PENSTRIMAN BUATANSemua yang perlu anda tahu tentang penstriman buatanPenstriman buatan menjadi masalah di seluruh industri muzik. Namun apakah sebenarnya maksud penstriman buatan? Bagaimanakah anda mengelakkan masalah ini? Apakah usaha Spotify untuk menangani isu ini?
APAKAH ITU STRIM BUATAN?Strim buatan ialah strim yang tidak menggambarkan niat pendengaran pengguna yang sebenar, termasuklah apa-apa percubaan untuk memanipulasi perkhidmatan penstriman seperti Spotify menggunakan proses automatik (seperti bot atau skrip).
Jika tidak dikesan, strim buatan akan menjejaskan himpunan royalti, mengalihkan hasil daripada artis yang sah kepada pelaku jahat. Tindakan ini juga merosakkan kesaksamaan yang menjadi simbol penstriman.
Konteks industri
Cerita pertumbuhan
Sejak jurang paling teruk industri pada tahun 2014, pertumbuhan penstriman telah menyelamatkan industri muzik. Pada tahun 2023, penstriman membentuk dua pertiga daripada hasil seluruh dunia, dengan Spotify menyumbang kira-kira satu pertiga hasil tersebut.
Pelaku jahat
Memandangkan pembayaran penstriman telah meningkat kepada berbilion dolar setiap tahun, pelaku jahat mula cuba memanipulasi strim untuk keuntungan kewangan sendiri atau untuk menipu artis dengan menjanjikan peningkatan kiraan strim untuk bayaran wang.
Pengesanan dan pengeluaran
Spotify melabur dengan banyak dalam pengesanan, pencegahan dan pengeluaran impak royalti strim buatan. Kami juga mengenakan denda pada label dan pengedar apabila penstriman buatan dikesan pada kandungan mereka secara terang-terangan.
Perkhidmatan yang sukar dipercayaiPerkhidmatan pemasaran dan promosi mungkin menyasarkan anda melalui media sosial serta e-mel yang menjanjikan strim atau peletakan playlist di Spotify dan platform penstriman lain – biasanya untuk mendapatkan bayaran. Perkhidmatan sedemikian ialah penipuan dan perlu dielakkan.
Mereka mungkin mendakwa bahawa mereka boleh menjadikan lagu distrim, dimasukkan dalam playlist atau diutamakan dalam cadangan algoritma Spotify. Semua dakwaan ini tidak benar.
Kebanyakan perkhidmatan sedemikian menggunakan bot untuk menstrim lagu berulang kali sebagai cubaan untuk meningkatkan kiraan strim.
Sesetengah perkhidmatan mengenakan bayaran untuk “dipertimbangkan” bagi playlist pengguna, namun tidak menjamin peletakan. Jangan mudah percaya dengan perkhidmatan sedemikian juga.
Satu-satunya cara untuk mengembangkan kerjaya anda di Spotify adalah dengan memperoleh peminat sah yang berinteraksi dengan lagu anda dan mempercayai anda sebagai artis.
Penalti dan pencegahanSpotify melarang keras penggunaan apa-apa perkhidmatan pihak ketiga yang menjanjikan strim atau peletakan playlist untuk bayaran wang. Perkhidmatan ini melanggar Terma dan Syarat Penggunaan serta Garis Panduan Pengguna Spotify.
Kami mahu memastikan bahawa strim buatan tidak mendatangkan manfaat – serta tidak mewujudkan apa-apa kesan negatif tidak langsung pada strim yang sah. Kami sentiasa mengemas kini sistem kami agar kami dapat menguatkuasakan dasar ini dengan betul-betul dan secepat mungkin. Dasar Spotify menyatakan bahawa apabila kami mengesan apa-apa strim buatan, penalti berikut dikenakan:
Strim itu tidak menerima royalti.
Strim itu tidak dikira dalam bilangan atau carta strim umum.
Strim itu tidak mempengaruhi algoritma cadangan secara positif.
Bergantung pada tahap keterukan penstriman buatan yang dikesan, penalti tambahan termasuk:
Pengeluaran lagu daripada playlist Spotify
Pengedar lagu, selepas diberitahu tentang penstriman buatan oleh Spotify, boleh memberikan amaran, mengenakan bayaran penalti, menggantung akaun pengguna atau mengeluarkan lagu daripada Spotify
Pengeluaran lagu daripada Spotify sama sekali, dalam kes lagu yang nampaknya dianggap sebagai perantara untuk mendayakan penstriman buatan
Penstriman buatan dalam data andaData Spotify for Artists anda boleh memberikan cerapan tentang jika akaun anda terjejas oleh penstriman buatan.
Jika anda melihat apa-apa keabnormalan, sila maklumkan kepada label atau pengedar anda dan kongsikan butiran apa-apa perkhidmatan yang telah anda libatkan untuk mempromosikan muzik anda.
Anda juga boleh memberitahu kami terus tentang apa-apa playlist mencurigakan yang menambahkan muzik anda.
Aktiviti abnormal mungkin termasuk:
Peningkatan strim secara mendadak tanpa sebab yang jelas, diikuti oleh penurunan mendadak
Peningkatan strim secara mendadak tanpa sebab yang jelas dari lokasi yang lagu anda tidak aktif sebelum ini
Sebahagian besar strim berasal daripada sumber strim yang tidak dapat dijelaskan atau mengejutkan (seperti “Lain-lain” atau sumber penstriman lain yang tidak masuk akal)
Peningkatan pertumbuhan pengikut yang mendadak untuk tempoh yang singkat
Soalan anda, terjawab
Jika anda mahu melibatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk memasarkan atau mempromosikan muzik anda secara sah, kami amat mengesyorkan agar anda mengkaji perkhidmatan dan kaedah promosi masing-masing untuk memastikan mereka tidak menggunakan penstriman buatan. Tanya soalan tentang kaedah promosi mereka dan lihat ulasan daripada artis yang pernah bekerjasama dengan mereka.
Sesetengah perkhidmatan mengenakan bayaran untuk “dipertimbangkan” dalam playlist pengguna mereka, namun tidak menjamin peletakan (yang melanggar terma dan syarat Spotify). Jangan mudah percaya perkhidmatan sedemikian, kerana perkhidmatan ini mungkin menggunakan taktik penstriman buatan. Berbincang dengan artis lain yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut serta cari laporan dalam talian daripada artis yang menggunakan perkhidmatan ini dan diberitahu tentang penstriman buatan kemudiannya.
Jika suatu perkara itu sukar dipercayai, kemungkinan besar perkara tersebut tidak benar. Apa-apa perkhidmatan yang menjamin strim, pengikut Spotify atau peletakan playlist untuk bayaran wang adalah tidak sah dan perlu dielakkan. Jika anda menggunakan perkhidmatan ini, anda mungkin melihat aktiviti abnormal dalam data Spotify anda seperti peningkatan strim yang mendadak dari lokasi yang lagu anda tidak aktif sebelum ini atau peningkatan mendadak yang luar jangkaan diikuti oleh penurunan mendadak. Malah, anda mungkin menerima amaran atau yuran penalti daripada pengedar anda. Ini semua merupakan isyarat bahawa perkhidmatan yang anda gunakan terlibat dalam penstriman buatan. Jika perkara ini berlaku, beritahu label dan pengedar anda serta kongsikan nama dan butiran perkhidmatan yang anda guna. Label atau pengedar anda kemudiannya boleh melaporkan maklumat itu kepada pasukan Spotify untuk menyiasat perkhidmatan tersebut dengan lebih lanjut.
Spotify telah memperkenalkan langkah pencegahan baharu untuk melawan penstriman buatan. Berkuat kuasa mulai 1 April 2024, Spotify akan mengecaj label dan pengedar bagi setiap lagu apabila penstriman buatan secara terang-terangan dikesan dalam kandungan mereka. (Caj ini hanya dikenakan untuk kadar penstriman buatan yang sangat tinggi bagi setiap lagu.) Kami mampu melawan penstriman buatan sebaik sahaja isu ini cuba dilakukan pada platform kami, tetapi industri akan menjadi lebih baik jika insentif pelaku jahat untuk memuat naik kandungan ke Spotify dan perkhidmatan penstriman lain dilupuskan terlebih dahulu. Kami percaya bahawa caj ini akan mencegah label dan pengedar daripada terus mengedar muzik pelaku jahat yang dikenal pasti yang cuba menyalurkan wang daripada artis yang jujur dan rajin serta mencegah pelaku jahat itu sendiri. Caj ini akan menyokong usaha berterusan kami untuk memastikan industri dan platform bebas daripada aktiviti penstriman buatan.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin masih melihat peningkatan strim dalam data Spotify for Artists peribadi anda daripada penstriman buatan, walaupun royalti yang berkaitan telah ditahan dan metrik awam (kiraan strim lagu dan kiraan pendengar bulanan sepanjang masa) telah dilaraskan. Dalam kes lain, kami dapat mengesan dan mengeluarkan strim buatan yang disahkan sebelum data sampai ke papan pemuka Spotify for Artists anda — yang bermaksud bahawa anda mungkin diberitahu tentang aktiviti penstriman buatan oleh pengedar anda, walaupun strim tidak kelihatan di Spotify for Artists anda. Apa-apa pun, laporan royalti daripada label atau pengedar anda ialah sumber yang paling tepat untuk memahami royalti yang dijana daripada strim Spotify.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini untuk menghapuskan insentif bagi pelaku jahat menggunakan penstriman buatan, kami menjalankan pembersihan harian untuk memastikan penstriman buatan dikeluarkan daripada statistik awam dalam aplikasi Spotify.
Metrik awam dalam aplikasi Spotify — kiraan pendengar bulanan artis atau kiraan strim sepanjang masa sesebuah lagu — sentiasa dilaraskan untuk mengeluarkan penstriman buatan yang disahkan.
Kesan penstriman buatan pada data Spotify for Artists peribadi artis mungkin berbeza-beza: dalam sesetengah kes, kami boleh mengeluarkan penstriman buatan yang disahkan daripada data anda sebelum papan pemuka Spotify for Artists anda disegar semula; dalam kes lain, anda mungkin masih melihat peningkatan mendadak daripada penstriman buatan dalam data Spotify for Artists anda, walaupun royalti yang berkaitan mungkin ditahan dan metrik awam dilaraskan.
Dalam kes ini, semasa penstriman buatan berlaku, akan terdapat percanggahan antara statistik strim sepanjang masa yang tepat dengan data lagu yang selebihnya, yang masih menyertakan sebahagian daripada penstriman buatan yang disahkan. Anda juga mungkin melihat percanggahan antara kiraan pendengar bulanan yang tepat dengan data audiens yang selebihnya. Apabila terdapat percanggahan yang ketara, anda akan diberitahu melalui mesej yang dipaparkan pada halaman keluaran atau halaman audiens anda dalam Spotify for Artists.
Kami sedar bahawa sesetengah perkhidmatan menggunakan bot untuk mendorong strim buatan muzik anda tanpa kebenaran anda, malah tanpa pengetahuan anda. Kami faham bahawa keadaan ini amat mengecewakan. Jika anda mengesan apa-apa keabnormalan dalam data Spotify for Artists anda, kongsikan maklumat dengan pengedar atau label anda dengan serta-merta, yang akan bekerjasama dengan pasukan kami untuk menyemak dan menyelesaikan masalah secepat mungkin. Walaupun data kami menunjukkan bahawa keadaan ini membentuk sebahagian kecil daripada jumlah aktiviti penstriman buatan, Spotify komited untuk memerangi perkhidmatan sedemikian serta memastikan bahawa artis sah tidak diambil kesempatan.
Anda juga boleh memberitahu kami terus tentang apa-apa playlist mencurigakan yang menambahkan muzik anda. Kami kemudian akan menyiasat lebih lanjut untuk melihat sama ada playlist itu terlibat dalam penstriman buatan atau tidak, sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kami berkongsi laporan bulanan dengan label dan pengedar tentang penstriman buatan yang disahkan pada platform kami. Berdasarkan laporan tersebut, label atau pengedar anda mungkin mengambil tindakan seperti mengeluarkan amaran, mengenakan denda atau dalam kes terang-terangan atau berulang, mengeluarkan kandungan anda daripada perkhidmatan penstriman atau menggantungkan akaun anda. (Kami mengenakan denda pada label dan pengedar bagi setiap lagu apabila penstriman buatan dikesan secara terang-terangan pada kandungan mereka — sebagai galakan agar mereka menyaring dan mendidik pengguna mereka dengan lebih baik, terutamanya pengguna yang melakukan pelanggaran berulang. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang dasar ini di sini).
Tidak. Kami mahu memastikan strim buatan tidak menerima apa-apa manfaat. Oleh itu, apabila kami mengenal pasti kes penstriman buatan atau manipulasi strim yang disahkan, kami sentiasa melaraskan statistik penstriman umum serta mengambil langkah untuk memastikan populariti artis atau lagu ditunjukkan dengan tepat dalam Carta.
Kami memandang serius terhadap penstriman buatan pada setiap peringkat. Apabila kami mengenal pasti kes penstriman buatan atau manipulasi strim, kami mengambil tindakan yang termasuk menahan royalti berkaitan, membetulkan angka penstriman umum dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan populariti artis atau lagu digambarkan dengan tepat dalam carta kami. Selain itu, berdasarkan keterukan aktiviti penstriman buatan, kami mungkin mengeluarkan lagu daripada playlist Spotify. Spotify juga mengenakan denda pada label dan pengedar bagi setiap lagu apabila penstriman buatan dikesan pada kandungan mereka secara terang-terangan.
Penstriman muzik anda berulang kali secara tidak organik atau percubaan memanipulasi Spotify menggunakan proses automatik (cth. bot atau skrip) oleh peminat ialah tingkah laku yang perlu anda cegah secara aktif. Sudah tentu, anda harus menggalakkan peminat anda agar mendengar muzik anda di Spotify, namun anda tidak boleh menggalakkan atau menyokong usaha terselaras daripada peminat untuk menstrim lagu anda secara tidak sah (cth. berkongsi taktik anggapan tentang cara mengelakkan pengesanan seperti menstrim daripada playlist tertentu, melaraskan kelantangan atau menggunakan akaun tambahan dalam pelan Spotify Premium (seperti Family atau Duo) secara eksklusif untuk menstrim sesebuah lagu). Taktik ini dikesan secara umum oleh sistem pengesanan penstriman buatan kami dan boleh menyebabkan penalti. Janganlah bazirkan usaha peminat anda pada kaedah yang tidak membantu ini.
Cabaran seluruh industriCabaran penstriman buatan memerlukan kesepakatan dan kerjasama pihak berkepentingan daripada seluruh industri muzik global.
Spotify berbesar hati selaku anggota pengasas Music Fights Fraud Alliance – pasukan petugas global yang bertujuan membanteras penipuan penstriman.
The Game PlanApakah Itu Penstriman Buatan?Spotify dan pakar industri menerangkan tentang penstriman buatan, kemudaratan hal ini pada matlamat anda serta usaha kami untuk membanteras masalah ini.
Membina audiens yang tulenSpotify for Artists menyediakan semua alat dan sumber yang diperlukan untuk anda promosikan muzik anda serta membina kumpulan peminat anda.