Selami semua jalan penemuan di Spotify dengan lebih mendalam melalui Made to Be Found.
Ketahui cara peminat menemui muzik anda melalui playlist editorial, diperibadikan dan penstriman aktif.
Playlist ialah tempat berjuta-juta peminat membuat berbilion penemuan muzik.
Spotify for Artists merupakan satu-satunya cara untuk menghantar muzik baharu bagi penghasilan playlist. Apa-apa pun muzik baharu anda, pengusulan boleh membantu muzik anda didengari oleh peminat di seluruh dunia. Ini bukan untuk bintang terkemuka sahaja, lebih daripada 150,000 artis dimasukkan dalam playlist buat kali pertama sepanjang tahun 2020 dan 2021.
Playlist membantu muzik baharu anda menonjol, lain daripada yang lain. Kemasukan dalam pelbagai jenis playlist Spotify boleh mendendangkan bunyi baharu anda kepada audiens setia dan pendengar kali pertama.
Kemasukan dalam playlist bukan sekadar tentang kebolehpercayaan. Dengan lebih ramai pendengar baharu dalam audiens anda, Spotify for Artists memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang cara dan tempat muzik anda ditemui.
Dengan beribu-ribu playlist untuk dimasuki, bunyi anda boleh membawa anda ke tempat yang tidak dijangka. Cari inspirasi kreatif untuk kolaborasi baharu, percubaan genre atau bunyi dan tema lirik baharu.
Dibuat oleh pasukan editorial kami, dikuasakan oleh data yang diperibadikan, atau yang anda pilih susun untuk peminat anda, setiap playlist direka untuk meninggalkan tanggapan yang mendalam kepada pendengar anda.
Dibuat dan diselenggara sepenuhnya oleh pasukan editorial kami. Playlist editorial dipilih susun berdasarkan trend muzik dan data.
Dipilih susun oleh pasukan editorial kami dan disampaikan dalam susunan yang paling sesuai dengan cita rasa pendengar. Dalam kalangan playlist ini, tiada satu pun yang serupa.
Diperibadikan untuk pendengar hanya berdasarkan cita rasa muzik mereka. Ini termasuk Discover Weekly, Release Radar, Daily Mix, dan Lagu Popular 2022.
Dipilih susun oleh artis dan dipamerkan pada profil artis mereka. Lazimnya, mengandungi adunan muzik artis, serta kolaborasi dan inspirasi.
Dibuat oleh peminat muzik untuk mengkatalogkan lagu kegemaran mereka secara aktif. Boleh bersifat umum atau peribadi berdasarkan tetapan pengguna.
Ketahui cara peminat menemui muzik anda melalui playlist editorial, diperibadikan dan penstriman aktif.
Cara membuat usul
PILIH LAGU ANDA
Anda boleh mengusulkan sebuah lagu daripada keluaran EP atau album - maka pilih kegemaran anda yang paling tepat menggambarkan anda dan kisah anda!
LOKASI
Kadangkala, editor kami mencari bunyi yang menggambarkan bahagian tertentu di dunia ini, maka apabila anda membuat usul, anda boleh menceritakan tentang tempat asal anda dan tempat anda berada sekarang.
BUTIRAN ITU PENTING
Beritahu kami tentang kisah anda - lagu anda tentang apa, apakah makna lagu itu bagi anda, adakah anda bekerjasama dengan sesiapa? Pilih sehingga tiga genre dan beritahu kami tentang bunyi tersebut - lebih banyak yang anda beritahu kepada kami, lebih tinggi peluang untuk kami menemukan playlist bagi lagu anda.
SILA BUAT USUL
Semak semua butiran anda dan kemudian, hantar! Editor kami mendengar sebanyak mungkin muzik yang ada tetapi kami menerima beribu-ribu usul setiap minggu. Oleh itu, lebih bagus jika anda membuat usul dengan lebih awal! Mulakan sekarang!
Playlist tertentu memberi anda pautan diperibadikan untuk dikongsi yang meletakkan lagu anda pada kedudukan pertama buat peminat.
Ketahui lebih lanjutBuat aset diperibadikan untuk mempromosikan peletakan anda dalam playlist yang terpilih dengan peminat anda di media sosial.
Mari bermulaKongsi berita dengan peminat anda di media sosial dan tag kami @spotifyforartists, agar kami boleh meraikan berita ini bersama anda.
Hubungi kamiSelami dunia playlist dengan lebih mendalam.