Serlahkan tahun 2024 andaDengan jutaan peminat berkongsi cerita Wrapped masing-masing setiap tahun, muzik anda turut menjadi sebahagian daripada fenomena global ini. Ini ialah peluang anda untuk menonjolkan diri, mengeratkan hubungan dengan peminat tegar anda serta mendorong lawatan profil dan strim.

Pada tahun 2024, Wrapped akan menawarkan lebih banyak pengalaman, yang memberi anda cara baharu untuk berhubung dengan pendengar secara lebih peribadi – betul-betul di tempat mereka menstrim muzik anda.

Detik peminat terbesar tahun ini semakin hebat.

225 juta

Pendengar yang berinteraksi dengan kandungan Wrapped pada tahun 2023.

40%

Peningkatan penglibatan dengan kandungan 2023 Wrapped berbanding dengan tahun 2022.

170

Pasaran yang berinteraksi dengan kandungan Wrapped pada tahun 2023.

CLIPKongsikan sesuatu yang istimewa bersama peminat anda. Jadualkan Clip anda terlebih dahulu selewat-lewatnya pada 20 November untuk ditampilkan dalam pengalaman 2024 Wrapped peminat tegar anda di Spotify.Bercakap terus dengan peminat yang memainkan lagu anda berulang kali sepanjang tahun. Rakam Clip bawah 30 saat untuk berpeluang ditampilkan dalam cerita data Wrapped utama serta dalam suapan video Wrapped untuk peminat tegar anda. Selepas Wrapped, Clip yang dimuat naik akan ditampilkan di seluruh Spotify — pada profil artis anda, paparan Sedang Dimainkan, Halaman Keluaran dan Laman Utama – untuk terus dinikmati oleh pendengar.
Rakam Clip anda
Clip anda hendaklah dirakam secara menegak; tidak mengandungi muzik, nyanyian atau lirik; tiada kandungan eksplisit; tiada logo atau jenama; dan tiada teks, grafik atau penapis yang ditambah.
Berjaya!
Clip anda akan dijadualkan secara automatik supaya dilancarkan bersama dengan Wrapped. Tiada tindakan lanjut diperlukan.
1 / 3
Quick story behind "Been Like This"
Been Like This
Meghan Trainor, T-Pain
Probably the most important song I’ve ever written.
Carmen
Olivia Dean
The story behind Heaven.
Heaven
Mitski
casulty is still my fave on the album
casualty
kenzie
1 / 4
Sedia untuk memuat naik Clip anda?Rakam salah satu gesaan di bawah. Apabila anda bersedia, pergi ke tab Video & Visual di web Spotify for Artists untuk melakukan muat naik.
  • Dedahkan lagu kegemaran anda pada tahun ini.
  • Umumkan makna sebenar di sebalik salah sebuah lagu baharu anda.
  • Kongsikan kisah tentang penulisan lagu.
  • PROFIL ARTIS
    Kemas kini profil artis anda sempena WrappedTonjolkan profil artis anda semasa Wrapped. Berikut ialah cara menonjolkan diri:
  • Terbitkan barang dagangan pada profil anda menggunakan penyepaduan Shopify agar peminat dapat menemukan dan membeli barang dagangan dengan mudah.
  • Buat pautan sokongan peminat untuk membolehkan peminat menyokong anda secara langsung.
  • Tambahkan kegemaran tahun 2024 anda pada playlist dan tetapkan playlist itu sebagai Pilihan Artis untuk berkongsi muzik kegemaran anda pada tahun ini.
  • ACARA LANGSUNG
    Ketengahkan persembahan andaPastikan peminat anda tidak terlepas acara langsung anda – pastikan tarikh konsert akan datang anda disenaraikan di Spotify dan tambahkan mana-mana acara yang tiada melalui salah satu rakan niaga tiket kami. Kami akan mempromosikan persembahan anda semasa Wrapped, yang memaparkan persembahan anda kepada peminat yang paling teruja dengan muzik anda.
    HALAMAN KIRA DETIK
    Tingkatkan keterujaan untuk keluaran anda yang seterusnyaMenjadualkan keluaran pada awal tahun 2025? Wrapped ialah peluang yang paling sesuai untuk meningkatkan keterujaan peminat terhadap keluaran anda yang seterusnya. Sediakan Halaman Kira Detik untuk keluaran akan datang anda, yang memudahkan peminat prasimpan album baharu anda.

    Apabila keluaran dilancarkan, peminat akan diberitahu dan muzik anda akan ditambahkan terus pada Pustaka mereka – lalu membantu anda memacu strim Minggu 1 yang paling penting.
    Sedia untuk 2024 Wrapped?Kami tidak sabar untuk meraikan dan berkongsi muzik anda dengan peminat yang paling kerap mendengar muzik anda pada tahun ini.