Pengenalan Alat Spotify for Artists

April 17, 2023

Sumber nyata yang boleh anda manfaatkan untuk menukar pendengar menjadi peminat.

Anda tidak berseorangan dalam usaha menjangkau pendengar di Spotify. Kami menawarkan pelbagai alat yang dapat membantu. Dengan pilihan sumber yang sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan anda, berikut ialah panduan berguna yang menyenaraikan perkara yang tersedia di hujung jari anda.

Langkah Permulaan

PROFIL ARTIS : Seperti yang mungkin anda sedia maklum, ini ialah halaman utama anda di Spotify. Ini tempat pendengar dapat menemukan muzik, barang dagangan, imej, biodata, tarikh jelajah anda dan banyak lagi. Terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang Playlist Artis, Pilihan Artis dan Sokongan Peminat, yang juga merupakan sebahagian daripada profil anda.

LAGI: Analisis Mendalam Profil Artis | Video: Petua Profil Artis | Bantuan

PILIHAN ARTIS : Ciri ini membolehkan anda menampilkan perkara yang paling penting kepada anda pada masa ini secara terus pada bahagian atas profil artis anda: keluaran terkini anda, tarikh jelajah, barang dagangan, playlist yang anda buat, playlist yang anda suka, Halaman Kira Detik, episod podcast dan banyak lagi – berserta dengan imej dan mesej kepada peminat anda. Pilihan anda akan dipaparkan pada bahagian atas profil artis anda sehingga enam bulan, tetapi anda boleh mengubah pilihan anda sekerap yang anda mahu. 

LAGI: Cara Mengemas Kini Pilihan Artis Anda | Bantuan

PLAYLIST ARTIS : Tawarkan lawatan berpandu muzik anda (atau lagu lain yang anda suka) kepada pendengar anda dengan playlist yang menampilkan lagu yang paling anda ingin pendengar anda dengar. Anda boleh menyenaraikan semua playlist anda (playlist anda sendiri, playlist pengguna lain atau playlist Spotify) dalam bahagian Playlist Artis profil artis anda supaya semua orang yang mahu mendengar lagu anda berkemungkinan melihat playlist tersebut.

LAGI: Cara Membuat Playlist Artis

BARANG DAGANGAN : Dengan penyepaduan Shopify kami, penyediaan meja barang dagangan maya di Spotify, pengurusan inventori dan pengawalan item yang ditampilkan pada profil artis oleh artis dan pasukan mereka kini jauh lebih mudah. Maksimumkan detik keluaran anda dengan berkongsi barang dagangan baharu sebaik sahaja dikeluarkan supaya peminat boleh membeli di tempat mereka mendengar dan mewakili muzik yang mereka suka dengan lancar. Barang dagangan anda akan dipaparkan dalam tab Barang Dagangan khusus pada profil anda.

LAGI: Cara Menjual Barang Dagangan di Spotify | Bantuan

TIKET : Jika  anda menggunakan perkhidmatan daripada salah satu rakan niaga tiket kami – Ticketmaster, AXS, DICE, Eventbrite, See Tickets, Bandsintown dan banyak lagi – untuk acara nyata atau maya anda, rakan niaga ini akan dipaparkan dalam tab Acara pada profil anda (diperibadikan untuk kawasan tempatan), dalam e-mel kepada peminat yang diperibadikan, serta dalam Suapan Acara Langsung kami supaya pendengar boleh mendapatkan tiket di tempat mereka mendengar dengan mudah.

LAGI: Perihal Suapan Acara Langsung | Bantuan Suapan Acara Langsung

SOKONGAN PEMINAT : Ciri pengumpulan dana tersendiri kami, Sokongan Peminat, membolehkan anda mengumpul dana untuk menyokong diri anda, pancaragam anda, kru anda atau perjuangan yang penting kepada anda terus di profil artis anda melalui rakan kongsi pembayaran termasuk Cash App, GoFundMe, PayPal.me dan lain-lain. Dengan Sokongan Peminat, anda mempunyai fleksibiliti dan kebebasan untuk memberikan respons kepada dunia di sekeliling anda, mengalu-alukan tip daripada peminat pada suatu minggu, kemudian menyatukan mereka untuk perjuangan global pada minggu seterusnya. (Semua transaksi berlaku pada platform pengumpulan dana pihak ketiga, dan Spotify tidak menerima apa-apa bayaran daripada transaksi itu.)

LAGI: Amalan Terbaik Sokongan Peminat | Bantuan Sokongan Peminat

LIRIK : Siapa yang tidak suka menyanyi bersama dengan muzik? Untuk memaparkan lirik lagu anda di Spotify, anda hanya perlu menjadi artis disahkan di Musixmatch secara percuma. Anda dan peminat anda bukan sahaja akan dapat melihat lirik lagu anda dalam aplikasi, malah anda juga boleh berkongsi lirik tersebut di media sosial.

