Amalan Terbaik
Panduan Metrik Canvas
Kami memudahkan anda untuk menjejaki keberkesanan Canvas anda.
Ada lebih banyak yang boleh diketahui tentang pemuzik selain muzik mereka. Sebab inilah kami terus berusaha untuk mengembangkan kemungkinan kreatif untuk menceritakan kisah anda sebagai seorang artis serta memastikan anda memiliki maklumat yang diperlukan untuk mengetahui perkara yang berkesan (dan tidak berkesan). Jika anda sudah pun mencuba penggunaan Canvas, alat kami yang membolehkan anda mengambil alih paparan "Sedang Dimainkan" pada aplikasi mudah alih Spotify dengan visual ulang tayang—atau anda baru mengenali beta dan sedang mempertimbangkan untuk mencuba Canvas, anda mungkin ingin tahu jika hasil usaha ini adalah berbaloi. Di sinilah metrik memainkan peranan.
Semenjak Canvas diperkenalkan dalam beta terhad buat pertama kali, kami telah memperoleh beberapa cerapan yang penting. Setakat ini, data menyatakan bahawa dengan kandungan yang tepat dan menarik, Canvas berpotensi untuk meningkatkan penstriman lagu, perkongsian lagu dan pelayaran halaman artis dengan ketara. Namun, sudah tentulah disebabkan setiap Canvas itu unik, maka impak pun berbeza-beza. Penambahan komponen visual pada muzik anda akan memberi inspirasi kepada pendengar untuk kembali dan mendengar semula, menyelami halaman artis anda dengan lebih mendalam untuk mengenali anda dengan lebih lanjut dan jika mereka suka dengan perkara yang mereka lihat dan dengar, maka mereka akan berkongsi muzik anda dengan rakan dan pengikut mereka.
Untuk membantu anda memahami lebih lanjut tentang pendengar yang dekat dengan hati anda, metrik Canvas melengkapi akses anda dengan jumlah bilangan strim, pendengar dan penyimpanan dengan cerapan tentang tontonan. Kiraan tontonan ialah maklumat yang sangat berharga untuk menentukan keberkesanan Canvas anda: Jumlah tontonan adalah sama dengan bilangan tanggapan yang anda hasilkan. Pakar pemasaran menyebut hal ini sebagai corong. Ini bermakna bahawa pengalaman ini menjadi bahagian yang penting bagi perjalanan yang diharungi oleh pendengar dari saat mula menemui muzik anda sehingga menjadi peminat setia. Semakin baik Canvas anda, maka semakin tinggi bilangan tersebut. Penambahan Canvas berkualiti tinggi pada lagu telah meningkatkan penstriman sehingga 120% dan penyimpanan sehingga 114%, selain peningkatan dari segi pelayaran dan perkongsian profil artis. Anda boleh mencari tontonan untuk Canvas anda di samping statistik lagu lain pada halaman Music dalam Spotify for Artists.
Kami cuma menyediakan alatnya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk menghasilkan pengalaman penuh buat pendengar anda. Walaupun proses membuat Canvas memerlukan banyak masa dan usaha, namun kami rasa semua ini sangat berbaloi. Ciri ini membolehkan anda berfikir di luar kotak, menghasilkan sesuatu yang lebih intim dan meningkatkan kapasiti untuk menyantuni pendengar dengan cara berbilang dimensi. Semua tontonan adalah kumulatif, jadi walaupun anda mengubah Canvas tersebut, tontonan untuk satu Canvas akan ditambah pada tontonan Canvas yang sedia ada. Pastikan anda menyemak 10 Petua untuk Memanfaatkan Canvas Anda Sepenuhnya semasa memikirkan kemungkinan yang ada.
Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus mengusahakan ciri dan format tambahan untuk membolehkan pendengar berinteraksi dengan anda dan muzik anda dengan cara yang lebih meluas, serta lebih banyak alat dan metrik untuk membantu anda memahami cara karya anda mencapai audiens anda dengan lebih baik. Buat masa sekarang, kami tahu bahawa Canvas boleh meningkatkan kekuatan lagu dan juga kekuatan kisah unik anda sendiri.
–Spotify For Artists
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.