Memperkenalkan Clips: Bermula dengan Video Bentuk Pendek di Spotify
Pada Stream On hari ini, kami telah mengumumkan Clips – video menegak pendek kurang daripada 30 saat yang membolehkan anda mengekspresikan bakat anda dan mendedahkan proses kreatif anda kepada peminat, sambil memastikan muzik anda menjadi tumpuan utama.
Setiap minit, orang di seluruh dunia menstrim sejumlah satu juta jam kandungan dalam talian, dengan setiap individu menonton purata 19 jam video dalam talian setiap minggu pada tahun 2022. Dengan semakin banyak video yang dimuat naik dan ditonton, semakin sukar untuk artis menonjol dalam kalangan pencipta kandungan untuk menjangkau pendengar baharu dan berhubung dengan peminat dengan cara yang membina peminat tegar yang berkekalan – bukan sekadar tular buat seketika waktu.
Selain itu, pada kebanyakan saluran popular untuk video sosial, muzik bukanlah satu keutamaan. Muzik selalu dipangkas menjadi cebisan kecil dan digunakan sebagai latar belakang sahaja, manakala artis pula tidak dinamakan dan pencipta kandungan yang sebaliknya menjadi tumpuan.
Inilah sebab kami membina Clip
Tidak seperti platform video bentuk pendek lain, Clips di Spotify dikaitkan dengan profil artis dan boleh dikaitkan dengan lagu dan album – menyerlahkan muzik anda dalam pengalaman supaya penonton boleh mendengar dengan mudah selepas menonton video anda. Clips menyediakan cara untuk menginspirasikan peminat tegar dan kejayaan jangka panjang – bukannya sekadar lagu popular seketika yang dikaitkan dengan meme terbaharu.
Kami akan membuka kunci ciri ini untuk ribuan artis pada minggu ini dan kami akan mengembangkan akses kepada semakin banyak artis secara beransur-ansur sepanjang musim bunga tahun 2023. Sementara kami mengendalikan pelancaran ini, tandakan halaman ini dan terus membaca untuk mendapatkan maklumat penting untuk membantu anda bermula – seperti cara memuat naik, amalan terbaik untuk video, serta petua dan inspirasi untuk membantu anda mewujudkan alam yang melibatkan muzik anda dengan Clips.
Perihal Clip
Clip ialah video menegak pendek yang kurang daripada 30 saat yang dimuat naik terus ke Spotify for Artists. Clips direka untuk memberikan tumpuan kepada anda dan muzik anda, jadi Clips boleh dikaitkan dengan profil artis anda, lagu anda, album anda, malah keluaran akan datang. Pendengar akan dapat melihat dan berinteraksi dengan Clip pada profil artis anda, pada halaman album, serta pada Halaman Kira Detik baharu kami. Clips dapat mendorong strim muzik anda, bukannya suka– jadi dalam setiap dedahan ini, penonton akan dapat mengakses muzik anda dengan cepat selepas menonton video.
Clip tidak lenyap dalam masa 24 jam dan anda tidak perlu sentiasa membuat kandungan baharu untuk mengikuti trend terkini. Clip memperkenalkan penceritaan video secara lebih meluas di Spotify, jadi anda boleh menyampaikan cerita yang lebih mendalam dan mendorong lebih banyak strim. Semuanya untuk anda berkomunikasi dengan peminat tegar (serta bakal peminat) pada platform tempat mereka mendengar muzik anda. Ini ialah pangkalan sepanjang zaman yang berterusan untuk video yang memerlukan penceritaan yang lebih mendalam dan jangka hayat yang lebih lama – bukan sekadar ulang tayang tular yang singkat.
Cara memuat naik Clip
Langkah 1: Akses papan pemuka video dalam Spotify for Artists dengan mengklik kad “Buat Clip” pada desktop atau peranti mudah alih atau dengan mengklik tab “Video” pada desktop.
Langkah 2: Klik butang “Muat Naik Video” untuk mula memuat naik. Clip hendaklah dalam format menegak, sekurang-kurangnya 1280px tinggi dan 1080px lebar, MP4, dengan panjang antara 3 hingga 30 saat.
Langkah 3: Tambah butiran video anda. Anda boleh menambahkan kapsyen yang menerangkan Clip itu, mengetag salah satu keluaran anda, menyatakan sama ada video mengandungi kandungan eksplisit atau tidak, serta memilih imej kecil untuk video anda.
Langkah 4: Baca dan bersetuju dengan terma & syarat Clip.
Setelah anda menerima terma dan Clip anda telah dihantar, anda akan dapat melihat papan pemuka video anda, iaitu tempat semua Clip yang anda muat naik akan dipaparkan mengikut urutan masa muat naik. Klik pada setiap imej kecil untuk melihat metadata, menyemak status atau memadamkan Clip jika perlu.
Clip sentiasa ditampilkan pada profil artis di bahagian khusus, tetapi anda juga boleh mengetag Clip pada lagu atau album (kerana Clip mementingkan muzik dan artis, bukan bunyi trending semata-mata). Apabila penatap menonton video yang ditag pada salah satu keluaran anda, mereka dapat mendalami muzik anda dengan cepat dan mula menstrim.
Amalan terbaik dan inspirasi untuk Clip
Kini anda mengenali Clips, sebab kami membina Clips (strim bukan meme) dan cara memuat naik Clip. Namun anda mungkin masih tertanya-tanya: Apakah yang patut saya buat untuk Clip pertama saya? Teruskan membaca untuk mendapatkan beberapa cadangan dan idea untuk merangsang daya kreatif anda.
Kongsi cerita di sebalik lagu. Kongsikan perspektif dalaman tentang proses kreatif anda dengan peminat dan bantu peminat menyelami lagu yang mereka dengar. Tiga Clip terbaharu yang ditag pada keluaran akan dipaparkan pada halaman untuk lagu atau album yang berkenaan. Sebaliknya, jika pendengar menemukan Clips anda di tempat lain (seperti profil artis anda), mereka akan melihat pautan ke muzik yang ditag semasa mereka menonton video dan boleh mengklik pautan untuk mendengar muzik.
Umumkan keluaran akan datang. Wujudkan gembar-gembur dalam kalangan peminat anda dengan mengumumkan lagu atau album akan datang anda melalui video Clip di Spotify dan buat mereka teruja untuk menstrim pada saat keluaran. Dengan mengumumkan muzik dalam Clip anda, anda menunjukkan bahawa cara terbaik untuk peminat mengetahui berita terkini anda adalah dengan menstrim muzik anda dengan awal dan kerap. (Olivia Rodrigo telah membuktikan perkara ini apabila beliau menyebut “muzik baharu” dalam mesej video Wrapped beliau kepada peminat.)
Perkenalkan diri anda sebagai artis. Ini ialah video yang amat berguna pada profil artis anda semasa pendengar baharu menemui anda. Kongsikan serba sedikit tentang diri anda, muzik anda dan identiti anda sebagai artis untuk membantu pendengar mewujudkan hubungan peribadi dengan artis di sebalik muzik baharu yang baru mereka temukan. Ini cara yang bagus untuk berhubung dengan pendengar baharu serta membolehkan peminat super anda mengenali anda dengan lebih lanjut.
Tampilkan rakan usaha sama. Buatlah video bersama artis, pengeluar atau pencipta lagu yang anda lakukan kerjasama untuk mewujudkan gembar-gembur dalam kalangan peminat masing-masing tentang keluaran baharu atau akan datang. Bawalah peminat ke dunia anda dan tunjukkan cara kerjasama dikendalikan di sebalik tabir.
Serlahkan barang dagangan baharu anda. Perkenalkan keluaran barang dagangan terbaharu anda dan pastikan mereka teruja untuk membeli kemeja-T, kru, piring hitam atau lampu lava (apa-apa yang terbaik mengikut pendapat anda). Pastikan anda bersiap sedia untuk menjual barang dagangan melalui Spotify for Artists supaya anda boleh menghalakan peminat untuk membeli terus dari profil artis atau halaman keluaran anda.
Itu hanyalah lima contoh Clip yang boleh anda buat, namun kemungkinan tidak terbatas. Anda boleh memuat naik apa-apa sahaja, daripada ritual GRWM (get ready with me, bersedia bersama saya) atau prapersembahan hinggalah pengenalan berbilang Clip yang mendalam tentang album anda. Anda boleh mengumumkan konsert menjelajah baharu, meraikan ulang tahun atau pencapaian, menunjukkan lawatan belakang pentas, menilai lirik anda sendiri, berkongsi makna di sebalik nama lagu dan banyak lagi. Anda juga dialu-alukan untuk menyertakan muzik dalam Clip anda, selagi pemberi lesen anda telah memberikan kebenaran.
Untuk mendapatkan inspirasi selanjutnya, lihat cara Omar Apollo mengisahkan cerita di sebalik lagu terbaharu beliau, cara mehro memberikan pratonton tentang persembahan langsung beliau yang akan datang atau cara Tove Lo menggunakan Clips untuk mengisahkan cerita dan mewujudkan gembar-gembur tentang muzik baharu beliau. Untuk melihat Clip tersebut, buka profil setiap artis pada peranti mudah alih dan tatal ke bawah sehingga bahagian Video.
Kami menanti-nantikan kandungan yang anda buat serta cara anda menginspirasikan peminat dan rakan artis anda dengan Clip anda.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Clips dan di sini untuk melihat semua perkara yang telah kami umumkan untuk artis di Stream On 2023.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.