis tersebut dan cuba dapatkan maklumat lanjut. "Pada pendapat saya, sangat munasabah untuk menulis nota kepada artis lain dengan syarikat pengurusan yang mengatakan, 'Hai, saya sedang mempertimbangkan untuk bekerja dengan pengurus ini. Jadi, saya ingin tahu pendapat anda tentang gaya pengurusannya dan hasilnya untuk band anda setelah bekerjasama dengannya.'"

Sila Buat: Tentukan Perkara yang Boleh Berkompromi dan Tidak Boleh Berkompromi

Pengurus anda akan memberikan cadangan. Ketahui perkara yang sanggup anda korbankan dan perkara yang ingin anda tegakkan, serta nyatakan dengan jelas tentang perkara ini dari awal. "Saya rasa, penting untuk kita ingat bahawa artis tetap seorang artis dan pengurus yang bekerja untuk artis. Itulah cara yang sepatutnya," kata Osman. "Ini berkenaan visi anda. Mereka bukan artis."

Jangan Buat: Takut Untuk Uruskan dengan Sendiri

"Jika anda bekerja keras untuk mencari pengurus, sama seperti anda bekerja keras dalam mengusahakan band atau projek anda, maka anda akan dapat melihat hasilnya," ujar Osman. Namun, bukan semua orang mahu meluangkan masa mereka untuk proses ini. Itu juga tidak salah: "Saya ingin tekankan di sini bahawa pada tahun 2018, alatan sudah wujud untuk artis mengurus diri mereka sendiri. Proses ini lebih mudah berbanding dahulu." Ini mungkin bermakna menghubungi syarikat rakaman bebas atau pun, melancarkan rakaman dengan sendiri, seperti Osman. "Perkara paling penting," katanya, "adalah mencari cara yang berkesan untuk anda."

--

Petua Pengurusan Kendiri oleh Eric Osman:

#1. Gunakan Cash Music

Eric: "Cash Music ialah alat yang bagus untuk artis bebas pada zaman sekarang. Cash Music merupakan organisasi bukan untung yang mempunyai alat untuk memperkemaskan senarai mel, muat turun digital, senarai tarikh konsert jelajah dan banyak lagi."

#2. Dapatkan pengetahuan daripada "The Future of What"

Eric: "Portia Sabin daripada Kill Rock Stars menganjurkan podcast yang dipanggil 'The Future of What'. Podcast ini meneroka, menerangkan dan menyelami trend dalam muzik industri dengan lebih mendalam, melalui pengurus profesional, ejen, artis dan ramai lagi profesional lain yang boleh menawarkan pemahaman dan pendidikan kepada sesiapa yang cuba (atau dipaksa) melakukan semua dengan sendiri."

#3. Aktif dalam komuniti setempat anda

Eric: "Paling penting sekali, anda perlu aktif dalam apa-apa jua komuniti kerana hal ini penting dan berbual serta minta nasihat daripada artis lain dalam komuniti anda tentang cara mereka mencapai matlamat yang ingin anda capai. Tempah persembahan untuk artis yang membuat konsert jelajah apabila mereka tiba di tempat anda dan minta mereka balas budi anda. Cipta hubungan sebenar dengan artis kreatif lain dan pupuk keseronokan."

-Nick Murray

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular