Keluaran BaharuPastikan strategi keluaran baharu anda berjayaKetahui cara menukar keterujaan prakeluaran menjadi peminat tegar jangka panjang – semua ini di tempat penstriman muzik.
Tonjolkan diri di tempat muzik baharu dikeluarkanPengeluaran muzik baharu itu satu perkara yang penting – hasil kemahiran dan usaha anda. Namun dalam landskap media sosial yang sibuk pada masa ini, anda mungkin rasa bahawa karya anda akan lenyap begitu sahaja dalam keriuhan ini.

Di situlah kami memainkan peranan. Spotify for Artists menyediakan alat berkuasa untuk anda melancarkan potensi penuh keluaran anda – menjangkau audiens global dan mengeratkan hubungan dengan peminat.

Muzik anda menunggu penemuan oleh pendengar, marilah kita jayakannya. Teruskan menatal untuk melihat senarai semak keluaran langkah demi langkah kami.
Cara Laufey memaksimumkan keluarannya dalam 7 langkahLihat cara pemenang anugerah Grammy ini dan pasukannya menarik perhatian audiens global dengan albumnya yang merentas genre menggunakan alat Spotify for Artists seperti Halaman Kira Detik, Clip, Marquee, barang dagangan dan banyak lagi.
poster
Keluaran pertama di Spotify?Mulakan perjalanan keluaran baharu anda di Spotify dengan memilih pengedar dan memuat naik muzik anda.
HALAMAN KIRA DETIKMulakan Kira DetikBina destinasi prakeluaran terunggul anda.Anda akan mengeluarkan album baharu? Biar peminat prasimpan album, pratonton senarai lagu, lihat barang dagangan baharu, tonton Clip yang mempromosikan lagu yang belum dikeluarkan, serta kira detik sehingga pengeluaran – semua ini untuk meningkatkan penstriman minggu pertama yang amat penting.
CLIP & CANVASSediakan video & visual untuk keluaran anda
My first song since Lil Boo Thang. I’m hype about it!
Say Cheese
Paul Russell
Kongsi cerita keluaran anda dengan ClipClip ialah video pendek yang membawa impak besar untuk muzik baharu. Wujudkan keterujaan untuk keluaran anda dengan berkongsi cerita di sebalik muzik anda untuk mendorong lebih banyak penstriman.
Machine Bitez #6
Gorillaz
Tarik perhatian pendengar dengan CanvasInilah seni album untuk zaman sekarang. Tambahkan visual berulang pada keluaran anda sebelum dikeluarkan untuk menyediakan pengalaman yang menarik kepada pendengar terus daripada strim pertama mereka.
PENGUSULAN PLAYLIST
Usulkan lagu anda untuk pertimbangan playlistPastikan anda mengusulkan lagu utama daripada keluaran anda sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh keluaran. Editor playlist kami akan mendengar dengan teliti, kemudian membuat peletakan playlist editorial berdasarkan pendapat mereka tentang lagu yang paling sesuai untuk peminat di seluruh dunia.

Berikut ialah sampel persediaan untuk pengusulan anda:
  • Cerita anda: apakah maklumat yang perlu diketahui oleh editor kami tentang keluaran anda?
  • Bunyi anda: apakah genre dan mood keluaran anda?
  • Pengusulan anda: playlist manakah yang paling sesuai untuk keluaran anda?
  • MARQUEE
    Pastikan tiada yang terlepas pandang keluaran andaMarquee mengetengahkan muzik anda dan menjemput pendengar untuk memahami dengan lebih lanjut.

    Berikut ialah faktor yang diperlukan untuk menjayakan kempen anda:
  • Penyasaran: Berhubung dengan pelbagai jenis pendengar – baik baharu mahupun sedia ada – berdasarkan sejarah mendengar mereka.
  • Pasaran: Jangkau pendengar Premium dan Free di lebih daripada 30 pasaran.
  • Pelaporan: Jejaki penglibatan dan fahami cara pendengar bertukar menjadi peminat tegar selepas melihat kempen anda.
  • DISCOVERY MODE & SHOWCASELagi cara untuk meningkatkan lagi keluaran baharu anda
    Discovery ModeSediakan peminat anda untuk keluaran akan datang dengan mengingatkan mereka tentang lagu lain dalam katalog anda.
    ShowcaseWujudkan keterujaan untuk muzik baharu anda – dan kekalkan momentum – dengan menarik pendengar baharu pada Laman Utama Spotify.
    PROFIL ARTIS
    Kemas kini profil artis andaBersiap sedia untuk saat paling penting.
  • Barang Dagangan: tambahkan item terbaharu anda dan jangan lupa meletakkan tag pada keluaran anda agar barang dagangan turut ditampilkan pada halaman keluaran dan paparan Sedang Dimainkan.
  • Pilihan Artis: mudahkan peminat anda menemukan keluaran baharu anda pada profil artis anda — jangan lupa untuk menambahkan imej dan mesej.
  • Galeri: muat naik foto terkini anda untuk mempamerkan penampilan terkini anda.
  • Kekalkan momentum

    Bina pengikut anda

    Pastikan peminat anda mengikuti anda di Spotify. Itu akan memastikan mereka mendengar muzik anda di Release Radar dan suapan Perkara Baharu mereka.

    Kongsikan keluaran anda di media sosial

    Dorong peminat agar mendengar di Spotify dengan berkongsi Canvas dan pautan kepada Clip di media sosial.

    Jejaki statistik anda dalam masa nyata

    Pantau statistik penstriman anda dalam masa nyata dan lihat bilangan pengikut anda yang menstrim muzik baharu anda pada tab penglibatan keluaran.