Warner’s Ericka J. Coulter on Kickstarting Your Fan Base
Profesional A&R ini membincangkan pengenalpastian dan perkembangan audiens anda.
Sebagai artis, anda tahu peminat anda perlu diutamakan. Namun begitu, apakah itu peminat sebenarnya? Apakah yang boleh anda buat untuk memahami dan berhubung dengan peminat? Dalam perbualan baru-baru ini untuk podcast Co.Lab Sessions kami, SVP A&R Warner Records Ericka J. Coulter telah berbincang tentang strategi berjaya yang boleh anda gunakan untuk memperoleh peminat pertama anda dan mengembangkan pangkalan peminat sebenar.
Selain merupakan seorang profesional dalam industri, cinta Coulter untuk menyokong artis telah menyebabkan beliau mewujudkan pergerakan industri dan pameran artis L.A., The Basement. "Anda mungkin telah menandatangani kontrak dengan label utama dan belum mengetahui perkara untuk dilakukan atau anda mungkin pemuzik bebas dan memerlukan sedikit bantuan," kata beliau. "Inilah ruang untuk anda berbincang dengan orang yang dapat membantu."
Terus membaca untuk mengetahui tiga perkara penting yang disyorkan oleh Coulter untuk diingati dalam pemupukan audiens anda.
"Apakah mesej itu?"
Peminat, kata Coulter, "mahu merasai keikhlasan. Kami ingin mengenali anda, tempat asal anda, cara anda menemukan muzik ini dan kekonsistenan anda. Jika anda terus memberikan mesej yang saya suka, saya akan sentiasa kembali. Saya akan tertarik. Kemudian, apabila anda cuba melakukan perkara yang lain, saya sudah pun meminati anda. Oleh itu, saya menyokong apa-apa sahaja yang anda cuba."
Sentiasa bermula dengan mentakrifkan perkara yang ingin dikatakan sebagai artis, kata Coulter. "Bagaimanakah anda mahu orang lain untuk dapat berhubung dengan anda? Dari situ, mesej anda akan meresapi muzik, jenama anda serta pakej keseluruhan yang membangunkan pangkalan peminat anda."
"Anda perlu keluar dari rumah."
"Kini, kita boleh merakam, mengubah, mengindukkan dan melakukan apa-apa sahaja di dalam bilik tidur," kata Coulter. "Memang hebat. Namun begitu, adakah anda sedar? Saya tidak nampak anda."
"Anda perlu banyak mengembara. Jika anda mahu orang mendengar anda, menemui anda, jika anda ingin bertemu dengan orang yang dapat membantu, jika anda mahu datang ke The Basement, anda perlu keluar dari rumah." Itulah, "sebagai tambahan kepada mengusahakan sosial anda dan mengekalkan kekonsistenan muzik anda. Anda perlu melakukan semua perkara tersebut."
"Saya tidak suruh anda adakan persembahan di Staples Center esok, jadi mari kita bermula sedikit demi sedikit," kata Coulter. "Buat penyelidikan. Selami bidang ini. Jika anda pelajar kolej dan anda tidak popular di kolej anda, maaf, anda tidak menarik [kepada] saya."
"Keluarkan karya anda."
"Artis pernah berjumpa dengan saya dan pengurus dan [berkata], 'Rekod saya hebat,'" kata Coulter. Namun apabila ditanya tentang jika artis tersebut telah mengeluarkan muzik mereka, mereka jawab, "'Tidak, saya menunggu sehingga saya mengikat perjanjian, baru saya akan mengeluarkan muzik saya, kemudian kita akan lakukan X, Y dan Z. Itu pilihan paling buruk untuk anda. Anda perlu mengeluarkan karya anda. Anda perlu lihat dengan mata sendiri... Mungkin audiens tidak suka karya anda, mungkin mereka menggemari karya anda, bagaimanakah anda hendak tahu jika karya hanya disimpan pada komputer anda?"
Dengar episod penuh Co.Lab Sessions Ericka J. Coulter kemudian lihatlah episod podcast Co.Lab Sessions lain tentang membina pasukan anda, membina budaya berkenaan muzik anda, melindungi kerjaya anda dan banyak lagi.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.