Kembali Beraksi Secara Langsung: Sumber dan Alat untuk Artis Kembali ke Atas Pentas

Timothy "timmhotep" Cornwall / July 23, 2021

Apabila tempat mula dibuka kembali dan persembahan ditempah semula, maka kami sediakan senarai sumber untuk membantu artis memanfaatkan detik ini sepenuhnya.

Mustahil untuk kita mengabaikan impak wabak COVID-19 terhadap dunia dan terutamanya terhadap industri muzik secara langsung. Bagi artis, persembahan tanpa bersemuka dan ketiadaan konsert jelajah bermakna tiada pembelian barang dagangan berlaku dan tiada peluang untuk mengadakan interaksi secara nyata dengan peminat.

Pada tahun lepas, kami menawarkan sokongan dalam bentuk Projek Bantuan Muzik COVID-19, yang memadankan sumbangan orang ramai kepada persatuan bantuan muzik yang sahih dengan jumlah sumbangan Spotify sebanyak $10 juta; Pilihan Pengumpulan Dana Artis yang membolehkan artis menyerlahkan destinasi pengumpulan dana seperti Cash App, GoFundMe dan PayPal.me pada halaman profil mereka. Sumbangan sebanyak $500,000 diberikan kepada kempen Selamatkan Pentas Kita oleh Persatuan Tempat Bebas Negara untuk membantu kelangsungan tempat yang ditutup dan menyokong peminat dengan lebih baik untuk mencari penyenaraian Acara Maya pada profil artis dan dalam Hab Konsert.

Kini, dengan kadar pemvaksinan yang kian meningkat, penjarakan sosial dan langkah berjaga-jaga zaman COVID yang lain seperti ujian pantas dan pelitup muka, perniagaan mula beransur-ansur dibuka kembali dan persembahan mula ditempah semula. Namun, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai masih diutamakan kerana sekarang ialah masa yang tidak menentu dan kami faham bahawa bukan semua artis bersedia untuk menjadualkan persembahan atau mula membuat konsert jelajah semula. Memandangkan sesetengah artis memilih untuk kembali beraksi di atas pentas, kami ingin membantu mereka mempromosikan persembahan mereka kepada peminat, belajar daripada pemimpin industri, merancang konsert jelajah mereka dan menggalakkan kehadiran konsert dengan cara yang selamat semasa mereka mengemudi perjalanan Kembali Beraksi Secara Langsung.

Berikut merupakan beberapa sumber, inisiatif dan alatan Kembali Beraksi Secara Langsung yang boleh anda manfaatkan — dengan lebih banyak lagi yang diusahakan dalam masa beberapa bulan akan datang:

Fans First

Peminat Diutamakan ialah program pemasaran e-mel yang membolehkan artis menjual tawaran yang unik atau eksklusif, seperti prajualan konsert, barang dagangan dan banyak lagi kepada peminat paling setia mereka di Spotify. Sejak program ini bermula pada tahun 2017, Peminat Diutamakan telah mendorong sebanyak $200 juta kepada artis dari segi jualan tiket dan barang dagangan. Walaupun kami menghentikan seketika kempen prajualan secara langsung Peminat Diutamakan pada bulan Mac 2020, kami memulakan semula kempen ini bulan lepas dan kami sedang mengembangkan program ini untuk menyokong lebih ramai artis. Kini, kami merancang untuk menjalankan 35% lagi kempen prajualan tiket konsert berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019.

Hab Konsert

Hab Konsert merupakan destinasi dalam aplikasi untuk penyenaraian konsert yang diperibadikan daripada artis kegemaran mereka berdasarkan sejarah pendengaran dan lokasi. Kami ingin memudahkan lagi pengguna Spotify mengetahui tentang persembahan ini dalam platform, maka kami menguji Konsert pada halaman "Utama" sebagai cara untuk meningkatkan kesedaran tentang persembahan. Kami juga memanfaatkan pemesejan dalam aplikasi untuk mendorong berpuluh juta pengguna ke Hab Konsert untuk memberikan keterlihatan tambahan kepada persembahan secara langsung.

Kad Promosi

Anda sudah boleh menggunakan aset tersuai ini untuk menarik perhatian kepada lagu baharu dan pencapaian Spotify anda di media sosial serta kini, anda juga boleh menggunakan aset ini untuk memasukkan tarikh dan lokasi konsert jelajah anda. Cari nama artis anda di laman Kad Promosi kami, pilih fokus "Persembahan Secara Langsung", muat turun dan kongsi Kad Promosi Secara Langsung anda kepada Cerita media sosial anda. Jangan lupa untuk meletakkan bandar dan tarikh untuk persembahan anda semasa membuat Cerita dan sertakan pautan untuk tiket.

Program Kesedaran Vaksin COVID-19

Kesihatan dan keselamatan ialah kebimbangan utama apabila persembahan secara langsung kembali dan pemvaksinan merupakan alat paling hebat dalam memastikan keselamatan pemuzik dan peminat. Malangnya, keraguan vaksin menjadi penghalang kepada hal ini. Dengan bantuan dan kepakaran rakan kongsi bukan untung dan kerajaan kami di seluruh dunia, kami memberikan maklumat yang tepat kepada orang awam dan memperkasakan suara yang dipercayai dalam komuniti artis untuk berkongsi maklumat yang boleh dipercayai dengan peminat mereka, melalui segala-galanya, daripada papan iklan kepada PSA sehinggalah pemberitahuan dalam aplikasi.

Siri acara, video dan podcast Co.Lab

Siri Co.Lab Spotify for Artists dicipta untuk memudahkan artis membina rangkaian dengan rakan artis yang lain, mendapatkan nasihat dan mempersembahkan kerjaya mereka dengan yang terbaik dalam perniagaan. Kami merancang siri Kembali Beraksi Secara Langsung yang istimewa pada musim panas ini. Kami akan menampilkan artis konsert jelajah yang berpengalaman dan pakar dalam industri agar mereka berkongsi cerapan berkenaan kembali membuat persembahan secara langsung dan penyesuaian diri terhadap perubahan tahun terdahulu. Semak di sini untuk mendapatkan kemas kini dan masa pendaftaran. Kami juga akan berkongsi lebih banyak nasihat dan perspektif pakar daripada orang dalam industri dan artis di blog dan saluran media sosial kami.

Petua dan cara

Walaupun semua ini sedang diusahakan, terdapat juga cara yang berkesan untuk menggunakan alatan sedia ada sebagai sebahagian daripada strategi konsert jelajah anda. Berikut merupakan beberapa cara anda boleh menggunakan Spotify for Artists agar bermanfaat untuk anda apabila anda Kembali Beraksi Secara Langsung:

  • Pertama sekali: Jika anda belum mahir dalam penyenaraian persembahan di Spotify atau mempunyai pertanyaan tentang cara untuk membuat penyenaraian, layari halaman FAQ kami. Apabila anda menyenaraikan persembahan anda yang akan datang, persembahan tersebut akan muncul secara automatik dalam bahagian "Konsert Menjelajah" pada profil artis anda.

  • Profil anda ialah aset utama untuk promosi dan Pilihan Artis anda memberi anda keupayaan untuk menarik perhatian pendengar apabila mereka melayari profil anda. Gunakan profil artis untuk menyenaraikan persembahan anda yang akan datang, tunjukkan sedikit senarai lagu konsert dengan imej atau tampilkan playlist tersuai yang menawarkan pratonton yang akan didendangkan kepada peminat dalam konsert menjelajah.

  • Sudah tengok baru percaya. Tindakan menayangkan perkara yang akan dipersembahkan kepada peminat anda merupakan satu cara yang bagus untuk mempromosikan konsert anda. Anda boleh menggunakan Canvas untuk berkongsi detik istimewa konsert jelajah yang ditangkap oleh anda dan menggalakkan peminat untuk berkongsi detik tersebut pada Instagram Stories, secara terus daripada Spotify. Misalnya, penyanyi-pencipta lagu Jeremy Zucker merakam peminat di setiap bandar semasa konsert jelajah Eropahnya sebelum ini dan menggabungkan rakaman tersebut dalam Canvas miliknya — lihat kajian kes pada halaman Ciri kami.

  • Perancangan konsert jelajah memerlukan strategi yang tersendiri dan seperti mana-mana strategi yang lain, lebih banyak data yang anda ada, lebih baik strategi yang dapat dihasilkan. Gunakan data penstriman Bandar Popular Spotify for Artists anda untuk membantu bagi memaklumkan tempat anda akan menjelajah, menggunakan statistik tahap lagu untuk membina senarai lagu konsert dan banyak lagi.

  • Dengan menggunakan cerapan daripada Kajian Peminat kami baru-baru ini dan data Spotify for Artists anda, anda boleh membuat keputusan bijak tentang pemilihan barang dagangan ke konsert menjelajah berdasarkan genre dan bandar barang tersebut paling laris dijual.

  • Apabila anda sudah bermula nanti, menjual barang dagangan dan memberikan sandaran, gunakan Kod Spotify untuk menarik penonton konsert kembali kepada profil artis anda.

Adakah anda sedang bersiap sedia untuk Kembali Beraksi Secara Langsung? Kongsi perjalanan anda dengan kami di Twitter @spotifyartists dan Instagram @spotifyforartists.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini