Stories
Perkara yang Boleh Dibuat dan Dilarang dalam Penulisan Biodata Spotify Anda
Cara untuk memanfaatkan 1500 aksara anda sepenuhnya.
Salah satu kelebihan penstriman yang menakjubkan ialah muzik anda boleh menjangkau begitu ramai orang yang berbeza dengan banyak cara yang berlainan. Sesetengah peminat menemui anda dengan mengikut gerak hati mereka, tetapi ramai peminat yang lain terjumpa lagu anda apabila lagu tersebut muncul dalam playlist. Apabila pendengar melawat biodata anda daripada dalam aplikasi Spotify, terdapat kemungkinan besar mereka sudah pun memainkan salah satu lagu anda dengan pembesar suara mereka.
"Jika kita memikirkan tentang cara kebanyakan pendengar kita berinteraksi dengan Spotify, seringkali interaksi itu adalah melalui playlist," ujar Samantha Yeh, Pengurus Kanan Pemasaran Produk di Spotify. "Mereka mungkin mendengar RapCaviar atau mungkin ada lagu yang dicadangkan kepada mereka melalui Discover Weekly atau Release Radar. Jadi, kita tahu bahawa perkara yang akan sentiasa memulakan hubungan dengan seseorang ialah lagu. Namun, setelah seseorang mengetahui sedikit tentang muzik anda, ke manakah mereka boleh pergi seterusnya untuk mengenali anda dengan lebih lanjut? Itulah tujuan sebenar profil artis."
Kesudahan: Anda ingin memastikan bahawa biodata anda memanfaatkan perhatian yang diperoleh sepenuhnya. Kami sudah pun memberikan ruang untuk dioptimumkan dengan mengguna pemerihal bunyi yang paling perlu sahaja. Satu perkara yang perlu diambil perhatian—jika anda tidak menyumbang biodata anda sendiri di AllMusic/Rovi, biodata anda akan diambil daripada platform tersebut. Akan tetapi, ini kisah anda maka anda patut menceritakan kisah tersebut. Sentuhan peribadi sentiasa digalakkan, seperti yang dilakukan oleh NZCA LINES dalam contoh di bawah. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memanfaatkan 1500 aksara tersebut sepenuhnya.
Buat: Tulis cara anda berfikir
Sebelum anda menulis apa-apa, pertimbangkan cara anda ingin menyampaikan identiti anda sebagai artis kepada pendengar. Adakah anda mahu orang ramai menganggap anda sebagai seorang artis yang serius dan penuh perasaan? Adakah anda ingin memberitahu bahawa anda mudah diajak untuk bergembira dan lagu anda sesuai untuk menetapkan mood bagi sesebuah parti? Mungkin anda ingin menegaskan bahawa hasil karya anda sentiasa berubah-ubah dan anda terlalu beraneka untuk diatur dengan kemas dalam satu kategori.
Tiada jawapan yang betul di sini, tetapi nada bahasa anda harus mencerminkan diri anda. Jika anda ingin memberitahu pendengar bahawa anda sama menyeronokkan seperti muzik anda, mungkin pilihan perkataan anda bersifat santai dan bersahaja. Jika anda ingin berkomunikasi secara mendalam, anda mungkin ingin menyuntik sedikit keseriusan dengan kata-kata anda. Biodata boleh memberikan gambaran sekilas tentang artis di sebalik hasil karya, yang menambahkan dimensi baharu terhadap pengalaman mendengar. Terdapat peluang untuk menjadi sekreatif yang mungkin dengan kisah anda sebagaimana dengan muzik anda.
Buat: Ceritakan kisah
Jika peminat melihat biodata anda, ini adalah kerana mereka ingin tahu tentang anda. Jadi, tarik perhatian mereka dengan kisah. Anda boleh meletakkan sesuatu yang umum dalam skop yang memperlihatkan seluruh perjalanan muzikal dalam perspektif; anda boleh mengecilkan tumpuan anda sedikit untuk berkongsi sesuatu berkenaan perkara penting dalam projek terkini anda atau yang akan datang; atau anda boleh mencipta gabungan kedua-duanya.
Elemen tertentu benar-benar dapat membantu menetapkan latar belakang kisah anda:
- Dari manakah anda berasal? Bagaimanakah anda mencapai kejayaan yang dikecapi sekarang? Ke manakah hala tuju anda?
- Adakah terdapat pemangkin yang membawa kepada muzik yang anda hasilkan sekarang? Mengapakah anda menulis album ini atau lagu tersebut, misalnya?
- Bagaimanakah penjelmaan semula semasa anda sebagai seorang artis, terhasil?
- Apakah tema yang ingin anda teroka dalam muzik anda? Atau apakah tema yang anda teroka dalam keluaran terkini anda?
Apa-apa pun, anggap kisah anda sebagai pendamping kepada hasil karya anda. Bagaimanakah anda boleh menangani identiti anda sebagai seorang artis dan muzik yang anda hasilkan dengan cara yang memperkayakan pengalaman mendengar?
Jangan Buat: Terlupa Audiens Sendiri
Sentiasa ingat kepada orang yang akan membaca biodata anda. Ini bermakna memikirkan tentang kemungkinan ketiadaan kemesraan antara pendengar dengan muzik anda. Dengan memberikan mereka perkara asas seperti tempat asal anda, judul keluaran terkini anda dan sekurang-kurangnya beberapa butiran tentang keluaran tersebut, menerangkan diri anda sebagai seorang artis, ahli dalam band jika anda artis berkumpulan dan orang yang bekerjasama atau berkolaborasi dengan anda—semua ini membantu.
Perkara yang tidak membantu kepada orang yang baru terjumpa halaman anda ialah jenaka dalaman atau rujukan yang bersifat begitu khusus sehinggakan audiens global tidak memahaminya. Jika anda memutuskan sesuatu seperti itu adalah penting, sediakan penjelasan yang ringkas, tetapi jangan lupa bahawa anda ada 1500 aksara sahaja; mungkin lebih baik jika anda tidak memasukkan perkara yang merumitkan biodata anda.
Buat: Jemput seluruh kru
Salah satu cara yang paling menghubungkan dan boleh diisi pada biodata Spotify anda adalah dengan menyerlahkan orang hubungan muzik anda seperti rakan usaha sama, produser, pengaruh dan rakan label. Anda sebenarnya boleh mengetag mana-mana artis yang diingini dalam biodata anda, yang boleh membantu pendengar menemui artis yang serupa dan memahami akar dan cabang karya anda.
"Ini cara yang agak comel untuk orang yang mungkin tergolong dalam kumpulan yang sama atau telah mengeluarkan muzik dengan label yang sama untuk mempromosikan nama masing-masing," ujar Yeh. "Ramai ahli Odd Future pernah merujuk antara satu sama lain dan juga menyertakan biodata antara satu sama lain. Lazimnya, mereka mengetag antara satu sama lain dalam biodata mereka sebagai cara untuk mengiktiraf artis baharu atau orang yang memberikan inspirasi kepada mereka pada masa lalu atau muzik yang mereka suka atau muzik yang sangat mereka minati sekarang."
Buat: Kongsi maklumat terkini dengan pendengar anda
Disebabkan pendengar sering berinteraksi dengan Spotify setiap hari dan projek kreatif anda sentiasa berubah-ubah—keluaran baharu, pengumuman album, usaha sama akan datang—anda boleh menggunakan biodata anda sebagai cara untuk memastikan peminat mengetahui perkembangan baharu dalam kerjaya anda. Walaupun pengekalan sebahagian daripada biodata anda mungkin bagus, yang meliputi inti pati tentang diri anda sebagai seorang artis, Yeh berkata lebih baik untuk menetapkan sedikit ruang biodata anda bagi maklumat jenis berita yang kerap berubah-ubah. Dengan cara ini, pendengar tahu akan aktiviti anda sebaik sahaja mereka melihat biodata anda.
Jangan Buat: Takut untuk mendaya cipta
Sudah tentulah garis panduan yang dicadangkan di atas hanyalah untuk memberikan struktur yang boleh ditukar-tukar. Anda boleh menghasilkan sesuatu yang tidak dapat dilupakan sebagaimana muzik anda dalam kurang daripada 1500 aksara dan kadangkala, perkara yang paling diingati ialah perkara yang jelas berbeza daripada orang lain. Bolehkah anda menulis puisi yang sangat melengkapi muzik anda sehinggakan puisi itu layak mengisi ruang dalam biodata anda? Bolehkah anda mengumpulkan beberapa maklumat di atas menjadi sesuatu yang disusun dengan bijak untuk kelihatan seperti resipi daripada buku masakan? Kemungkinannya tidak ada had, jadi jangan takut untuk meneroka pilihan anda.
—Matt Williams
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.