CLIPVideo pendek yang membawa impak besar untuk muzik baharuClip membantu keluaran anda mencapai kejayaan dengan menjangkau bakal pendengar baharu, berhubung dengan peminat serta mendorong penstriman dan penyimpanan.

Clip kini tersedia dalam beta untuk ribuan artis di seluruh dunia.
Tontonan yang mendorong strimClip ialah video menegak dan bawah 30 saat yang membolehkan anda menonjolkan kreativiti anda dan mengeratkan hubungan dengan peminat anda, sambil mengetengahkan muzik anda.

Clip ditag terus pada lagu anda supaya peminat boleh menemukan muzik anda terus daripada video.
MY DEBUT ALBUM VERTIGO IS OUT 19TH JULY!!
Vertigo
Griff
coachellaaa
Femininomenon
Chappell Roan
"Been Like This" ft. T-Pain OUT NOW!
Been Like This
Meghan Trainor, T-Pain
My album “Country” is out April 5
Country
Medium Build
1 / 4
Pada setiap langkah dalam kitaran keluaranDorong keseronokan prakeluaran dan tingkatkan muzik baharu menggunakan Clip pada bila-bila masa dalam kitaran keluaran anda. Dengan Clip, anda boleh:
  • Tingkatkan keterujaan tentang keluaran akan datang: Buat peminat teruja dan jangkau pendengar baharu dengan mempromosikan lagu anda sebelum pengeluaran.
  • Promosikan album atau single: Himpunkan peminat untuk menyokong keluaran baharu serta katalog anda untuk mendorong penstriman dan penyimpanan.
  • Buat peminat menyelami kisah anda dengan lebih mendalam: Kongsikan cerita di sebalik lagu anda dan berikan inspirasi agar mereka meneroka lagi muzik anda.
  • Cara artis menggunakan Clip
    Jangkau peminat selama berbulan-bulan, bukannya beberapa saat

    Serlahkan muzik anda untuk tempoh yang lebih lama. Dengan Clip yang dipautkan kepada profil anda dan lagu yang ditag, peminat boleh menemui anda pada setiap masa, bukan sahaja pada waktu anda muncul dalam suapan sosial mereka.

    Muzik anda diutamakan

    Dengan Clip, lagu anda sentiasa di hujung jari. Tidak seperti platform video pendek lain, Clip dipaparkan terus dalam aplikasi yang sama, tempat pendengar boleh terus menstrim. Clip terletak di sebelah muzik anda agar pendengar tidak terlepas pandang.

    Dorong metrik paling penting

    Peminat boleh menonton Clip pada Halaman Utama, paparan Sedang Dimainkan, Halaman Kira Detik, halaman keluaran dan banyak lagi, yang memudahkan peminat menemukan muzik dan menjalin hubungan yang berkekalan antara mereka dengan anda sebagai artis.

    ZAYN
    Zara Larsson
    Luke Hemmings
    ZAYN
    1 / 4
    MULAKAN
    Cara memuat naik ClipClip kini tersedia dalam beta.
  • Rakam video menegak sehingga maksimum 30 saat. Jika video anda menggunakan muzik, pastikan anda memiliki semua hak yang berkenaan, menurut terma kami.
  • Apabila memuat naik Clip dalam Spotify for Artists, anda boleh mengetag lagu untuk memastikan Clip anda dipautkan kepada muzik yang betul dalam paparan Sedang Dimainkan dan di seluruh Spotify.
  • Muat naik melalui Spotify for Artists pada aplikasi atau web desktop melalui tab Video & Visual.
  • Peluang untuk menyampaikan cerita dan maksud di sebalik lagu kami kepada peminat amat dihargai. Kami telah berbuat demikian pada Clip dengan keluaran baharu kami, "Reckless Child."
    Milky ChanceArtis
    Mahukan akses kepada Clip?Nyatakan minat anda agar anda akan menerima pemberitahuan apabila Clip tersedia.
    Teroka lebih mendalam