Amalan Terbaik

Tambah Ahli Pasukan dalam Akaun Spotify for Artists Anda

September 6, 2017

Membina pasukan yang hebat ialah salah satu perkara yang paling sukar sebagai seorang artis. Setelah berbuat demikian, mudah sahaja untuk memberikan perkara yang mereka perlukan untuk membantu anda mengurus kerjaya anda.

Itulah sebabnya kami membina alat baharu yang direka untuk membawa masuk seluruh kru anda dalam akaun Spotify for Artists.

Berikut ialah cara ini berfungsi.

Untuk bermula, pergi ke Spotify for Artists dan klik anak panah kecil di sebelah nama anda. Kemudian, menu akan diturunkan dan anda akan dapat melihat "Urus Pasukan." Itu akan membawa anda ke halaman yang mana anda boleh memasukkan alamat e-mel dan mula menjemput ahli band, pengurusan anda atau mana-mana ahli pasukan yang dipercayai.

Terdapat tiga tahap akses untuk dipilih:

  1. Akses Penuh : Pengguna ini mempunyai akses penuh kepada semua ciri Spotify for Artists. Mereka boleh mengedit profil artis anda, melihat statistik anda dan menjemput ahli pasukan baharu. Mereka juga boleh pergi ke bahagian "Pasukan" untuk mendapatkan gambaran keseluruhan semua orang dengan akses, mengubah akses sesiapa pada bila-bila masa dan melihat alamat e-mel bagi semua orang dalam pasukan. Tahap ini mungkin wajar untuk diberikan kepada ahli pasukan atau pengurus.
  2. Akses Edit : Pengguna ini boleh mengemas kini profil anda dan melihat statistik anda. Mereka juga boleh menjemput ahli pasukan baharu, tetapi hanya untuk akses edit atau lihat sahaja dan bukan akses penuh. Mereka boleh melayari bahagian "Pasukan" untuk melihat rumusan semua orang yang mempunyai akses, tetapi tidak dapat melihat e-mel pasukan. Tahap ini mungkin sesuai untuk ejen tempahan, misalnya.
  3. Akses Lihat : Pengguna ini hanya dapat melihat statistik artis anda, tetapi mereka tidak boleh mengubah profil anda atau mana-mana tetapan anda. Mereka juga tidak memiliki akses kepada bahagian "Pasukan" Spotify for Artists. Ini bermakna mereka tidak boleh menjemput ahli pasukan baharu atau melihat nama atau alamat e-mel sesiapa pun dalam pasukan.

Dengan alat baharu ini, anda boleh menjemput sesiapa pun dalam pasukan untuk menyertai anda dalam Spotify for Artists. Sebaik sahaja jemputan dilengkapkan, mereka akan dapat melihat statistik anda dan mengurus halaman artis anda. Anda boleh melihat dan mengurus seluruh pasukan anda di Halaman Pasukan baharu. Setiap pasukan adalah berbeza, maka tiada had bagi jumlah ahli yang boleh dijemput.

Jangan lupa: Anda seharusnya sentiasa memastikan anda menjemput orang yang sememangnya dalam pasukan anda dan dibenarkan untuk mengakses data anda sahaja.

Oleh Justin Belmont

Jika anda belum berbuat demikian, daftar untuk Spotify for Artists di sini.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular