Produk
All Together Now: Spotify for Artists. Untuk Artis, Pengurus dan Label.
Kami membawa pasukan artis, syarikat rakaman dan pengedar masuk ke Spotify for Artists agar anda boleh bersama-sama mengurus profil anda, melihat dan menganalisis data serta mengusulkan lagu untuk dimasukkan dalam playlist.
Tiga tahun sudah berlalu sejak kami melancarkan Spotify for Artists buat kali pertama dan pada waktu itu, kami melihat beratus ribu artis dan pasukan mereka berganding bahu untuk berkongsi muzik yang hebat kepada dunia, mengusulkan lagu untuk dimasukkan dalam playlist, menggunakan data untuk membuat keputusan tentang strategi keluaran dan jadual konsert jelajah serta berhubung dengan peminat melalui alat profil dan Canvas. Kami juga melancarkan Spotify Analytics yang menjadi tempat untuk syarikat rakaman dan pengedar mengakses data dan mengusulkan lagu untuk dimasukkan dalam playlist semasa mereka menyokong artis mereka.
Lama kelamaan, apabila kami mendengar maklum balas dan melihat cara orang menggunakan Spotify for Artists dan Spotify Analytics, sudah jelas buat kami tentang betapa tingginya kerjasama antara artis dengan pasukan mereka dalam menganalisis data dan merancang strategi promosi. Dalam usaha untuk memperkasakan artis, pengurus dan syarikat rakaman agar dapat bekerjasama selancar yang mungkin, kami menyatukan semua orang di satu tempat: Spotify for Artists.
Kini, dengan akses kepada set data dan cerapan yang sama serta kebolehan untuk menyertai pengurusan kehadiran artis di Spotify, kami berharap dapat memupuk kerjasama yang lebih baik antara pasukan - terutamanya untuk artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman. Bagi artis dan pengurus yang sudah menggunakan Spotify for Artists, tidak banyak perkara yang akan berubah: Anda masih mempunyai akses yang sama kepada data dan profil anda dan anda masih akan dapat mengusulkan keluaran baharu untuk dimasukkan dalam playlist editorial dan algoritma, memuat naik Canvas dan menambah Pilihan Pengumpulan Dana Artis, tetapi kini anda akan menerima manfaat kehadiran seluruh pasukan anda dan syarikat rakaman di satu tempat.
Untuk mendayakan ini, kami telah membuat beberapa perubahan pada Spotify for Artists, yang termasuk:
PENGURUSAN PASUKAN
Artis, pengurus dan label akan dapat menambah beberapa orang dalam pasukan mereka dan melihat log tindakan yang diambil di seluruh pasukan mereka dalam Spotify for Artists dengan Halaman Aktiviti yang baharu.
DATA DAN ANALISIS
Pengguna Spotify for Artists akan terus dapat melihat data dan cerapan yang berguna. Syarikat rakaman akan dapat melihat data untuk rakaman yang mengandungi hak mereka.
PROFIL ARTIS
Dalam masa beberapa minggu akan datang, pasukan artis dan syarikat rakaman akan dapat membuat perubahan pada profil artis — sama ada mengemas kini biodata atau berkongsi playlist melalui Pilihan Artis.
APLIKASI MUDAH ALIH
Disebabkan kami tahu semua maklumat ini lebih berguna apabila maklumat mudah diakses, maka syarikat rakaman yang menyertai Spotify for Artists akan memiliki akses kepada aplikasi mudah alih kami yang tersedia pada iOS dan Android.
Jika anda belum pernah menggunakan Spotify for Artists, kami telah berkongsi semua perkara berguna yang boleh anda lakukan dengan alat yang ada, dengan beberapa kajian kes yang membantu pada laman baharu ini.
Kami akan terus membawa pengguna Spotify Analytics ke dalam Spotify for Artists dalam beberapa bulan akan datang. Pengguna Spotify Analytics bakal menerima e-mel daripada kami dengan langkah seterusnya tidak lama lagi.
Lebih baik lagi ialah ini bermakna kami akan dapat mengeluarkan alat dan ciri baharu kepada artis, pengurus dan syarikat rakaman pada masa yang sama, jadi nantikan lebih banyak pengumuman produk.
Harap maklum: Spotify Analytics akan ditutup pada 30 Julai 2020. Sekiranya anda mempunyai akses kepada Spotify Analytics, anda akan menerima jemputan pada beberapa minggu akan datang untuk bermula dalam Spotify for Artists. Anda ada masa selama 21 hari untuk menerima jemputan ini sebaik sahaja diterima. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan anda dalam Spotify for Artists nanti!
-Spotify for Artists
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.