Azam Tahun Baharu: Dapatkan Inspirasi 'Best Advice' daripada Troye Sivan, Prince Royce & Ramai Lagi
Idea penetapan matlamat untuk pencipta muzik daripada beberapa pencipta muzik terbaik dalam bidang ini.
Memandangkan anda akan membuka halaman baharu, tibalah masanya untuk membuat beberapa azam Tahun Baharu untuk kerjaya anda. Siapakah yang lebih sesuai untuk menjawab tentang azam ini selain artis yang telah mencapai banyak matlamat dalam perjalanan mereka menuju kejayaan? Berikut merupakan beberapa pendapat daripada Big Freedia, Prince Royce, BANKS dan Troye Sivan untuk membantu anda.
Jika anda ingin mencari lebih banyak lagi pendapat, ikuti episod podcast Best Advice yang sebelum ini sementara kami bersiap sedia untuk lebih banyak pendapat pada tahun 2023. Best Advice menampilkan pemuzik yang meneroka suka duka perjalanan artistik mereka dan pengajaran yang mereka peroleh di sepanjang perjalanan. Selamat Tahun Baharu!
Berhenti merendahkan diri anda
"Mengetahui nilai diri anda, berpegang pada pegangan tersebut dan berhenti merendahkan diri anda" adalah penting, kata Big Freedia yang merupakan Ratu Bounce yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Beliau belajar untuk berani bercakap "Jika anda tidak menaikkan harga, saya tidak dapat melakukannya."
Tetapkan had pada media sosial
Tiada sesiapa yang akan mempertikaikan pentingnya untuk anda sebagai seorang artis berhubung bagi melibatkan diri dengan peminat anda pada media sosial. Namun, kata artis pop yang luar biasa, Troye Sivan, penatalan yang terlalu banyak akan bertukar menjadi "kancah lengkap."
"Saya mempunyai pemasa untuk media sosial dan segalanya dan kesudahannya, cubaan untuk mengurangkan penatalan menjadi sesuatu yang menakutkan kerana anda akan berasa seperti ketinggalan sesuatu," kata Sivan. "Saya ingin berasa lebih percaya kepada diri saya sendiri, bahawa saya boleh melakukannya dan masih dapat menghasilkan perkara yang saya banggakan walaupun bukanlah perkara yang paling tular [pada media sosial] pada bulan itu."
Luaskan pendengaran anda
"Anda ingin mengetahui perkara yang sedang berlaku. Jadi, saya rasa penting untuk mendengar muzik lain di luar genre anda. Terutama pada masa kini dengan... penstriman," kata pencipta lagu popular bachata, Prince Royce. "Kita boleh melayari Spotify dan mencari muzik daripada negara lain dan melihat lagu popular di sana dalam 10 lagu paling popular. Itu bukanlah kelebihan yang kita miliki sebelum ini."
Komited dengan rutin konsert menjelajah
"Jika anda mempunyai perkara tertentu yang mewujudkan rutin yang baik, itu akan benar-benar membantu," kata penyanyi-pencipta lagu alt-R&B, BANKS. "Tidur yang cukup [adalah] sangat penting semasa konsert menjelajah. Nikmati bandar yang dikunjungi. Teroka."
"Memiliki rutin malam yang dapat anda lakukan - sama ada cara anda mencuci muka atau meditasi - boleh menenangkan anda selepas anda melakukan persembahan atau perkara bertenaga tinggi. Kembali ke realiti adalah penting. [Pergi] bersenam [selepas] terkurung dalam bas sepanjang hari. Saya suka berjalan berjam-jam."
Pelajari sesuatu yang baharu
Bagi Troye Sivan, pasti akan ada sesuatu yang perlu dipelajari tanpa mengira pencapaian kita. "Saya mendengar Lauryn Hill bercakap tentang menjadi pakar sesuatu bidang kemudian menjadi pelajar semula dan menjadi pakar bidang tersebut kemudian menjadi pelajar sekali lagi," katanya. "Saya fikir pandangan itu merupakan trajektori yang bagus dan sama seperti perkara yang saya cita-citakan."
Sebaik sahaja anda telah menetapkan azam anda, mari bermula. "Anda perlu menetapkan matlamat dan impian [yang] ingin anda lakukan dalam hidup," kata Big Freedia. "Dan anda perlu sentiasa meneruskan matlamat dan impian tersebut. Sebaik sahaja anda mencapai satu impian, usaha anda tidak berhenti di situ sahaja. Anda perlu terus menyelesaikan senarai impian anda."
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.