Produk
Cara Membaca Data Spotify for Artists Anda
Angka ini berada di tangan anda dan merupakan kunci untuk memahami cara pendengar menemui dan bertindak balas terhadap muzik anda.
Kini, artis bebas memiliki akses kepada maklumat lanjut tentang pendengar mereka berbanding dengan sebelum ini. Dengan memanfaatkan maklumat ini, aplikasi Spotify for Artists memberikan sejumlah besar data pendengar pada hujung jari anda: Siapakah yang mendengar? Di manakah mereka berada? Apakah lagi yang mereka suka?
Memahami data ini adalah penting untuk semua bahagian dalam urusan penghasilan muzik. Data ini boleh membantu anda mengetahui tempat untuk mengadakan konsert jelajah, lagu yang perlu ditumpukan, calon kerjasama anda serta berpotensi menemui audiens baharu yang boleh anda kembangkan. Artis dengan pemahaman yang kukuh tentang data mereka boleh mengubah tekaan dalam industri muzik menjadi operasi dengan fokus.
Untuk membantu anda memahami pelbagai statistik yang tersedia dan cara untuk menggunakannya, kami menemu bual Pengurus Produk Spotify for Artists, Emily White.
Spotify for Artists: Jadi, apakah perkara paling penting yang boleh ditawarkan oleh aplikasi Spotify for Artists kepada artis?
White: Perkara paling penting dalam Spotify for Artists ialah akses kepada data yang membantu anda memahami golongan dan tempat audiens anda serta lagu yang paling dekat dengan hati pendengar. Akses kepada maklumat ini membolehkan anda membuat keputusan berdasarkan maklumat tentang cara anda memasarkan lagu anda, pihak yang bekerjasama dengan anda dan tempat yang sesuai untuk mengadakan konsert jelajah serta mempromosikan muzik anda.
Data juga membantu anda berasa lebih rapat dengan orang yang menstrim muzik anda, dengan memahami jenis playlist yang memasukkan muzik anda atau melihat bilangan orang yang mendengar muzik anda dalam masa nyata.
Apakah fungsi bahagian "Audiens" dalam aplikasi ini?
Bahagian Audiens memaparkan garis masa jumlah pengikut, strim dan pengikut anda. Ini membolehkan anda dan pasukan anda memahami prestasi anda di Spotify dari masa ke masa, untuk menunjukkan perkembangan audiens anda kepada rakan niaga yang berpotensi atau untuk membandingkan keluaran terkini anda dengan yang sebelumnya.
Anda juga boleh memahami cara orang mendengar muzik anda dengan melihat carta Sumber Strim anda. Carta ini menunjukkan peratusan jumlah penstriman anda yang datang daripada sumber tertentu di Spotify, seperti secara terus daripada halaman profil artis anda atau daripada salah satu playlist editorial kami. Cara ini boleh membantu anda memahami jika orang mencari muzik anda secara aktif, menyimpan muzik anda dalam pustaka mereka serta menambahnya dalam playlist peribadi mereka; atau jika mereka terutamanya mencari muzik anda melalui playlist kami seperti Discover Weekly.
Anda juga boleh mengetahui tentang demografi pendengar anda dengan melihat carta Usia , Jantina , Negara Popular dan Bandar Popular . Ini memaparkan jumlah peratusan audiens anda yang merupakan lelaki, wanita, bukan binari atau jantina yang tidak dinyatakan, serta persimpangan usia. Anda juga boleh melihat peta dunia yang memaparkan negara dan bandar mana yang paling kerap menstrim muzik anda. Maklumat ini boleh membantu memperhalusi promosi anda atau mendapatkan kerjasama baharu.
Ciri lain yang berguna dengan maklumat ini ialah Pendengar Juga Menyukai , yang menunjukkan artis serupa dengan anda berdasarkan gabungan perbincangan muzik dan trend yang berlaku di internet, bersama data yang kami kumpul daripada pendengar di Spotify. Gunakan maklumat ini untuk mencari rakan jelajah atau rakan usaha sama yang sesuai, atau gunakannya untuk menyasarkan pemasaran anda dengan lebih baik.
Apakah fungsi bahagian "Muzik" dalam aplikasi ini?
Bahagian ini memaparkan katalog lagu dan keluaran anda serta membantu anda menjejaki prestasi keluaran terkini anda di Spotify, memahami lagu yang paling dekat dengan hati pendengar dan mengetahui tentang cara orang menemui dan mendengar lagu anda, termasuk jenis playlist yang mengandungi lagu anda. Bahagian ini juga membolehkan anda melihat dan membandingkan jumlah strim antara keluaran anda.
Bagi setiap lagu anda di Spotify, anda boleh melihat Garis Masa bagi jumlah strim, carta Sumber Strim yang memaparkan [cara pendengar] menemui dan memainkan muzik anda, negara popular , bandar popular dan carta yang membolehkan anda membandingkan prestasi lagu di negara yang berbeza. Semua maklumat ini membantu anda agar sentiasa termaklum tentang prestasi single terkini anda dan membandingkan prestasi lagu.
Dalam bahagian Muzik, terdapat tab Playlist yang memaparkan playlist umum di Spotify yang menambah lagu anda dan kekerapan muzik anda distrim daripada playlist tersebut. Pendengar di Spotify telah menghasilkan berjuta-juta playlist mereka sendiri. Ini merupakan kaedah terbaik untuk memahami peminat anda. Maklumat ini membantu anda memahami cara muzik anda berkait dan cara capaian anda bercambah. Maklumat ini juga boleh mempengaruhi jenis playlist yang lain. Apabila peminat menyimpan muzik dalam playlist mereka, ini menunjukkan jenis muzik yang mereka suka dan yang kami gunakan untuk menjana cadangan.
Bagaimanakah pula dengan "halaman Utama"?
Apabila anda mempunyai keluaran baharu, anda boleh melihat prestasi keluaran terkini anda dengan strim masa nyata. Anda boleh menjejaki strim untuk keluaran baharu secara langsung untuk tujuh hari terawal. Kiraan strim secara langsung dikemas kini setiap dua saat. Skrin Utama memaparkan kiraan masa nyata bagi jumlah orang di dunia yang mendengar muzik anda pada masa itu, rumusan statistik paling penting pada minggu lepas, lagu popular dan playlist anda serta kad yang menyerlahkan pencapaian tepat pada masanya dan sumber berguna.
—Christopher R. Weingarten
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.