Tahun 2021 Diimbas Kembali Kini Kembali Dengan Kemas Kini Barang Dagangan Baharu
Raikan pencapaian terbesar anda dalam tahun ini bersama peminat.
Sempena ulang tahun kelima ini, kami ingin memberikan anda hadiah Diimbas Kembali: detik untuk menghubungkan asas peminat anda dan berkongsi sorotan dari tahun 2021. Bermula hari ini, Diimbas Kembali kini kembali buat tahun kelima, dilengkapi dengan maklumat tentang pencapaian utama dan keuntungan terbesar anda, data tentang negara baharu anda distrim, cerapan tentang asas peminat anda dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan Diimbas Kembali, anda cuma perlu log masuk ke akaun Spotify for Artists anda pada web atau mudah alih dan klik kad "Tahun 2021 Diimbas Kembali Anda". Sekiranya anda belum mempunyai akaun Spotify for Artists lagi, hubungi pengedar anda atau klik di sini untuk mendaftar dan Diimbas Kembali anda akan tersedia selepas anda menuntut akaun anda. Selagi anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang pendengar sebelum 31 Oktober, akan ada pengalaman Diimbas Kembali yang menanti anda.
Sekejap – ada banyak lagi! Pada tahun ini, kami mempunyai beberapa kejutan baharu untuk membantu anda memanfaatkan Diimbas Kembali Artis anda sepenuhnya:
Barang Dagangan Juga Akan Diimbas Kembali
Pada bulan lalu, kami bekerjasama dengan Shopify untuk menukar profil artis anda menjadi gedung barang dagangan maya dan kini, kami membawa pengalaman membeli-belah tersebut dalam Diimbas Kembali untuk menyerlahkan barang dagangan anda kepada peminat tegar anda.
Para peminat di seluruh dunia yang melihat anda sebagai artis popular dalam pengalaman Diimbas Kembali mereka juga akan dihantar pautan melalui e-mel dalam beberapa minggu akan datang untuk membeli barang dagangan anda. Anda hanya perlu menyambungkan gedung Shopify anda dan senaraikan sekurang-kurangnya satu barang dagangan sebelum 2 Disember . Jika anda menyenaraikan lebih daripada satu item, maka item pertama yang dipilih yang akan dihantar melalui e-mel kepada peminat anda. Sekiranya anda belum menggunakan Shopify, mereka menawarkan percubaan percuma selama 90 hari kepada artis Spotify dan Printful menawarkan potongan sebanyak 30% bagi dua pesanan pertama anda sekiranya anda perlu menambah stok barang dagangan.
Kad Perkongsian Global
Pengalaman Diimbas Kembali sepenuhnya, termasuklah kad perkongsian, kini tersedia dalam 31 bahasa yang berbeza. Sekiranya asas peminat anda ada di serata dunia, anda boleh memilih untuk memuat turun kad perkongsian dalam bahasa berlainan untuk membuat mesej yang disasarkan kepada semua peminat anda.
Untuk mengakses bahasa berlainan yang tersedia, klik sahaja pada negara dalam pengaki pengalaman Diimbas Kembali anda dan pilih satu bahasa daripada senarai tersebut.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.