Memahami Analisis Peminat: Eksekutif Luminate Berkongsi Pendapat

Candace McDuffie / December 21, 2022

Helena Kosinski dan Jaime Marconette daripada syarikat data hiburan memberikan petua tentang cara menggunakan kuasa data untuk membina kumpulan peminat anda.

Sebagai seorang artis, anda sedar bahawa anda perlu berusaha untuk menonjolkan diri dalam dunia digital ini dan pemahaman tentang data di sekeliling muzik anda merupakan salah satu kunci kejayaan. Navigasi dunia analisis yang seakan tidak berkesudahan mungkin dirasakan seperti tugas yang sukar, tetapi seperti yang dijelaskan dalam episod terbaharu podcast Sesi Co.Lab kami, pasukan di syarikat data hiburan, Luminate, mempunyai beberapa petua untuk memudahkan navigasi ini.

"Memahami individu yang berinteraksi dengan muzik [anda] di 30 negara di seluruh dunia ialah maklumat yang berkuasa," kata VP Global Luminate Helena Kosinski. "Mengetahui perkara yang perlu dilihat dan cara menggunakan maklumat melalui cara yang terbaik boleh menjadikan semua pembuatan keputusan sangat berkesan dari permulaan kerjaya seseorang."

Dengarkan episod Fanalytics Sesi Co.Lab di bawah dan baca untuk mendapatkan lebih banyak cerapan daripada Luminate.

Fahami Analisis, Fahami Peminat

"Setiap interaksi boleh diukur, diikuti dan dikira," kata Jaime Marconette, Pengarah Kanan Cerapan Muzik dan Perhubungan Industri Luminate.  "Jadi, sama ada strim atau suka pada siaran, komen atau perkongsian, itu [ialah] metrik tingkah laku dan [metrik] ini adalah sangat penting."

Kosinski percaya artis perlu menerima persekitaran ini. "Memiliki keupayaan untuk berkomunikasi dengan peminat secara langsung merupakan sesuatu yang perlu dihargai walaupun anda kadang-kadang berasa mungkin terlalu banyak interaksi."

Selain itu, data tersebut boleh mendedahkan perbezaan antara peminat dengan pengikut. "Anda mungkin memiliki sejuta pengikut di Instagram, atau kenalan pada pelbagai platform media sosial yang berbeza. Tetapi, semua ini tidak bermakna jika tiada seorang pun pengikut yang berinteraksi dengan kandungan anda," komen Kosinski. "Apa yang anda mahukan ialah kumpulan peminat teras yang lebih kecil yang mengikuti anda, mendengar rakaman anda, pergi ke gig langsung anda dan membeli barang dagangan anda. Pemahaman tentang tahap penglibatan adalah sama penting dengan jumlah pengikut yang anda miliki."

Data Sama dengan Matlamat Pintar

Walaupun ramai artis mengimpikan untuk menjadi tular, Marconette menegaskan bahawa impian tersebut tidak sepatutnya menjadi objektif utama. Sebaliknya, beliau mencadangkan agar anda menggunakan data untuk menetapkan matlamat jangka masa panjang dan fokus untuk mencapai matlamat itu.

"Anda tidak boleh membuat strategi pemasaran keseluruhan anda [tentang menjadi] tular kerana

pada penghujung hari, ketularan akan benar-benar datang daripada sambutan peminat--dan

hal ini sukar untuk diramalkan. Strategi anda perlulah tentang menetapkan matlamat," kata Marconette. "Jika anda ingin membina

pengikut anda, mungkin matlamat anda, 'Hei, saya ingin mendapatkan seribu pengikut sebulan.' Selain itu, nilai semula matlamat tersebut secara berkala dan katakan, 'Bolehkah saya tingkatkan lagi pencapaian itu? Di manakah saya boleh mendapatkan lebih ramai pengikut?'"

Kerjasama Meningkatkan Kumpulan Peminat Anda

Kosinski yang merupakan pakar dalam kajian trend muzik antarabangsa, mengatakan bahawa kerjasama "ialah salah satu perkara paling berkuasa yang boleh dilakukan oleh artis untuk mengembangkan kumpulan peminat mereka."

"Kami melihat bahawa artis dalam genre dan negara yang berbeza, serta artis yang bertutur, menyanyi dan membuat persembahan dalam bahasa yang berbeza semakin banyak bekerjasama antara satu sama lain.

[Kedua-dua] kerjasama yang besar dan kecil benar-benar membantu artis berkembang sehingga ke luar kumpulan peminat mereka dan membantu mereka pergi ke luar negara," katanya.

Kosinski juga berkongsi bahawa pengukuran kejayaan sesuatu lintasan adalah mudah untuk dilakukan. "Kejayaan ini ditunjukkan dalam jumlah strim di seluruh katalog anda yang semakin meningkat, tetapi juga dalam penglibatan, dalam rangkaian sosial lain, dalam bidang lain dalam kehidupan muzik anda. Pendengar bulanan [juga] merupakan sebahagian daripada kejayaan ini."

Dengarkan episod penuh Sesi Co.Lab di Fanalytics kemudian dengarkan episod podcast Sesi Co.Lab yang lain tentang membina pasukan anda, membuat babak berkenaan muzik anda, melindungi kerjaya anda dan banyak lagi.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Related Stories