Produk

Tonton Siri Video Baharu Kami yang Menampilkan Artis Popular Berkongsi "Best Advice" Mereka

Christina Aguilera, for Best Advice.
October 29, 2018

Dapatkan petua tentang kerjaya dan kreativiti secara terus daripada Mary J Blige, Rick Ross, Christina Aguilera dan ramai lagi.

Whether you’re just starting out, or well into your journey as an artist, one of the biggest challenges you face is knowing which moves to make. And of course, everybody’s got an opinion—almost everywhere you turn, somebody’s got advice for how you can do things better, smarter, faster. The real question is: What advice actually works?

Kini, Spotify for Artists dengan bangganya melancarkan siri video terkini kami: Best Advice . Kami bertanya kepada nama besar dalam muzik untuk berkongsi jawapan mereka bagi soalan yang mudah: Apakah nasihat terbaik yang pernah anda terima? Jawapan mereka berbeza-beza, sama seperti diri mereka. Nasihat yang diberi sangat membantu dan seringkali sangat beremosi, inilah mantra yang boleh dirujuk oleh anda dan pasukan anda apabila anda berhadapan dengan rintangan pengarang, kerjasama dan pelbagai ranjau hidup seorang pemuzik.

Kumpulan episod pertama kami menampilkan nama besar dalam muzik, yang berkongsi pengetahuan mereka tentang cara untuk bertenang tatkala kerjaya anda mula menaik. Dalam enam episod ini, anda akan mendengar petua dan pandangan profesional daripada Christina Aguilera, Rick Ross, Mary J. Blige, Kamasi Washington, Sheryl Crow dan Ne-Yo. Inilah artis yang telah menempuh perjalanan daripada pentas paling kecil ke pentas terbesar. Mereka berkongsi nasihat tentang pelbagai topik, termasuklah tema seperti kerjasama, proses kreatif, bermula, menghadapi dan mengatasi kegagalan, mengurus kegelisahan dan tetap bertahan apabila menghadapi semuanya.

Seperti siri video asal kami yang lain, The Game Plan, kami akan menambah episod baharu Best Advice dalam beberapa bulan akan datang. Matlamat kami adalah untuk membina koleksi nasihat yang sangat diperlukan daripada artis yang pernah pada suatu ketika dahulu, merupakan pendatang baru. Jadi, sila tonton, kongsi dengan rakan anda dan mungkin catat beberapa nasihat untuk diri anda. Siapa tahu, mungkin anda akan mendapati nasihat itu berguna? Ataupun orang lain?

Kamasi Washington [youtube-video s8UWCWqXIEY]

Christina Aguilera [youtube-video QG5-g-eCkns]

Mary J Blige [youtube-video 8SRXE8Qqo4I]

Ne-Yo [youtube-video TPnuLYVRrTQ]

Rick Ross [youtube-video j41p-Tk_Zr8]

Sheryl Crow [youtube-video cp3cYevDlqw]

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular