Amalan Terbaik untuk Pilihan Pengumpulan Dana Artis

April 22, 2020

Teroka pilihan anda tentang cara untuk menggunakan ciri pengumpulan dana kami yang baharu.

Seperti yang dinyatakan dalam kiriman pelancaranPilihan Pengumpulan Dana Artis kami, kini anda boleh menyerlahkan destinasi pengumpulan dana selain dapat menyerlahkan muzik anda dalam Pilihan Artis anda.

Di sini, kami akan menerangkan tentang cara Pilihan Pengumpulan Dana berfungsi bagi setiap rakan pengumpulan dana kami iaitu Cash App, Givealittle, GoFundMe, iyzico (sebuah syarikat PayU), Mercado Pago, PayPal.me, PayU dan organisasi Bantuan Muzik serta kami juga akan memberikan beberapa amalan terbaik dan contohnya. Spotify tidak mengenakan caj daripada urus niaga dalam sebarang cara daripada apa-apa pembayaran yang berlaku di laman pihak ketiga. Kami akan terus mengemas kini kiriman ini apabila kami menambah pilihan pengumpulan dana yang baharu pada masa akan datang. Jangan lupa untuk menyemak Dasar Keselamatan dan FAQ sebelum menghantar Pilihan anda.


Cash App

  • Cash App merupakan platform pembayaran (tersedia di AS & UK) yang membolehkan anda menerima wang daripada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Di Cash App, anda akan dikenal pasti dengan “$cashtag” anda, iaitu nama pengguna unik yang digunakan untuk menghantar atau menerima wang.
  • Cash App ialah pilihan yang bagus untuk anda jika menginginkan pengumpulan dana yang mudah bagi diri anda, kru anda atau pasukan anda.
  • KEMAS KINI 05/04: Beribu-ribu peminat sudah menyokong lebih daripada 10,000 artis melalui Cash App di Spotify dan hasilnya, sumbangan tambahan mereka sebanyak $1 juta USD telah berjaya dicapai. Pembayaran sebanyak $100 tersebut akan dilangsaikan kepada artis yang layak dalam tempoh 30 hari akan datang. Sudah tentulah, para artis boleh terus menggunakan Cash App sebagai Pilihan Pengumpulan Dana Artis mereka.
  • Kami sangat teruja tentang kerjasama kami dengan Cash App kerana mereka dengan murah hatinya menubuhkan usaha bantuan sebanyak $1 juta untuk artis pada masa yang mencabar ini. Pengguna Spotify for Artists yang menghantar nama pengguna “$cashtag” mereka sebagai Pilihan Pengumpulan Dana Artis mereka dan memperoleh sekurang-kurangnya satu sumbangan pada mana-mana nilai melalui Spotify, akan menerima $100 tambahan dalam akaun mereka daripada Cash App, sehingga jumlah kolektif sebanyak $1 juta telah disumbangkan. $100 akan dimasukkan ke dalam akaun yang layak selepas 30 hari.
  • Untuk mendapatkan kelayakan bagi menerima sumbangan ini daripada Cash App, artis mesti menetapkan $cashtag untuk menerima bayaran, sama ada daripada akaun Cash App yang sedia ada atau mendaftar untuk akaun Cash App baharu. Sumbangan artis Cash App hanya akan diberikan kepada artis yang menetap di Amerika Syarikat dan United Kingdom, tetapi pendengar Spotify yang berada di seluruh dunia masih boleh memberikan sumbangan melalui Cash App. Anda boleh melihat terma undang-undang yang penuh di sini.
  • Cash App tidak mengambil keuntungan daripada transaksi dengan apa-apa cara pun.
  • Anda boleh memuat turun Cash App pada iOS atau Android. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, layari Pusat Bantuan mereka di sini.

GoFundMe

  • GoFundMe ialah platform pengumpulan dana sosial yang membolehkan orang ramai mengumpul wang untuk individu, matlamat dan organisasi. Anda boleh menggunakan GoFundMe untuk mengumpul wang bagi diri sendiri, untuk pasukan atau kru anda atau untuk badan amal. Untuk memulakan GoFundMe, klik di sini.

  • Mereka mempunyai beberapa petua berguna tentang membuat halaman pengumpulan dana yang berkesan, yang boleh anda lihat di sini. Ringkasnya:

    • Penceritaan adalah penting: Pastikan pengisian yang bersifat peribadi, anda tidak perlu membuat permintaan dengan cara yang terlalu formal. Anda boleh menggunakan foto dan video dalam cerita anda.
    • Garap dengan khusus: Terangkan cara anda akan menggunakan dana tersebut dan maknanya bagi kerjaya anda. GoFundMe telah berkongsi bahawa huraian sebanyak 400 perkataan atau lebih adalah paling berkesan.
    • Pastikan penderma mendapat kemas kini: Tunjukkan makna sumbangan mereka kepada anda dan impak terhadap tujuan derma.
  • Anda juga boleh mencari badan amal yang ditubuhkan di GoFundMe di sini. Jika anda mahu mengumpul dana untuk badan amal yang tidak memiliki halaman GoFundMe mereka sendiri dan anda berada di negara yang menyediakan GoFundMe, maka anda boleh menyediakan satu halaman bagi pihak mereka dan GoFundMe akan membantu dalam memastikan dana tersebut disalurkan kepada badan amal berkenaan . Anda seharusnya menyemak dasar keselamatan Pilihan Pengumpulan Dana Artis Spotify sebelum memilih badan amal atau Pilihan Pengumpulan Dana anda mungkin dikeluarkan daripada Spotify.

  • GoFundMe tersedia di negara berikut: Australia, Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

  • Tiada yuran platform yang dikenakan untuk menggunakan GoFundMe dan semua sumbangan dilindungi dan dijamin. Yuran pemprosesan kad kredit standard industri sebanyak 2.9% ditambah dengan $0.30 dikenakan bagi setiap sumbangan.

  • Tentang pembayaran, anda mesti mengeluarkan sumbangan anda dalam tempoh 30 hari dari sumbangan pertama anda. Sebaik sahaja pengeluaran dibuat daripada akaun anda, pengeluaran tersebut akan mengambil masa selama 2-5 hari untuk tiba (hari minggu dan hari cuti tidak dikira sebagai hari bekerja).

  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang GoFundMe, anda boleh melayari pusat bantuan mereka di sini.


PayPal.Me

  • PayPal merupakan sistem pembayaran dalam talian yang menyokong pemindahan wang dalam talian. Dengan membuat pautan PayPal.Me, anda boleh berkongsi pautan tersebut dengan sesiapa sahaja untuk menerima wang melalui PayPal dengan mudah.
  • Paypal.me ialah pilihan yang bagus untuk anda jika anda menginginkan sokongan kewangan untuk diri anda, kru atau pasukan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan PayPal, anda boleh mendaftar secara percuma di PayPal.com atau dalam aplikasi.
  • PayPal tersedia di kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan banyak lagi (lihat di sini untuk mendapatkan senarai penuh). PayPal tidak menyokong pembayaran PayPal.me sebegini di sesetengah negara. Jika anda menetap di salah satu pasaran ini, jangan menggunakan atau mempromosikan Paypal.me untuk Pilihan Pengumpulan Dana Artis anda atau kaedah ini akan dikeluarkan: China, Argentina, Bahrain, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Hong Kong, India, Israel, Jordan, Malaysia, Mexico, Nicaragua, Oman, Panama, Peru, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Uruguay.
  • Kadar standard PayPal untuk pembayaran barangan & perkhidmatan sebanyak 2.9% ditambah dengan $0.30 mungkin dikenakan bagi setiap transaksi setempat. Yuran adalah tertakluk pada perubahan. Yuran penukaran mata wang juga mungkin dikenakan bagi pembayaran rentas sempadan. Untuk mendapatkan maklumat, baca lebih lanjut.
  • Penggunaan PayPal adalah tertakluk pada Perjanjian Pengguna PayPal dan Dasar Penggunaan Boleh Terima yang berkenaan di negara anda.
  • Bagi artis di Australia: Apabila anda menambahkan wang dalam akaun PayPal anda buat kali pertama, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui Program Pengenalan PelangganPayPal. Jika identiti anda tidak dapat disahkan, anda mungkin tidak dapat mengakses dana.

Mercado Pago

  • Mercado Pago yang merupakan syarikat teknologi kewangan Amerika Latin, menyediakan ekosistem penyelesaian kewangan yang lengkap buat syarikat, usaha sama atau orang yang mahu mengurus wang mereka dengan selamat, mudah dan selesa.
  • Mercado Pago tersedia di negara berikut: Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Peru dan Uruguay.
  • Sebaik sahaja anda membuat Pilihan Pengumpulan Dana Artis anda, pendengar boleh membuat sumbangan melalui platform Mercado Pago. Pautan pembayaran Mercado Pago membolehkan para artis menerima sumbangan. Anda tidak perlu memiliki akaun Mercado Pago.
  • Mercado Pago disepadukan dengan kad kredit dan debit utama di seluruh negara dan juga boleh memproses pengumpulan wang dalam akaun digital Mercado Pago anda.
  • Daripada akaun Mercado Pago anda dalam bahagian "Collection (Pengumpulan)", pilih pilihan pautan pembayaran untuk menghasilkan bilangan pautan yang anda mahu. Anda boleh memberikan tajuk, meletakkan harga dan memuat naik foto yang mewakili akaun tersebut. Dengan memilih "More options (Lebih banyak pilihan)," anda boleh menetapkan tarikh akhir pada pautan tersebut (iaitu tempoh pautan boleh digunakan) dan memilih kaedah pembayaran yang ingin ditawarkan. Jangan lupa bahawa anda boleh menambah atau mengeluarkan pautan daripada alat pengumpulan anda seberapa kerap yang anda mahu.
  • Artis mesti menetapkan jumlah sumbangan yang tetap untuk sumbangan Pilihan Pengumpulan Dana Artis mereka yang diminta. Jumlah ini boleh merupakan sebarang nilai yang mereka pilih. Kami mengesyorkan agar jumlah yang diletakkan itu dirasakan mampu disumbangkan oleh kebanyakan pendengar.

PayU

  • PayU membangunkan penyelesaian perkhidmatan kewangan yang inovatif untuk pasaran dengan pertumbuhan yang tinggi di seluruh dunia. PayU menawarkan pemprosesan pembayaran setempat di seluruh pasaran melalui sambungan kepada bank pemerolehan dan kaedah pembayaran alternatif.
  • PayU tersedia di negara berikut: Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Mexico, dan Peru.
  • Mulakan dengan PayU di sini, kemudian pilih negara anda dan ikuti arahan.
  • Artis mesti menetapkan jumlah sumbangan yang tetap untuk sumbangan Pilihan Pengumpulan Dana Artis mereka yang diminta. Jumlah ini boleh merupakan sebarang nilai yang mereka pilih. Kami mengesyorkan agar jumlah yang diletakkan itu dirasakan mampu disumbangkan oleh kebanyakan pendengar.
  • Untuk negara yang menggunakan bahasa Sepanyol, hantar e-mel ke soportespotifyd.ssc@payulatam.com untuk mendapatkan sokongan. Untuk Brazil, hantar e-mel ke suportespotify.br@payulatam.com.

iyzico (sebuah syarikat PayU)

  • Syarikat teknologi kewangan Turki, iyzico menyediakan pembayaran yang inovatif dan penyelesaian pembelian dalam talian yang selamat untuk pasaran perdagangan digital. iyzico menyertai PayU pada tahun 2019.
  • Artis yang memilih iyzico sebagai pembekal Pilihan Pengumpulan Dana Artis mereka hanya boleh menerima sumbangan daripada pendengar di Turki. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iyzico, anda boleh melayari pusat bantuan mereka.

Givealittle

  • Givealittle merupakan platform rakan ke rakan dan pendanaan orang ramai (crowdfunding) yang dimiliki dan beroperasi di New Zealand. Mereka mengendalikan pelbagai peluang pengumpulan dana untuk individu, kelompok, sekolah, badan amal dan perniagaan. Sesiapa pun boleh mengumpul dana di Givealittle untuk tujuan yang penting bagi mereka.
  • Di Givealittle, anda boleh membuat halaman untuk memberi manfaat kepada diri sendiri, kru anda atau mengumpul dana untuk sehingga tiga badan amal. Jika anda mahu menyokong badan amal di New Zealand tetapi tidak mahu membuat halaman anda sendiri, Givealittle juga mempunyai pilihan untuk itu. Anda akan menemui panduan tentang cara berbuat demikian di halaman web Givealittle untuk pengguna Spotify for Artists.
  • Givealittle mempunyai lebih daripada 3,000 badan amal NZ berdaftar yang boleh menjadi penerima bagi pengumpulan dana anda, dan maklumat tentang badan amal tersebut boleh dicari di sini.
  • Givealittle tidak mengenakan yuran pendaftaran dan mereka tidak mengenakan bayaran kepada penderma. Yuran Givealittle adalah tetap, sebanyak 5% berdasarkan jumlah yang terkumpul. Penderma juga mempunyai pilihan untuk "Menambah Nilai" sumbangan mereka yang akan mengurangkan lagi yuran tersebut. Layari laman web mereka untuk melihat maklumat lanjut tentang yuran Givealittle serta Terma dan Syarat penuh mereka. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara untuk menggunakan Givealittle, anda boleh menghubungi mereka di sini.

Projek Bantuan Muzik COVID-19 Spotify

Jika anda berminat untuk mengumpulkan wang bagi organisasi yang memberikan bantuan secara langsung kepada artis di seluruh dunia, anda boleh memilih organisasi Bantuan Muzik COVID-19 Spotify yang disahkan. Untuk mendapatkan senarai penuh rakan kongsi, lihat di sini. Apabila anda memilih badan amal Bantuan Muzik, sumbangan yang dibuat secara langsung melalui Pilihan Pengumpulan Dana Artis anda akan layak menerima dana $10 juta USD Spotify yang sepadan.

Setiap artis kami yang disahkan menyokong organisasi di seluruh dunia membantu menghalakan wang yang dikumpul kepada ahli profesional industri muzik yang memerlukan.

— Spotify for Artists

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular