Produk

Ucapkan Helo kepada Release Radar

August 4, 2016

Anda meluangkan masa yang lama membuat muzik baharu dan kami tahu semangat itulah yang membentuk seseorang artis. Kami juga tahu sukar untuk mencari peminat baharu, jadi apabila anda mengeluarkan muzik, kami memudahkan mereka untuk mendengarnya dahulu.

Sehingga kini, kami telah menghantar e-mel dan pemberitahuan kepada pengikut Spotify anda setiap kali anda mengeluarkan muzik baharu. Namun, kejayaan playlist yang diperibadikan seperti Discover Weekly membuatkan kami berfikir tentang cara lain kami boleh memastikan peminat dan pencinta muzik yang lain, tahu tentang single, remix, EP atau album baharu anda.

Sebab itulah kami teruja untuk memperkenalkan kepada anda playlist terkini kami: Release Radar .

Dengan Release Radar, kami memberikan pilihan mingguan keluaran baharu yang paling penting buat pengguna Spotify — semuanya dalam satu playlist. Release Radar yang dikemas kini setiap hari Jumaat ini memberikan muzik baharu sehingga dua jam kepada peminat daripada artis kegemaran mereka, di samping beberapa penemuan baharu berdasarkan tabiat pendengaran mereka.

Sebagai seorang artis, ini bermakna sangat penting untuk anda mengajak peminat anda mengikuti anda di Spotify. Keluaran baharu anda ditambah secara automatik pada setiap Release Radar pengikut, maka lebih ramai pengikut yang anda ada, lebih ramai peminat yang tidak akan terlepas mendengar muzik baharu.

Release Radar dilancarkan pada hari ini kepada pengguna Spotify di seluruh dunia. Kami juga akan mula menyertakan data daripada playlist dalam papan pemuka Spotify for Artists anda selepas keluaran anda yang seterusnya.

Jika anda merupakan artis atau pengurus yang tidak mempunyai akses kepada Spotify for Artists, anda boleh meminta akses di sini.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular