Produk
Ekosistem Playlist Kami Semakin Berkembang: Maksudnya bagi Artis & Pasukan Mereka
Playlist ini akan diperibadikan berdasarkan citarasa pendengar. Ini bermakna semua muzik mempunyai peluang yang lebih baik untuk didengari oleh pendengar yang sesuai.
Pasukan editorial kami membuat beribu-ribu playlist dan ramai pendengar mendengar playlist yang disesuaikan dengan detik khusus dalam hari mereka, misalnya waktu mereka bersenam, belajar atau memasak makan malam. Namun, kami tahu bahawa citarasa semua orang adalah berbeza dan lagu yang mungkin ingin dinyanyikan oleh seseorang semasa mandi mungkin tidak disukai oleh orang lain. (Tentu anda faham.) Itulah sebabnya kami meningkatkan ekosistem playlist kami untuk memastikan setiap pendengar dapat mencari lagu yang sesuai untuk setiap detik. Berikut ialah cara semua ini berfungsi.
Sesetengah playlist akan diperibadikan bagi setiap pendengar berdasarkan cita rasa mereka yang khusus. Ini bermakna bahawa playlist tersebut tidak sama bagi semua orang.
Jadi, apakah kesannya terhadap artis dan pasukan mereka? Pertama sekali, semua muzik mempunyai peluang yang lebih baik untuk didengarkan kepada pendengar yang sesuai. Apabila kami menguji sistem baharu ini dengan beberapa pendengar kami, kami mendapati bahawa mereka lebih cenderung untuk mendengar lebih lama. Selain itu, playlist editorial diperibadikan ini meningkatkan bilangan artis yang ditampilkan dalam playlist sebanyak 30% dan jumlah lagu yang ditemui oleh pendengar meningkat sebanyak 35%.
Kami mendapati bahawa selepas menemui lagu melalui playlist editorial yang diperibadikan, bilangan pendengar yang mencari lagu untuk didengar berulang kali dengan sendiri, meningkat sebanyak 80%. Sebenarnya, purata kekerapan pendengar menyimpan lagu meningkat sebanyak 66%, suatu peningkatan positif buat para artis.
Ada banyak lagi: apabila lagu ditambah dalam salah satu playlist ini, lagu tersebut tidak semestinya akan muncul pada setiap versi playlist pendengar yang diperibadikan. Itulah sebabnya, bermula hari ini, kami akan mencipta pautan unik kepada playlist ini untuk dikongsi oleh artis melalui Spotify for Artists dan Spotify Analytics. Sesiapa yang mengklik pada pautan unik yang dikongsi oleh artis akan melihat versi playlist yang diperibadikan dengan lagu artis tersebut sebagai lagu pertama. (Bagi playlist editorial yang tidak diperibadikan, artis harus terus menggunakan pautkan umum seperti yang mereka gunakan sekarang.
Apabila lagu ditambah dalam salah satu playlist ini, pemberitahuan e-mel akan dihantar kepada artis dan pasukan mereka agar mereka boleh berkongsi berita baik ini dengan peminat.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.