Produk

Co.Lab: Siri Acara Baharu Untuk Artis yang Bekerja

September 27, 2018

Kembangkan komuniti anda dan terokai industri muzik moden di Co.Lab, siri acara baharu daripada 'Spotify for Artists'

Di Spotify, kami sedar bahawa banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membina kerjaya anda. Sebagai artis moden, anda, pasukan atau syarikat rakaman anda pada dasarnya harus menjadi pakar serba-serbi—daripada mencari rakan usaha sama dan membina strategi keluaran, sehinggalah merancang konsert jelajah dan mereka bentuk barang dagangan anda.

Itulah sebabnya kami berasa bangga untuk memperkenalkan Co.Lab, siri acara Spotify for Artists baharu yang direka untuk menghubungkan anda dengan pakar daripada seluruh industri - wakil syarikat rakaman, pakar konsert jelajah dan pengarah kreatif - untuk membantu anda membina rangkaian kenalan dan memahami asas industri muzik moden. Setiap acara Co.Lab akan dianjurkan mengikut tema tertentu dalam perniagaan muzik masa kini. Pakar akan menceritakan pengalaman mereka, memberikan nasihat praktikal dan pengetahuan orang dalam tentang topik paling bermakna yang dihadapi para artis pada hari ini.

Sesi pertama Co.Lab kami akan berlangsung di New York dan Los Angeles dalam masa beberapa bulan akan datang. Topik yang dibentangkan termasuklah Usaha Sama, Strategi Keluaran, Konsert Jelajah, Barang Dagangan dan Aliran Perolehan. Penceramah yang dijemput termasuklah Annie Flook (Pembangunan Artis & Konsert Jelajah, Atlantic Records), Malia James (Pengarah Muzik Video), Jenny Swiatowy (Naib Presiden, Ketua Pelesenan Penyegerakan Kreatif, Capitol Music Group), Jamal Dauda (Ketua Muzik Global, WeTransfer), Jeff Ellis, (Jurutera Studio), Christian Coffey (Pengarah Konsert Jelajah), Mitra Khayyam (Pengarah Kreatif), Loric Sih (DJ Secara Langsung untuk Kelela), Alex Gvojic (Pereka Lampu), Kacie Lehman (Naib Presiden Kanan Perkongsian untuk MAC Presents), Morgan Rhodes (Penyelia Muzik), Sam Hockley-Smith (Editor Muzik untuk Vulture), Laura Escudé (Jurulatih yang Diperakui Ableton dan Pereka Persembahan Secara Langsung) dan ramai lagi. Panel akan dikendalikan oleh Frosty (Pengasas dublab) dan Mindy Abovitz-Monk (Pengasas Majalah Tom Tom). Anda akan dapat bertemu dengan pakar secara bersemuka, meluangkan masa dengan artis lain dan bina rangkaian kenalan anda untuk menggalakkan kerjasama pada masa akan datang.

Hari ini, kami membuka permohonan untuk lima acara terawal. Untuk memohon, klik di sini. Anda perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan disahkan di Spotify for Artists. (Jika anda belum menuntut profil anda lagi, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik di sini.) Selain itu, kami mengutamakan artis yang mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut di Spotify memandangkan setiap acara mempunyai kapasiti yang terhad.

Dalam masa beberapa minggu akan datang, kami akan mengumumkan kemas kini dan pakar tambahan, jadi ikuti kami di Instagram dan Twitter.

Jumpa anda di sana!

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular