Produk

Memperkenalkan: Aplikasi Spotify for Artists

October 12, 2017

Kami ada khabar gembira untuk dikongsi: Mulai hari ini, Spotify for Artists tersedia pada iOS dan Android! Kami telah mencipta aplikasi sehenti untuk menjejak muzik baharu anda yang disiarkan dan ketahui lebih lanjut tentang pendengar anda.

Sebelum kami meneruskan lagi, berikut merupakan perkara yang paling penting—layari App Store untuk memuat turun aplikasi pada iOS atau jika anda pengguna Android, pergi ke Gedung Play.

Spotify for Artists ialah aplikasi kedua kami dan direka sepenuhnya untuk artis seperti anda dengan mempertimbangkan keperluan anda. Aplikasi ini memberikan kawalan secara langsung kepada anda, sama ada anda sedang menjelajah, di studio atau mana-mana pun. Aplikasi ini berfungsi dengan lancar bersama aplikasi Spotify yang biasa. (Sila cuba: buka pilihan untuk mana-mana lagu, album atau playlist dalam aplikasi Spotify dan ketik "tetapkan sebagai Pilihan Artis.")

Kami rasa anda dan pasukan anda akan dapat memanfaatkan aplikasi ini sepenuhnya. Berikut merupakan perkara yang boleh anda nantikan sebaik sahaja anda memuat turun aplikasi ini di telefon anda.

Urus profil anda dengan mudah.

Urus profil anda dengan mudah.

Kemas kini profil anda dari mana-mana sahaja.

Katakanlah anda sedang mendengar lagu yang anda suka dan anda ingin memberitahu peminat tentang lagu itu. Atau, anda baru menambah ahli band baharu dan ingin mengemas kini biodata anda. Kini, anda boleh mengemas kini beberapa elemen paling penting dalam profil anda, seperti biodata, pilihan artis dan playlist anda, terus daripada telefon anda. Oleh itu, anda boleh bersiap sedia sebelum keluaran anda yang seterusnya.

Ukur keluaran baharu anda dalam masa nyata.

Ukur keluaran baharu anda dalam masa nyata.

Jejak keluaran baharu dalam masa nyata.

Mengeluarkan muzik boleh menjadi salah satu perkara yang sangat membebankan dan mengujakan seorang artis, jadi mengapa perlu anda menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk mendapatkan data tersebut? Bagi minggu pertama selepas keluaran baharu anda, aplikasi Spotify for Artists akan dikemas kini dengan serta-merta, jadi setiap kali seseorang menekan butang "main", anda akan tahu kekerapan single, EP atau album baharu anda distrim.

Ketahui tentang pendengar anda.

Ketahui tentang pendengar anda.

Ketahui lebih lanjut tentang pendengar anda.

Anda boleh menggunakan aplikasi Spotify for Artists untuk lebih memahami pendengar, strim dan pengikut anda. Ketahui cara mereka mendengar, pecahan jantina dan usia mereka, lokasi mereka mendengar dan artis relevan yang lain.

Seperti biasa, terima kasih atas usaha anda.

Oleh Miles Lennon

Jika anda sudah disahkan dengan Spotify for Artists muat turun aplikasi iOS di sini atau pergi ke Play Store untuk memuat turun Android. Jika tidak, klik di sini untuk mendaftar.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular