Hari ini hari Jumaat. Album baharu anda dilancarkan. Anda mahu semua orang mendengarnya. Di Spotify, butang "Ikut" akan menemukan keluaran baharu dengan peminat anda. Anggap pengikut anda sebagai pelanggan anda di Spotify. Mereka melihat muzik baharu anda:
- Dalam playlist Release Radar mereka.
- Ditampilkan dalam aplikasi Spotify mereka.
- Dalam e-mel keluaran baharu yang diperibadikan mereka.
Berikut merupakan cara selanjutnya kami mempromosikan album, single atau remix baharu anda.
Semua ini bermula dengan Release Radar.
Release Radar ialah tempat yang dituju oleh pendengar untuk mencari keluaran baharu daripada artis kegemaran mereka. Playlist mingguan yang diperibadikan ini menampilkan keluaran yang paling penting buat setiap pendengar. Playlist ini mengumpulkan segala muzik baharu dalam satu playlist dan bertindak sebagai titik permulaan untuk penemuan yang lebih mendalam.
Setiap Release Radar pendengar diperibadikan berdasarkan:
- Artis yang mereka ikuti : Ini berada terus di bahagian atas playlist mereka setiap minggu. Jika anda mengeluarkan album penuh, kami akan memilih lagu untuk dimasukkan berdasarkan citarasa setiap pendengar.
- Sejarah pendengaran : Kami menyempurnakan playlist dengan lagu baharu daripada artis yang pernah dimainkan oleh setiap pendengar atau muzik baharu yang kami rasa mereka akan suka.
Penambahan pengikut di Spotify ialah cara yang hebat untuk memasukkan muzik anda dalam playlist. Jika anda memiliki berjuta-juta orang pengikut, maka kami akan menambah muzik anda secara automatik dalam berjuta-juta playlist pada minggu keluaran.
Mempromosikan album anda dalam Spotify.
Pada hari Jumaat, kami memasukkan barisan keluaran baharu pada tab Utama setiap pendengar apabila mereka membuka aplikasi. Barisan itu juga wujud sepanjang minggu dalam bahagian Temui aplikasi Spotify.
Menghantar e-mel keluaran baharu setiap minggu.
Pada hari Jumaat, kami juga menghantar e-mel yang menyerlahkan keluaran baharu yang berkenaan kepada pendengar. E-mel ini menampilkan sehingga 10 keluaran baharu daripada artis yang mereka ikuti dan pautkan ke Release Radar mereka untuk penemuan selanjutnya.
Lihat siapa yang mendengar.
Untuk melihat impak semua ini pada angka minggu pertama anda, pergi ke Spotify for Artists. (Jika anda belum memiliki Spotify for Artists lagi, minta akses di sini.) Anda akan dapat melihat jumlah orang yang mendengar muzik baharu anda dan tempat mereka menemui muzik itu.
Apabila anda membina pengikut, kami akan terus menambah cara kami mengesyorkan keluaran baharu, agar anda boleh berhubung dengan peminat anda dan mencapai audiens yang lebih ramai di Spotify.