LAGI: Cara Menambahkan Lirik | Cara Berkongsi Lirik

CLIP : Clip memberi artis platform yang memberikan inspirasi kepada peminat tegar dan kejayaan jangka masa panjang – bukannya lagu popular yang terikat dengan meme terkini. Clip merupakan video menegak yang pendek dan kurang daripada 30 saat (ditag dengan muzik anda). Video ini membolehkan anda menonjolkan diri anda dan menjemput peminat menyertai anda dalam proses kreatif – sambil mengetengahkan muzik anda pada setiap masa. Semua Clip anda dipaparkan dalam tab Clip khusus pada profil anda.

LAGI: Perihal | Bermula | Video - Cara Menggunakan Clip | Video - Cara Artis Menggunakan Clip

Tonjolkan muzik anda

Campaign Kit menyertakan empat daripada alat promosi paling hebat dalam Spotify for Artists: pengusulan playlist, Marquee, Showcase dan Discovery Mode. Juga terdapat banyak lagi cara untuk mempromosikan muzik anda selain Campaign Kit yang diperincikan dalam bahagian ini.

PENGUSULAN PLAYLIST : Mahu lagu anda muncul dalam playlist Spotify yang dipilih susun oleh editor playlist? Untuk lagu anda dipertimbangkan, anda hanya perlu menggunakan alat pengusulan playlist yang dibina dalam papan pemuka Spotify for Artists anda. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pastikan anda mengusulkan muzik anda lebih awal – sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum keluaran supaya editor mempunyai masa mendengar yang mencukupi.

LAGI: Penghasilan Playlist | Cara Mengusul kepada Editor Playlist | Soalan Lazim Playlist | Made to Be Found

MARQUEE : Promosikan album, single dan EP baharu dengan Marquee – cadangan ditaja skrin penuh keluaran baharu anda kepada pendengar yang menunjukkan minat dalam muzik anda. Secara purata, pendengar yang melihat Marquee 2x lebih cenderung untuk menyimpan lagu daripada keluaran baharu untuk penstriman kemudian.

LAGI: Bermula | Strategi | Bantuan | Perihal

DISCOVERY MODE : Pembinaan dan perkembangan kumpulan peminat adalah penting untuk kerjaya mana-mana artis. Alat ini membantu anda menemui pendengar baharu apabila mereka terbuka kepada penemuan. Anda dan pasukan anda akan mengenal pasti lagu yang mahu diutamakan terlebih dahulu, kemudian sistem kami akan menambahkan isyarat tersebut pada algoritma yang menentukan sesi mendengar diperibadikan, meningkatkan kebarangkalian lagu yang dipilih dicadangkan kepada pendengar. Pemodelan statistik menunjukkan bahawa secara purata, artis melihat peningkatan +50% untuk penyimpanan, +44% untuk penambahan playlist pengguna, serta +37% untuk ikutan semasa bulan pertama Discovery Mode.

LAGI: Bermula | Cara Menggunakan Discovery Mode | Kajian Kes

SHOWCASE : Tampilkan muzik yang paling penting untuk anda dengan alat pemasaran baharu yang sedang kami uji dalam Spotify for Artists. Showcase memberi artis dan pasukan mereka fleksibiliti untuk mempromosikan muzik baharu dan juga muzik katalog di tempat orang mendengar – iaitu Spotify. Showcase ialah cadangan ditaja dengan tajuk tersuai pilihan anda yang dipaparkan sebagai kad mudah alih yang memberitahu bakal pendengar merentas Premium dan Free tentang muzik anda.

LAGI: Perihal

CANVAS : Anggap Canvas sebagai karya seni album yang bergerak. Canvas ialah visual ulang tayang selama 3-8 saat yang dimainkan pada aplikasi Spotify mudah alih dalam paparan Sedang Dimainkan sebuah lagu. Canvas boleh ditambahkan pada mana-mana lagu, termasuk keluaran akan datang dan boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa. Selain itu, apabila anda atau pendengar berkongsi lagu anda daripada aplikasi Spotify pada Instagram Stories atau Snapchat, Canvas anda akan berulang di latar belakang – bersama dengan butiran lagu dan pautan kembali untuk peminat "Mainkan di Spotify."

LAGI: Laman Utama Canvas | Petua tentang Penggunaan Canvas | Memanfaatkan Sepenuhnya Paparan Sedang Dimainkan | Bantuan Canvas

HALAMAN KIRA DETIK : Usaha untuk membuat peminat anda teruja dengan muzik baharu adalah penting dan Halaman Kira Detik ialah destinasi baharu (kini dalam ujian beta) untuk peminat prasimpan keluaran akan datang, pratonton senarai lagu, prapesan barang dagangan baharu, melihat Clip video yang artis kongsikan, serta menyaksikan pemasa kira detik sehingga keluaran baharu – semuanya di satu tempat.

LAGI: Perihal

KAD PROMOSI : Promosikan diri anda, lagu anda, album anda, pencapaian Spotify anda dan banyak lagi dengan membuat aset grafik tersuai yang boleh dikongsikan dengan peminat di media sosial.

LAGI: Alat Kad Promosi | Perihal

IKUTAN : Apabila pendengar mengikuti anda, ini bukan sekadar statistik yang menyeronokkan semata-mata. Pengikut anda akan melihat lagu anda dalam Release Radar mereka serta suapan Perkara Baharu mereka. Oleh itu, galakkan peminat anda supaya mengikuti anda di Spotify dan anda boleh menjejaki kiraan pengikut anda dalam bahagian data Audiens Spotify for Artists.

LAGI: Video - Butang Ikuti

Alat & Sumber

TUMPUAN UTAMA : Percepatkan kerjaya anda dengan Tumpuan Utama, panduan kerjaya interaktif kami yang direka untuk membantu anda mendekati matlamat anda. Mula-mula, hanya pilih kategori – Buat, Promosi, Sambung, Peroleh atau Belajar – kemudian teroka 21 bidang fokus untuk menyelami pelbagai alat, sumber dan cadangan yang berkaitan daripada pasukan Spotify for Artists dan petua daripada pakar industri. Kami akan mengemaskinikan Tumpuan Utama dengan perkara terkini dan terhebat sambil alam muzik terus berkembang.

LAGI: Teroka Tumpuan Utama

SONGWRITING : Hab global kami untuk sumber penciptaan lagu, pengeluaran dan penerbitan menyertakan butiran tentang Songwriting Studios Spotify, Songwriter Pages, playlist Written By, kredit boleh diklik dan Spotify for Publishing.

LAGI: Spotify Songwriting

CARTA SPOTIFY : Kenal pasti dan raikan kejayaan dengan memerhatikan Carta Spotify. Selain dapat melihat perkara yang popular merentas genre, bandar dan banyak lagi, anda juga boleh mendengar perkara tersebut sebagai playlist serta berkongsi pencapaian carta dalam Kad Promosi.

LAGI: Carta Spotify | Perihal

BEST ADVICE : Lihatlah siri video kami yang kini menjadi podcast tempat kami mengadakan perbincangan dengan tokoh paling menarik dalam muzik tentang perjalanan mereka serta nasihat terbaik yang mereka terima sepanjang masa ini. Sepanjang dua musim podcast, artis seperti Billy Corgan, Maggie Rogers, Joey Bada$$, Rina Sawayama, Diplo, Russ, Troye Sivan, Charli XCX dan banyak lagi telah menawarkan cerapan mereka tentang menavigasi dunia muzik, kreativiti dan perdagangan. Mereka membincangkan pelbagai perkara daripada kesihatan mental hingga strategi pelancaran keluaran, petua jelajah hingga pembahagian penciptaan lagu, sindrom penyamar, kerja keras, perjanjian label, cara membina kumpulan peminat dan banyak lagi.

LAGI: Dengarlah Best Advice

KAJIAN PEMINAT : Dengan setiap Edisi baharu, kami menganalisis jutaan titik data berhubungan dengan aspek tingkah laku peminat yang tertentu. Kami menyarikan data tersebut menjadi cerapan utama dan cadangan strategik yang boleh membantu anda dan pasukan anda membangunkan pangkalan peminat anda serta memacu kerjaya anda. Setakat ini, Kajian Peminat telah meneroka katalog, peminat tegar global, barang dagangan, jangkauan, penglibatan, pemasaan pengeluaran dan banyak lagi.

LAGI: Temui Kajian Peminat

LOUD & CLEAR : Setakat 2023, pembayaran sepanjang masa Spotify kepada industri muzik adalah lebih kurang $48 bilion. Untuk menyediakan konteks bagi angka tersebut serta memberikan cerapan lanjut tentang cara ekonomi penstriman berfungsi, lawatilah laman Loud & Clear kami yang dikemas kini.

LAGI: Loud & Clear

SONGWRITER PAGES : Songwriter Pages bertindak sebagai resume maya yang menunjukkan keseluruhan kerjaya pencipta lagu kepada peminat dan juga rakan usaha sama yang berpotensi. Halaman ini boleh dilihat dalam aplikasi Spotify melalui penghargaan lagu yang boleh diklik. Setiap Songwriter Page disertakan dengan Written By Playlists – hab sehenti untuk pendengar Spotify menstrim seluruh katalog pencipta lagu.  Walaupun Songwriter Pages masih dalam beta, anda bolehmengisi borang untuk menunjukkan minat anda untuk memperoleh Songwriter Pages anda sendiri.

Lagi: Perihal Songwriter Pages | Bantuan

Sesetengah maklumat dalam artikel ini telah dikemas kini pada 17 April 2024 agar mencerminkan kemas kini terkini pada tawaran produk Spotify for Artists.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan