Kami teruja untuk berkongsi aplikasi Spotify for Artists yang diberikan nafas baharu dan direka semula untuk iOS dan Android. Aplikasi ini ialah teman mudah alih anda untuk memahami audiens dan statistik anda, mengetahui cara untuk lebih memanfaatkan Spotify, meraikan keluaran baharu dan pencapaian anda serta mengurus profil anda.
Aplikasi baharu ini mempunyai reka bentuk yang diperbaharui, tab "halaman utama" yang baharu dengan akses kepada sumber dan kemas kini tentang pencapaian anda dan statistik masa nyata yang dikembangkan untuk keluaran baharu anda — kini, tersedia di Google Play dan App Store Apple. Berikut merupakan cara ciri baharu kami akan membawa Spotify for Artists dengan mudah ke tangan anda, di mana-mana jua anda berada, daripada di studio sehinggalah di konsert menjelajah:
Raikan keluaran baharu dan pencapaian anda
Bakal melancarkan muzik baharu? Tahniah! Aplikasi Spotify for Artists yang terkini akan terus membantu anda menjejaki keluaran baharu anda dengan statistik pendengaran masa nyata untuk minggu pertama selepas anda disiarkan. Ini bermakna anda boleh melihat jumlah pendengar yang memainkan lagu anda di seluruh dunia pada bila-bila masa. Kami juga memudahkan proses untuk anda menjejaki pencapaian penting - dari saat anda dimasukkan dalam playlist sehinggalah detik anda mendapat pengikut baharu.
![Statistik masa nyata]()
Statistik masa nyata
Ketahui petua dan cara terkini
Pada tab halaman Utama yang baharu, kami menyediakan cadangan untuk artikel dan video bagi membantu anda memanfaatkan Spotify sepenuhnya. Daripada memahami cara untuk membaca data anda dan menonton pembentangan daripada acara Co.Lab kami, sehinggalah mempelajari tentang kemas kini produk dan mendapatkan Best Advice daripada beberapa artis yang paling berjaya di dunia, semua ini boleh didapati dalam aplikasi.
![Tab "halaman utama" baharu]()
Tab "halaman utama" baharu
Memahami peminat anda
Seperti biasa, kami seboleh-bolehnya ingin memudahkan anda untuk mengetahui tentang orang yang mendengar muzik anda — identiti mereka, tempat asal mereka dan artis serupa yang mereka dengar. Anda juga akan dapat melihat statistik terkini anda untuk semua lagu dan playlist dengan cara yang jelas dan menggunakan visual.
![Memahami peminat anda]()
Memahami peminat anda
Urus profil anda atau senarai nama artis
Anda sedang menjelajah dan ada kemas kini yang menarik untuk dikongsi bersama peminat? Anda boleh terus mengurus profil anda dengan mudah daripada aplikasi, dengan keupayaan untuk mengurus imej profil, biodata, playlist dan Pilihan Artis anda secara terus daripada halaman artis yang ditunjukkan di bawah. Mengurus senarai nama artis? Kini, mudah sahaja untuk bertukar antara artis.
![Urus profil anda]()
Urus profil anda
Jika anda sudah disahkan dengan Spotify for Artists muat turun aplikasi iOS di sini atau pergi ke Play Store untuk memuat turun Android. Jika tidak, klik di sini untuk mendaftar.
-Spotify For Artists