Ikhtisar Spotify for Artists 2024

December 19, 2024

Satu lagi tahun yang penuh dengan ciri inovatif, panduan keluaran baharu, cerapan dan cara kreatif untuk berhubung dengan peminat tegar anda — terus di sini di Spotify for Artists.

Dengan 2024 Wrapped, peminat tegar anda berpeluang melihat anda sebagai Artis Teratas mereka. Anda juga berpeluang mengetahui cara muzik anda menarik hati pendengar di seluruh dunia. Kini giliran kami pula untuk mengkaji semula alat, ciri dan sumber yang kami perkenalkan pada tahun ini untuk tujuan menonjolkan muzik anda dan membolehkan hubungan yang bermakna bersama peminat anda — baik yang baharu mahupun yang lama, yang dekat mahupun yang jauh.

Kami tidak dapat memilih ciri teratas kami, jadi biarkan kami menganalisis semua cerapan, pelancaran dan penambahbaikan yang telah meningkatkan pengalaman Spotify for Artists anda dan mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti artis pada tahun 2024.

Ingin memastikan bahawa anda tidak terlepas apa-apa kemas kini pada tahun 2025? Sertai saluran siaran kami di Instagram atau WhatsApp (Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol).

Muzik Anda Lebih Menarik Hati Peminat Anda Berbanding Dengan Sebelum Ini

Hari keluaran tahun 2024 anda seolah-olah hari cuti kebangsaan untuk peminat anda. Untuk memaksimumkan keterujaan, anda membina keseronokan dalam masa beberapa hari sebelum setiap keluaran rasmi dengan Halaman Kira Detik kami (yang kami sediakan kepada semua artis yang layak pada musim panas ini), berserta pratonton senarai lagu, Clip promosi dan akses kepada barang dagangan baharu.

Kami telah menyediakan senarai semak keluaran baharu langkah demi langkah bagi memastikan anda bersiap sedia sepenuhnya untuk peminat anda menjelang hari keluaran. Navigasi di tab Video & Visual kami kini lebih mudah dengan tab Clip, Canvas dan Video Muzik khusus yang baharu— semua ini bagi membantu anda mengurus himpunan kandungan baharu yang menyeronokkan untuk peminat anda terus di tempat mereka menstrim projek baharu anda. Untuk mempamerkan impak setiap langkah dalam proses, kami telah mendedahkan cara Laufey dan pasukannya menggunakan Spotify for Artists untuk memaksimumkan keluaran album hitnya, Bewitched: The Goddess Edition.

Pada tahun ini, video muzik rasmi diperkenalkan di 97 pasaran sebagai sebahagian daripada program beta kami, agar peminat anda dapat menikmati lapisan visual beraneka yang menjadikan lagu anda sukar dilupakan serta membolehkan peminat mengalami lagu dengan cara yang berbeza sama sekali — tanpa perlu meninggalkan Spotify. Kami juga telah mengembangkan Clip ke beberapa tempat yang peminat ingin mendapatkan konteks lanjut tentang muzik anda: paparan Sedang Dimainkan, profil artis, halaman keluaran atau terus pada Laman Utama.

Selain ciri video ini, kami juga membina alat untuk membantu peminat menyaksikan persembahan anda secara langsung. Pengalaman penemuan konsert kami turut telah dinaik taraf pada tahun 2024 dengan pembaharuan Acara Langsung untuk membantu anda mengeratkan hubungan dengan peminat anda secara nyata. Kami bukan sahaja memperkenalkan suapan yang dioptimumkan untuk peminat dan halaman pendaratan baharu untuk artis, malah kami juga melancarkan beberapa ciri fokus peminat yang baharu, termasuk penyimpanan acara ke Pustaka Anda, kad cadangan diperibadikan pada profil artis dan akses kepada prajualan Fans First yang diperluas.

Strategi Kempen Anda Menentukan Standard Baharu

Anugerah Spotify for Artists Marketing Awards yang pertama serta 2024 Wrapped for Artists yang dinanti-nantikan baru sahaja dikeluarkan. Kedua-dua ini meraikan kesenian, dedikasi dan usaha keras yang terlibat dalam keluaran tahun ini. Kedua-dua ciri ini berfungsi sebagai peringatan nyata bahawa setiap peminat, strim, prasimpan, tontonan, playlist dan kempen ialah perkara yang boleh anda banggakan.

Sehubungan dengan kempen, kami berbesar hati bahawa anda memanfaatkan Campaign Kit untuk memperluas jangkauan anda dan menukar lebih banyak pendengar menjadi peminat tegar. Pada tahun ini, Marquee dan Showcase diperkenalkan kepada barisan pasaran yang lebih luas — termasuk Jerman, Mexico, Itali, Sepanyol dan Belanda — dan kami telah menambah baik alat untuk pihak yang telah pun memanfaatkan alat tersebut. Anda telah berseronok dengan warna latar belakang Marquee tersuai dan berkongsi muzik anda dengan pendengar baharu melalui segmen penyasaran audiens yang diprogramkan dan audiens berpotensi baharu kami, yang dilancarkan pada bulan Februari. Untuk memberi setiap artis cerapan baharu tentang pertumbuhan audiens mereka serta penglibatan audiens mereka dengan keluaran baharu mereka, kami telah melancarkan metrik penukaran pendengar serta menambahkan audiens aktif pada laman penglibatan keluaran.

Kajian kes kami menunjukkan cara Campaign Kit membantu tujuh orang artis bebas mencapai detik penting dalam bidang muzik. Contohnya, artis pop Jillian Rossi dapat mencapai matlamat akhirnya untuk melangkaui 100 juta strim bagi albumnya, Never Fully Loved, manakala pendengar Marquee artis reggae Khalia terus menstrim muziknya kira-kira enam kali ganda lebih kerap daripada pendengar lain hampir sebulan selepas keluaran EP-nya, Stay True.

Anda Telah Membantu Kami Melindungi Artis Baharu dan Profesional

Kami komited untuk melindungi himpunan royalti bagi artis baharu dan profesional. Untuk mendalami pemahaman artis berkaitan penstriman buatan, sebab penstriman buatan itu merupakan satu masalah, cara mengelakkan hal tersebut dan cara Spotify menangani masalah sedemikian, kami telah mengumpulkan sumber pendidikan di satu tempat dengan pusat pendidikan baharu. Di sini, anda boleh menemukan borang pelapor playlist kami yang kami perkenalkan baru-baru ini sebagai langkah mudah untuk memberitahu kami jika anda fikir muzik anda telah ditambahkan pada playlist yang mencurigakan.

Dasar royalti Spotify for Artists juga dinaik taraf agar dapat mengagihkan pembayaran kecil yang tidak dibayar kepada artis dengan lebih berkesan serta mengehadkan percubaan untuk memperdayakan sistem dengan hingar. Selain itu, Loud & Clear 2024, iaitu laporan ekonomi muzik tahunan Spotify, menawarkan ketelusan tentang bilangan artis yang menjana tahap royalti yang berbeza, cara kami menyokong artis bebas dan banyak lagi.

Anda Memperkasakan Rakan Anda

Pada tahun 2024, anda memainkan peranan penting untuk membantu Spotify for Artists membina komuniti yang lebih rapat dalam kalangan artis di platform kami. Puluhan artis dalam kalangan anda telah menawarkan maklumat di sebalik tabir yang eksklusif tentang cara anda menggunakan alat Spotify for Artists, seperti Halaman Kira Detik, Clip dan Canvas melalui Spotlight, Get Ready With Me: Clip, Clip Minggu Ini, kajian kes artis Campaign Kit (termasuk kajian kes video) dan siri Dive In kami di Instagram. Kami juga memperkenalkan "Countdown To", iaitu siri podcast video unik kami yang menampilkan temu bual bersama artis seperti FINNEAS, mgk dan Jelly Roll berhubungan dengan projek dan inspirasi mereka yang terkini.

Di luar talian, anda menyertai Spotify for Artists di Latin Grammys, Spotify House at CMA Fest dan Indie Week pada tahun ini. Kami berbesar hati dapat membantu anda berhubung dengan orang lain dalam industri secara bersemuka dan menanti-nantikan kehadiran anda di acara menarik yang kami rancang pada tahun depan.

Seperti biasa, terima kasih kerana bersama kami. Kami berbesar hati dapat menyokong matlamat anda pada tahun 2024 dan tidak sabar-sabar membantu anda membangunkan kumpulan peminat anda dengan cara yang baharu dan inovatif pada tahun 2025.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini