Memahami Audiens Anda Dengan Lebih Baik Melalui Halaman Butiran Keluaran Baharu dan Analisis Penglibatan Audiens

October 21, 2021

Paparan baharu dalam Spotify for Artists ini memudahkan anda untuk menjejaki sejauh mana muzik anda digemari pendengar, mengukur impak usaha pemasaran anda dan memberikan konteks terhadap pertumbuhan audiens anda.

Muzik sentiasa berubah, sama ada melalui evolusi bunyi dan genre popular atau cara kita mendengar muzik. Namun, satu perkara kekal sama untuk artis: keperluan untuk membangunkan asas peminat mereka dengan berkesan.

Pembangunan asas peminat anda bermakna terus terhubung dengan peminat anda dan memastikan mereka terlibat dengan kisah dan muzik anda. Melakukan perkara sebegini secara strategik memerlukan pemahaman audiens anda yang hanya dapat diperoleh daripada data dan cerapan yang mantap.

Kini, kami menambahkan dua cara baharu untuk lebih memahami audiens anda dan menjejaki prestasi muzik anda dalam Spotify for Artists.

Halaman Butiran Keluaran

Dalam tab Muzik papan pemuka Spotify for Artists, anda sudah pun boleh melihat analisis terperinci bagi mana-mana lagu. Kini, anda juga boleh melihat metrik rencam bagi mana-mana keluaran — sama ada album, EP atau single yang diberi. Paparan baharu ini membolehkan anda melihat sejauh mana muzik anda diminati peminat anda dan mengukur impak usaha pemasaran keluaran anda dari semasa ke semasa.

Untuk melihat statistik anda bagi sebarang keluaran, layari papan pemuka Spotify for Artists anda, klik pada tab Muzik, kemudian klik pada Keluaran. Sebaik sahaja anda di sana, anda sudah boleh mengklik pada lagu, album atau mana-mana keluaran anda untuk mendapatkan data tentang bilangan strim, pendengar, strim bagi setiap pendengar dan penyimpanan sesebuah keluaran dalam tempoh masa tertentu. Anda juga boleh menapis statistik ini bagi sebarang pasaran khusus. Statistik keluaran tersedia pada desktop sahaja sekarang.

Statistik Penglibatan Audiens

Tab Audiens dalam Spotify for Artists ialah halaman utama anda untuk memahami pendengar anda melalui seluruh katalog anda — daripada pengikut anda yang paling setia sehinggalah pendengar anda yang terkini. Apabila anda memahami audiens anda, maka ini bukan sekadar tentang demografi atau bilangan strim — ini adalah tentang cara mereka berinteraksi dengan muzik anda.

Itulah sebabnya kami menambahkan bahagian Penglibatan baharu kepada tab Audiens, yang memperkenalkan metrik terperinci tentang cara dasar pendengar penuh anda berhubung dengan anda — termasuklah strim bagi setiap pendengar (purata bilangan kali pendengar anda menstrim lagu anda) dan tindakan niat tinggi seperti penyimpanan, penambahan playlist dan banyak lagi. Ini memudahkan anda untuk menilai trend keseluruhan dengan kecenderungan pendengar terhadap muzik anda.

Lebih banyak anda memanfaatkan metrik ini, anda akan lebih memahami audiens anda, dilengkapi dengan pengetahuan lokasi pendengar anda, perkara yang mereka suka dan sejauh mana impak pemasaran anda. Statistik baharu ini akan mula dilancarkan pada minggu ini dan hanya tersedia pada desktop buat masa ini.

Inginkan butiran lanjut tentang data Spotify for Artists anda? Lihat panduan kami di sini.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini