Keluaran Baharu

Pastikan strategi keluaran baharu anda berjaya

Ketahui cara menukar keterujaan prakeluaran menjadi peminat tegar jangka panjang – semua ini di tempat penstriman muzik.

Tonjolkan diri di tempat muzik baharu dikeluarkan

Pengeluaran muzik baharu itu satu perkara yang penting – hasil kemahiran dan usaha anda. Namun dalam landskap media sosial yang sibuk pada masa ini, anda mungkin rasa bahawa karya anda akan lenyap begitu sahaja dalam keriuhan ini.

Di situlah kami memainkan peranan. Spotify for Artists menyediakan alat berkuasa untuk anda melancarkan potensi penuh keluaran anda – menjangkau audiens global dan mengeratkan hubungan dengan peminat.

Muzik anda menunggu penemuan oleh pendengar, marilah kita jayakannya. Teruskan menatal untuk melihat senarai semak keluaran langkah demi langkah kami.

Cara Laufey memaksimumkan keluarannya dalam 7 langkahCara Laufey memaksimumkan keluarannya dalam 7 langkah

Lihat cara pemenang anugerah Grammy ini dan pasukannya menarik perhatian audiens global dengan albumnya yang merentas genre menggunakan alat Spotify for Artists seperti Halaman Kira Detik, Clip, Marquee, barang dagangan dan banyak lagi.

poster

Keluaran pertama di Spotify?

Mulakan perjalanan keluaran baharu anda di Spotify dengan memilih pengedar dan memuat naik muzik anda.

HALAMAN KIRA DETIK

Mulakan Kira Detik

Bina destinasi prakeluaran terunggul anda.

Anda akan mengeluarkan album baharu? Biar peminat prasimpan album, pratonton senarai lagu, lihat barang dagangan baharu, tonton Clip yang mempromosikan lagu yang belum dikeluarkan, serta kira detik sehingga pengeluaran – semua ini untuk meningkatkan penstriman minggu pertama yang amat penting.

CLIP & CANVAS

Sediakan video & visual untuk keluaran anda

My first song since Lil Boo Thang. I’m hype about it!
Say Cheese
Paul Russell

Kongsi cerita keluaran anda dengan Clip

Clip ialah video pendek yang membawa impak besar untuk muzik baharu. Wujudkan keterujaan untuk keluaran anda dengan berkongsi cerita di sebalik muzik anda untuk mendorong lebih banyak penstriman.

Machine Bitez #6
Gorillaz

Tarik perhatian pendengar dengan Canvas

Inilah seni album untuk zaman sekarang. Tambahkan visual berulang pada keluaran anda sebelum dikeluarkan untuk menyediakan pengalaman yang menarik kepada pendengar terus daripada strim pertama mereka.

PENGUSULAN PLAYLIST

Usulkan lagu anda untuk pertimbangan playlist

Pastikan anda mengusulkan lagu utama daripada keluaran anda sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh keluaran. Editor playlist kami akan mendengar dengan teliti, kemudian membuat peletakan playlist editorial berdasarkan pendapat mereka tentang lagu yang paling sesuai untuk peminat di seluruh dunia.

Berikut ialah sampel persediaan untuk pengusulan anda:

  • Cerita anda: apakah maklumat yang perlu diketahui oleh editor kami tentang keluaran anda?
  • Bunyi anda: apakah genre dan mood keluaran anda?
  • Pengusulan anda: playlist manakah yang paling sesuai untuk keluaran anda?
  • MARQUEE

    Pastikan tiada yang terlepas pandang keluaran anda

    Marquee mengetengahkan muzik anda dan menjemput pendengar untuk mengetahui lebih lanjut.

    Berikut ialah faktor yang diperlukan untuk menjayakan kempen anda:

  • Penyasaran: Berhubung dengan pelbagai jenis pendengar – baik baharu mahupun sedia ada – berdasarkan sejarah mendengar mereka.
  • Pasaran: Jangkau pendengar Premium dan Free di lebih daripada 30 pasaran.
  • Pelaporan: Jejaki penglibatan dan fahami cara pendengar bertukar menjadi peminat tegar selepas melihat kempen anda.
  • DISCOVERY MODE & SHOWCASE

    Lagi cara untuk meningkatkan lagi keluaran baharu anda

    Discovery Mode

    Sediakan peminat anda untuk keluaran akan datang dengan mengingatkan mereka tentang lagu lain dalam katalog anda.

    Showcase

    Wujudkan keterujaan untuk muzik baharu anda – dan kekalkan momentum – dengan menarik pendengar baharu pada Laman Utama Spotify.

    PROFIL ARTIS

    Kemas kini profil artis anda

    Bersiap sedia untuk saat paling penting.

  • Barang Dagangan: tambahkan item terbaharu anda dan jangan lupa meletakkan tag pada keluaran anda agar barang dagangan turut ditampilkan pada halaman keluaran dan paparan Sedang Dimainkan.
  • Pilihan Artis: mudahkan peminat anda menemukan keluaran baharu anda pada profil artis anda — jangan lupa untuk menambahkan imej dan mesej.
  • Galeri: muat naik foto terkini anda untuk mempamerkan penampilan terkini anda.
  • Kekalkan momentum

    Bina pengikut anda

    Pastikan peminat anda mengikuti anda di Spotify. Itu akan memastikan mereka mendengar muzik anda di Release Radar dan suapan Perkara Baharu mereka.

    Kongsikan keluaran anda di media sosial

    Dorong peminat agar mendengar di Spotify dengan berkongsi Canvas dan pautan kepada Clip di media sosial.

    Jejaki statistik anda dalam masa nyata

    Pantau statistik penstriman anda dalam masa nyata dan lihat bilangan pengikut anda yang menstrim muzik baharu anda pada tab penglibatan keluaran.