PENGHASILAN PLAYLIST

Tarik perhatian seluruh pendengar playlist

Playlist ialah tempat berjuta-juta peminat membuat berbilion penemuan muzik.

Usulkan muzik anda kepada audiens global

Spotify for Artists merupakan satu-satunya cara untuk menghantar muzik baharu bagi penghasilan playlist. Apa-apa pun muzik baharu anda, pengusulan boleh membantu muzik anda didengari oleh peminat di seluruh dunia. Ini bukan untuk bintang terkemuka sahaja, lebih daripada 150,000 artis dimasukkan dalam playlist buat kali pertama sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Tarik peminat baharu dan lama untuk mendengar

Tarik peminat baharu dan lama untuk mendengar

Playlist membantu muzik baharu anda menonjol, lain daripada yang lain. Kemasukan dalam pelbagai jenis playlist Spotify boleh mendendangkan bunyi baharu anda kepada audiens setia dan pendengar kali pertama.

Dapatkan cerapan baharu tentang audiens anda

Kemasukan dalam playlist bukan sekadar tentang kebolehpercayaan. Dengan lebih ramai pendengar baharu dalam audiens anda, Spotify for Artists memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang cara dan tempat muzik anda ditemui.

Buka jendela kepada pelbagai kemungkinan muzikal

Dengan beribu-ribu playlist untuk dimasuki, bunyi anda boleh membawa anda ke tempat yang tidak dijangka. Cari inspirasi kreatif untuk kolaborasi baharu, percubaan genre atau bunyi dan tema lirik baharu.

Jenis Playlist

Playlist untuk individu, playlist untuk semua

Sama ada sesuatu playlist itu diikuti oleh berjuta-juta orang atau disesuaikan mengikut cita rasa seorang pendengar, muzik anda boleh ditemukan dalam beberapa cara.

Dibuat oleh pasukan editorial kami, dikuasakan oleh data yang diperibadikan, atau yang anda pilih susun untuk peminat anda, setiap playlist direka untuk meninggalkan tanggapan yang mendalam kepada pendengar anda.

Playlist Editorial

Dibuat dan diselenggara sepenuhnya oleh pasukan editorial kami. Playlist editorial dipilih susun berdasarkan trend muzik dan data.

Playlist Berdasarkan Algoritma

Diperibadikan untuk pendengar hanya berdasarkan cita rasa muzik mereka. Ini termasuk Discover Weekly, Release Radar, Daily Mix, dan Lagu Popular 2022.

Playlist Artis

Dipilih susun oleh artis dan dipamerkan pada profil artis mereka. Lazimnya, mengandungi adunan muzik artis, serta kolaborasi dan inspirasi.

Playlist Buatan Peminat

Dibuat oleh peminat muzik untuk mengkatalogkan lagu kegemaran mereka secara aktif. Boleh bersifat umum atau peribadi berdasarkan tetapan pengguna.

1 / 5

Selami semua jalan penemuan di Spotify dengan lebih mendalam melalui Made to Be Found.

Ketahui cara peminat menemui muzik anda melalui playlist editorial, diperibadikan dan penstriman aktif.

Cara membuat usul

Semua artis dan pasukan mereka mengusulkan muzik baharu untuk playlist menggunakan alat yang sama.

PILIH LAGU ANDA

Anda boleh mengusulkan sebuah lagu daripada keluaran EP atau album - maka pilih kegemaran anda yang paling tepat menggambarkan anda dan kisah anda!

LOKASI

Kadangkala, editor kami mencari bunyi yang menggambarkan bahagian tertentu di dunia ini, maka apabila anda membuat usul, anda boleh menceritakan tentang tempat asal anda dan tempat anda berada sekarang.

BUTIRAN ITU PENTING

Beritahu kami tentang kisah anda - lagu anda tentang apa, apakah makna lagu itu bagi anda, adakah anda bekerjasama dengan sesiapa? Pilih sehingga tiga genre dan beritahu kami tentang bunyi tersebut - lebih banyak yang anda beritahu kepada kami, lebih tinggi peluang untuk kami menemukan playlist bagi lagu anda.

SILA BUAT USUL

Semak semua butiran anda dan kemudian, hantar! Editor kami mendengar sebanyak mungkin muzik yang ada tetapi kami menerima beribu-ribu usul setiap minggu. Oleh itu, lebih bagus jika anda membuat usul dengan lebih awal! Mulakan sekarang!

1 / 5

Hebahkan berita apabila anda dimasukkan dalam playlist

Pautan Unik

Playlist tertentu memberi anda pautan diperibadikan untuk dikongsi yang meletakkan lagu anda pada kedudukan pertama buat peminat.

Ketahui lebih lanjut

Kad Promosi

Buat aset diperibadikan untuk mempromosikan peletakan anda dalam playlist yang terpilih dengan peminat anda di media sosial.

Mari bermula

Media Sosial

Kongsi berita dengan peminat anda di media sosial dan tag kami @spotifyforartists, agar kami boleh meraikan berita ini bersama anda.

Hubungi kami
VIDEOVIDEO
Mulakan perjalanan lagu andaMulakan perjalanan lagu anda

Sebaik sahaja anda mendarat pada playlist editorial, fahami perjalanan yang mungkin dilalui lagu anda dalam ekosistem playlist Spotify.

poster

Sudah sedia untuk mengusulkan muzik baharu anda?

Terkini dalam penghasilan playlist

Selami dunia playlist dengan lebih mendalam.