Produk

Rumusan Spotify for Artists

See how your audience is changing over time.
April 18, 2017

Spotify Fan Insights bertukar menjadi Spotify for Artists. Kami telah membawa semuanya ke satu tempat — cerapan audiens, data lagu, pengurusan profil artis, sokongan dan banyak lagi. Berikut ialah perkara yang boleh anda lakukan dengan Spotify for Artists.

Ambil tahu tentang orang yang mendengar.

  • Demografi : Ketahui tentang pendengar anda di Spotify — termasuk usia, jantina mereka dan ciri yang mereka gunakan untuk menemui dan memainkan muzik anda. Gunakan cerapan anda untuk memperhalusi promosi atau mendapatkan kerjasama baharu.
  • Lokasi : Lihat pecahan terperinci tentang tempat orang yang mendengar muzik anda. Artis menggunakan data ini untuk merancang konsert jelajah dan mengusulkan lagu kepada radio tempatan.
  • Artis serupa : Lihat artis lain yang didengar oleh peminat anda agar anda boleh mencari pasangan jelajah atau rakan usaha sama yang sempurna — atau gunakan untuk menyasarkan pemasaran anda dengan lebih baik.
  • Pendengar secara langsung : Pendengar secara langsung dikemas kini dalam masa nyata, agar anda tahu jumlah orang yang mendengar muzik anda di Spotify.

Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila anda dimasukkan dalam playlist Spotify.

Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila anda dimasukkan dalam playlist Spotify.

Jejak prestasi anda.

  • Data lagu : Sentiasa tahu tentang prestasi single terkini anda atau ukur impak pemasaran anda terhadap strim anda.
  • Data playlist : Playlist ialah kunci untuk mencapai pendengar baharu di Spotify. Lihat orang yang menambah muzik anda dalam playlist mereka dan cara perkara tersebut dapat membantu anda ditemui.
  • Pemberitahuan playlist : Mendapat kemasukan dalam playlist ialah detik yang perlu diraikan. Oleh itu, kami akan memaklumkan kepada anda apabila kami menambah anda dalam salah satu daripada 4,500 playlist kami yang dipilih.

Edit profil artis anda secara terus daripada Spotify for Artists.

Edit profil artis anda secara terus daripada Spotify for Artists.

Peribadikan profil artis anda.

  • Imej artis : Kemas kini imej anda pada bila-bila masa yang anda mahu agar Spotify sentiasa memaparkan penampilan terkini anda.
  • Pilihan artis : Beritahu peminat tentang perkara yang anda minati dengan menampilkan lagu, album atau playlist pada bahagian atas profil artis anda. Ini cara yang baik untuk menunjukkan minat terhadap artis lain atau memberitahu peminat tentang lagu yang menampilkan anda.
  • Playlist artis : Tambah playlist artis pada profil artis anda — sama ada playlist ini dicipta untuk peminat anda atau playlist artis lain yang sering anda dengar.

Dapatkan jawapan daripada pasukan kami.

  • Pengesahan yang dipermudahkan : Sebaik sahaja anda memiliki akses kepada Spotify for Artists, anda akan mendapat tanda rait yang disahkan pada profil artis anda. Sudah tiada lagi penyerahan untuk permintaan pengesahan yang berasingan.
  • Pusat bantuan : Kami telah mengemas kini panduan kami dan FAQ dengan lebih banyak maklumat tentang Spotify dan Spotify for Artists.
  • Hubungi kami : Pasukan sokongan artis kami ada di sini dan bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Spotify for Artists akan dilancarkan secara automatik kepada pengguna semasa Fan Insights. Jika anda bukan sebahagian daripada beta Fan Insights, anda boleh mendapatkan akses kepada profil artis anda di sini.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular