Produk

Kini, Anda Boleh Menyenaraikan Acara Maya di Spotify

September 15, 2020

Kami memudahkan peminat anda untuk mendengar di mana-mana anda dan mereka berada.

Selama enam bulan yang lalu, kami melihat artis menyesuaikan diri dan berinovasi dengan cara yang luar biasa setelah dilanda COVID-19. Sebagai pengganti persembahan secara langsung, mengadakan persembahan maya di pelbagai platform telah menjadi kaedah penting untuk berhubung dengan peminat anda dan berkongsi tentang diri anda dengan pendengar baharu.

Disebabkan banyak konsert jelajah ditangguh sehingga tahun 2021, keperluan acara maya ini akan diteruskan dan kami ingin memudahkan pendengar Spotify untuk mengetahui tentang acara maya bagi artis yang mereka gemari, serta artis yang mereka temui buat kali pertama. Dengan ini, kami memanfaatkan perkongsian kami dengan Songkick, aplikasi penemuan konsert strim secara langsung, dan Ticketmaster untuk menjayakan usaha tersebut. Bermula hari ini, semua pendengar Spotify akan dapat mencari senarai acara maya pada profil artis dan dalam hab Konsert.

Ini bermakna, jika anda mempunyai acara akan datang yang anda mahu dikongsi oleh Spotify kepada pendengar, maka anda sepatutnya bekerjasama dengan Songkick untuk menyenaraikan acara ini (tiada cara untuk menyenaraikan acara secara terus melalui Spotify for Artists). Sebilangan acara Ticketmaster juga akan disenaraikan secara automatik pada Spotify.

Selagi rancangan disenaraikan melalui rakan kongsi ini, acara maya itu sendiri boleh dianjurkan pada pelbagai platform—Twitch, Instagram Live, YouTube Live, laman web yang dihoskan atau di mana-mana yang anda mahu.

Sebaik sahaja acara ini diletakkan di Spotify, maka lebih mudah untuk pendengar mencari acara tersebut. Anda boleh menetapkan acara maya anda sebagai Pilihan Artis agar dapat dilihat oleh pendengar pada bahagian atas profil anda. Kami juga akan menghantar e-mel cadangan acara maya yang diperibadikan kepada pendengar untuk artis yang mereka gemari (atau kami rasa artis yang akan mereka suka) untuk membantu menyebarkan berita. Berminat untuk melihat sendiri? Kini, lebih mudah untuk mencari hab Konsert. Taip sahaja "Konsert" dalam bar carian.

Sudah bersedia untuk mula merancang acara maya anda yang seterusnya? Lihat amalan terbaik kami untuk menstrim secara langsung dari rumah untuk bermula.

—Spotify for Artists

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular