Menggunakan Canvas: Petua Terbaik Tentang Cara Untuk Melibatkan dan Menarik Peminat Dengan Visual Pendek dan Berulang
Tonton artis dan pakar berkongsi cerapan tentang penggunaan Canvas – visual pendek dan berulang yang membawa pendengar menyelami lagu anda – dalam episod the Game Plan ini.
Muzik dan seni sentiasa menjadi gandingan sempurna, dan setiap artis tahu bahawa identiti visual mereka ialah cara yang sangat penting untuk menarik dan berhubung dengan peminat. Canvas, alat percuma daripada Spotify for Artists, ialah karya seni album untuk zaman penstriman. Alat ini membolehkan anda sebagai artis untuk memuat naik visual berulang selama tiga hingga lapan saat untuk setiap lagu anda sebagai cara yang terbukti untuk menarik peminat dan memastikan penglibatan mereka. Data sudah cukup jelas: Pendengar adalah 20% lebih cenderung untuk menambahkan lagu pada playlist mereka jika mereka melihat Canvas.
Walaupun memuat naik Canvas cukup mudah, membuat Canvas yang sesuai untuk audiens anda melibatkan kemahiran seni dan sains. Dalam episod the Game Plan ini, kami telah mendapatkan nasihat artis dan pakar untuk membantu anda membuat strategi Canvas yang sempurna dan memberi anda cerapan tentang cara orang lain memanfaatkan alat tersebut.
Berikut merupakan tiga petua terbaik mereka untuk menggunakan Canvas:
1. Pastikan Canvas Bersih
Pilih rakaman tanpa cakapan, nyanyian atau rap dan elakkan apa-apa grafik berkelip yang terlalu cepat. Elakkan juga teks atau tipografi.
2. Pilih Gaya Menarik
"Ulang tayang berterusan" adalah lancar, "potongan kasar" mempunyai titik edit yang jelas dan "lantun balik" ialah edit yang memainkan klip anda ke hadapan dan kemudian disongsangkan semula.
3. Kongsi ke Sosial
Setiap kali anda atau peminat anda berkongsi lagu anda daripada Spotify ke Instagram, Snapchat atau Facebook Stories, Canvas anda akan diulang tayang pada latar belakang.
Lihat Lagi: 10 Petua untuk Memanfaatkan Canvas Anda
Artis synth pop Korea Selatan, Su Lee berkata bahawa untuk "artis seperti saya yang melakukan semuanya dengan sendiri," kuncinya adalah keupayaan "untuk mengubah dan menukar Canvas pada bila-bila masa yang (anda) inginkan."
Artis elektronik, San Holo, yang bekerja rapat dengan pengarah kreatif Thorwald, juga melihat banyak nilai dalam melengkapkan muzik dengan visual melalui Canvas. "Karya seni bagi kami adalah sebahagian daripada cerita," kata pemuzik dari Belanda itu. "Dan, Canvas membolehkan kami untuk bercerita dengan lebih lanjut."
Tonton episod penuh the Game Plan di bawah dan klik di sini untuk bermula dengan Canvas.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.